Friday, July 30, 2010

Photomama 01

Ahad yg lepas Daddy ada ajar kelas Photomama Siri 1 kat SNAP. SNAP ni Akademi Fotografi yg Daddy buat. Kelas Photomama pulak, salah satu kursus yg ada. Photomama ni ajar mama-mama ambik gambar anak masing-masing.

So, Ahad lepas tu Daddy lantik Adik Seri jadi model untuk sesi praktikal. Wah, bestnya Adik Seri, dapat jadi model. Kalau dulu-dulu, Orked yg selalu jadi model Daddy. Sekarang ni bila dah ada Adik....... Uuummm.... *sedih* ..... Orked dah tak laku lagi. Hmm... Tutuplah modeling agency Orked.... Huuu....

Ini antara gambar yg ada kat kamera Mummy masa Daddy tunjuk cara kat mama-mama yg lain. Tapi tak banyak gambar sebab Daddy cuma tunjuk mula-mula je. Lepas tu mama-mama lah yg snap snap gambar Adik banyak-banyak.

Adik dalam selimut

Adik pakai tutu dan matching headband

Masa kat workshop tu, ada seorang mama yg bawak tutu dan matching headband warna purple untuk Adik Seri pakai. Pastu mama tu bawak juga crochet hat. Eeeeiiii... Comel sangat tau! Geram Orked tengok. Tapi malangnya saiz newborn, tak muat Orked nak sumbat badan Orked yg dah besar nak pakai. Hehhee... Tapi dalam kamera Mummy takde gambar-gambar tu. Yg pakai tutu pun ada 2-3 keping je. Yg lain-lain mama-mama lain yg ambik masa sesi praktikal.

Memandangkan Orked dah tak laku sebagai model, jadi Orked minta Mummy je lah yg ambik gambar Orked. Adik masuk bakul, Orked pun mestilah nak masuk bakul jugak. Kalau Adik muat baring dalam bakul, Orked muat duduk jer... Hehhehehe....


Model jual bakul

Alamak, tak muatlah nak baring!

Model muka baru bangun tido... (patutlah tak laku....)


Gambar Adik Seri banyak yg cantik-cantik. Nak tengok besar-besar boleh click Facebook SNAP kat gambar bawah ni...


Yang kat bawah ni pulak link ke entry lamanweb yg ada gambar Adik antara mama-mama yg hadir. Ada ramai lagi, cuma Orked tak tau je. Kalau ada sesiapa yg tau, bolehlah tolong bagitau kat Orked ye?


1. Little Mama's Diary: Photography Workshop by Saiful Nang
2. Mai Story Chamber: Mai Passion
3. Mai Story Chamber: Berseri-seri
4. Mr & Mrs Imran: Photomama Workshop with Saiful Nang

5. Tripletsplusone: Photomama Workshop by SNAP

6. Aiza: Photomama Class by Saiful Nang


Daddy kata lepas ni ada Photomama 02 pulak bulan September ni. Eiii... Tak sabarnya tunggu!

xoxo

Orked

by Mummy

Thursday, July 22, 2010

Belajar

Masa kat rumah Nenek, Orked tak tido, makan, main je... Tapi Orked belajar jugak. Orked nak belajar rajin-rajin sebab nak jadi macam Daddy.

Daddy Orked sekarang dah masuk universiti semula. Daddy kata dia nak dapat ijazah Masters dan Ph.D. Orked tak tau lah apa bendanya tu, tapi macam susahhhh je. Sebab tengok Daddy sekarang dah pergi kelas dan malam-malam dia study dan buat homework kat rumah. Rajin betul Daddy. Daddy kata dari dulu lagi dia nak belajar tinggi-tinggi, tapi tertangguh sebab nak bantu keluarga. Sekarang ni peluang datang lagi, dan Daddy tak lepaskan lagi dah. Wah, kagum Orked dgn Daddy. Dah kerja pun nak belajar lagi.

Sekarang ni Daddy dah makin sibuk. Daddy kena bahagikan masa untuk kerja, belajar, dan jaga keluarga. Dah lah keluarga dah makin bertambah dgn kehadiran Adik Seri. Tapi Orked yakin Daddy can do it! Orked support habislah kat Daddy.

Untuk buktikan kat Daddy yg Orked mmg support Daddy, Orked nak tunjuk gambar Orked masa belajar kat rumah Nenek. Haaa... Daddy ingat Orked baca buku shapes dan numbers je ke? Orked siap ada baca buku Nutrition dan Kamus lagi tauuuuu! Jangan main-main. Hehehhe...

Study sambil pegang bear... Ini buku numbers. Dalam buku ni ada nombor 1-5 dan gambar. Gambar, Orked dah kenal, tapi nombor, Orked tak pass pass lagi. Matematik ni susah sket. Heee... Btw, Sorry Mummy, Orked terconteng buku ni...

Dah abis study numbers, sambung study yg susah sikit pulak, Nutritional Immunology. Buku sape ntah ni... Orked jumpa kat rumah Nenek.

Study kat dalam rumah boring... Sambung kat luar. Bear pun ikut...

Banyak betul perkataan Orked nak hafal ni... Hmmm...

Sib baik ada bear jadi peneman nak study...

Kaki dah lenguh, study sambil berdiri pulak...

Dah penatlah Nenek. Nah, ambik buku ni. Orked nak pergi main pulak.... Babaiiii...


To Daddy,

Belajar rajin-rajin ye? Nanti dah besar Orked pun nak belajar tinggi-tinggi jugak macam Daddy dan Mummy. Huihhh.... Orked dah start pressure nih....


xoxo

Orked
by Mummy

Tuesday, July 20, 2010

Ladies in Red

Semalam Orked dan Adik Seri ada satu sesi fotografi dgn Mummy. Mummy ni berangan nak ambik gambar pandai macam Daddy. So, Mummy kenalah praktis banyak-banyak. Memandangkan Mummy pun tak kerja sekarang ni, bolehlah praktis selalu. Nanti dah kerja, dapat jumpa Mummy pun malam je, camne nak praktis ambik gambar?

Oklah, Adik Seri dah nangis panggil tukang taip blog Orked, iaitu Mummy.





Tata

xoxo
Orked
by Mummy

Monday, July 19, 2010

My Favourite Shirt

Hari ni Orked nak share favourite shirt Orked. Sebelum ni dah pernah tengok Orked pakai baju ni kan? Mesti lah, sebab inilah favourite shirt Orked. Orked suka sebab ada gambar bas kat baju tu. Kalau Mummy (atau Nenek, masa kat rumah Nenek) tanya nak pakai baju mana, mesti Orked cakap "bas" ataupun tunjuk kat baju ni. Nanti Mummy tau lah Orked nak pakai baju bas ni... Tapi selalunya Mummy tak tanya pun Orked nak pakai baju mana. Mummy yg pilih sendiri. Kadang-kadang je Mummy tanya. Agaknya Mummy tau kalau tanya Orked takde nak pilih baju lain punya. Takkan le hari-hari nak pakai baju bas kan? Basuh pun tak sempat. Hehehhe....

Oh ya, sejak Jumaat yg lepas, Orked dah balik rumah sendiri. Dah tak duduk rumah Nenek lagi. Jadi sekarang Orked la yg kena tolong Mummy jaga Adik. Mummy kata senang je cara nak jaga Adik, iaitu.... Jangan bising masa Adik tido! Hehehhehe.. Tapi tu pun Orked tak leh buat. Huhu... Susah le nak senyap masa main!



Oklah, tu aje!


Tata


xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, July 14, 2010

Orked in the Rabbitland

Semalam Daddy bawak Orked pergi tengok rabbit kat rabbit park dekat rumah Nenek. Dah banyak kali Daddy janji nak bawak Orked pergi tengok rabbit, tapi asyik tak jadi je. Hujan lah, Daddy lupa lah, tak sempat lah, macam-macam lah. Finally semalam jadi... :D

Seronok, ada banyak rabbit. Semua rabbit friendly, nak main dgn Orked. Dia ingat Orked ni carrot kot. Sib baik tak pakai baju warna oren. Tapi Orked tak dapat main dgn rabbit lama-lama sebab masa tu dah lewat petang dan nyamuk banyak. Lenkali Orked harap dapat pergi main dgn rabbit lagi, masa takde nyamuk. Dadddyyyy..... :D

Rabbit semua datang dekat Orked nak main dgn Orked

Eh eh, jangan la gigit kaki Orked!

Lari rabbit lari, Orked kejar...!

Dan ini pulak video Orked main dgn rabbit. Bestnya.... Nak main lagiiii....

xoxo

Orked

by Mummy

Monday, July 12, 2010

Gambar Adik

Gambar potrait Adik yang Mummy ambik

Eh, mana boleh ambik gambar Adik sorang? Mummy kena ambik gambar Orked juga!

Adik nonggeng, Orked pun nak nonggeng jugak!

Love you Adik!

Semalam Orked tengok, Mummy ambik gambar Adik. Mummy ni, selalu ambik gambar Adik sorang-sorang je. Kali ni, Orked tak boleh bagi can. Orked nak mencelah jugak, walaupun Mummy tak ajak. Tak aci lah kan, Mummy ambik gambar Adik sorang je? Orked pun anak Mummy jugakkk......

Haha, dah dapat mencelah baru puas hati! Heeee....


xoxo
Orked
by Mummy

Sunday, July 11, 2010

Zara

Semalam, 2nd cousin Orked, Zara, datang rumah Orked. Mummy Orked dan Mummy Zara ni cousin. Sebab tu Orked dan Zara jadi 2nd cousin. Zara datang rumah sebab nak tengok Adik Seri. Zara ni lebih kurang sama umur dgn Orked. Zara cuma tua 4 bulan dari Orked. Zara cakap, nanti dia pun nak dapat adik jugak tak lama lagi. Adik Zara pun girl jugak. Adik Zara nanti lahir bulan 10 tahun ni. Nanti samalah Orked dgn Zara, dua-dua ada Adik yg lahir dalam tahun yg sama, dan dua-duanya pun girl.

Zara datang dgn Mummy dan Papa dia, dan dgn Aunty Lin juga. Orked dah lama tak jumpa Aunty Lin. Ke, Orked tak pernah jumpa Aunty Lin. Orked tak pasti pulak. Sebabnya, Aunty Lin sekarang tinggal di Kanada. Sekarang Aunty Lin balik holiday beberapa bulan. Tapi tak lama lagi Aunty Lin dah nak balik Kanada semula. Entah bila lah Orked dapat jumpa Aunty Lin lagi.

Inilah dia Aunty Lin

Dan ini pula Zara

Nanti bila Adik Zara lahir, Orked ajak Mummy dan Daddy visit Adik Zara pulak ye?

Till then, tata.

xoxo
Orked
by Mummy

Friday, July 9, 2010

Gadis Jepun

Semalam Daddy Orked dah balik dari U.S.! Yeaaayyyyy! Tapi.... Hari ni dia pergi Sabah pulak. Huhu... Tinggal le Orked lagi...

Anyway, Daddy balik dari U.S. bawak kimono utk Orked. Hmm.. Pelik gak, sebab pergi U.S. tapi beli baju Jepun. Rupa-rupanya, masa on the way ke U.S., kapal terbang Daddy singgah kat Jepun. Kat situ le Daddy belikan kimono utk Orked. Cantik kimono Orked. Mummy dan Adik tengok pun jeles! Hehehhee... Thanks Daddy! Orked loves it! Takde ke ek, pertandingan pakaian beragam ke apa ke, boleh Orked join pakai kimono! Heheheh... Kalau tak, nanti tersimpan dalam almari je. Tak pun pakai utk ambik gambar je... Rugi lah...

Jadi gadis Jepun kena sopan santun...

Adat orang Timur, tingkahlaku dan tuturkata mesti dijaga...

Barulah jadi gadis Timur yg dipandang tinggi dan dihormati...
Sayonara!
xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, July 7, 2010

Gardening

Rumah Nenek ada garden. Jadi, hari-hari Orked tolong Nenek gardening kat garden Nenek. Kat situ ada macam-macam pokok, yg Orked tak tau namanya. Orked suka gardening, sebab boleh keluar dari rumah dan sedut udara segar. Orked bukan cam Mummy, Mummy berpantang, rehat dalam rumah je. Orked boring dok dalam rumah je. Tak boleh nak gi jalan-jalan, Orked keluarlah pergi garden. Selalunya kalau dah keluar, Orked dah tak nak masuk rumah balik. Nenek kena pujuk barulah Orked nak masuk balik.

Selalunya kat garden, Nenek siram pokok dan tengok-tengok pokok. Orked tengok aje, sambil main lari-lari keliling garden. Tapi hari ni terbalik pulak. Orked siram pokok dan sodok tanah, Nenek tengok aje pulak, sambil ambik gambar Orked. Hehehe...

Ini ler gambar-gambar Orked yg Nenek ambik masa kat garden hari tu. Tapi malangnya gayung yg Orked pegang tu kosong, Nenek tak bagi letak air, takut nanti Orked mandi terus. Dah gambar Orked nampak tak real... :(

Siram pokok kat batas

Mana batang pokok ni, nampak daunnnn aje? Daunnya besar sangat...

Kita berkebun kat pokok lain lah, susah sangat pokok ni....

Alamak, besarnya pasu, tak sampai Orked nak siram!

Bunga Kemboja yg gugur ni kena kutip, baru nampak kemas sikit garden Nenek.

Gardening ni salah satu cara exercise yg baik. Phuh, berpeluh satu badan lepas gardening. Barulah Orked jadi budak yg sihat dan cerdas!

Ok, tata.

xoxo
Orked
by Mummy

Monday, July 5, 2010

Orked dan Atuk

Hari Sabtu yg lepas Orked balik ke Malaysia. Dapatlah Orked jumpa Atuk dan main dengan Atuk. Dah lama Orked tak jumpa Atuk. Atuk Orked ni kerja kat Bangkok, Thailand. Dia cuma balik ke Malaysia sebulan sekali je. Kadang-kadang 2 bulan baru balik sekali kalau Atuk busy dan banyak kena outstation. Jadi, sementara Atuk ada kat kat Malaysia dan kebetulan Orked pun tinggal kat rumah Atuk, Orked telah mengambil kesempatan tu untuk main-main dengan Atuk. Ini gambar Orked masa Orked dengan Atuk duduk kat garden yg Nenek ambik.

Ini misai Atuk. Kalernya dah putih...

Orked dengan Atuk duduk kat pondok

Orked nampak kecik je kan, bila banding dengan Atuk? Sebab Atuk tinggi sangat... (bukan Orked kecik sangat, hehehe)

Jalan-jalan dengan Atuk kat garden. Lagi ler nampak Orked pendek sangat...

Tapi, petang tadi Atuk dah balik semula ke Bangkok. Sekejap je Orked dapat jumpa Atuk, tak sampai 3 hari pun. Orked harap Atuk selamat sampai ke Bangkok, dan akan selalu balik ke Malaysia lagi. Atuk kata, dah tak lama dah dia keje kat Bangkok. Awal tahun depan, habislah kontrak Atuk kat Bangkok. Bolehlah Atuk balik dan duduk kat Malaysia pulak...

Dalam entry lepas, Orked ada promise nak tunjuk gambar Adik yg dah gemuk tu kan? Ha, ni Mummy dah tangkapkan beberapa keping untuk Orked tunjukkan. Emm.... Tapi bila ditengok-tengok balik dalam gambar, takde le gemuk mana pun. Hehhehe... Tapi kalau tengok live gemuk tau! Ni mesti sebab Mummy salah ambik gambar niiii.... Tak pun, perasaan Orked je yg Adik dah gemuk. Hahaha....

Adik lepas mandi...

Ni Adik masa menangis. Tak senonoh betul. Hahaha...


Oklah, babai....

Luv,
Orked
by Mummy

Saturday, July 3, 2010

Posing Ketawa

Kat rumah Nenek ni, Nenek rajin ambik gambar Orked. Selalu Nenek suruh Orked posing macam-macam. Pastu, Orked dah belajar satu style posing, iaitu posing ketawa. Kalau Nenek suruh ketawa, Orked akan ketawa, "aaa ha ha ha haaaaaa" dgn gediknya, dan Nenek pun akan ambik gambar. Sebelum ni Orked dah pandai buat nangis, sendawa, batuk, dan tersedu yg palsu. Sekarang dah tambah satu lagi, dah pandai ketawa buat-buat juga.


Kat bawah ni, gambar-gambar Orked yg Nenek ambik masa Orked posing sambil buat-buat ketawa. Emm... Nampak palsu ke nampak real? :D







Orked letak banyak sikit gambar walaupun lebih kurang sama je, sebab nak bagi Daddy tengok. Daddy kan rindu kat Orked. Betul tak Daddy?

Adik Seri Daddy rindu ke tak? Gambar Adik nanti next entry lah ye baru Orked letak. Oh ya, Adik Seri dah gemuk tau sekarang... Semalam pergi klinik sebab Adik ada ruam kat leher dia. Leher dia berlipat-lipat sampai nak tengok leher kena korek-korek cari leher dia. Kat tempat berlipat tu dia ada ruam, merah-merah, sebab tersorok. Doktor dah bagi ubat, harap Adik cepat baiklah. Kesian dia... Mummy kata ruam tu mesti sakit dan gatal. Eh, dah lari cerita pulak. Sebenarnya Orked nak cerita yang masa kat klinik tu, Mummy timbangkan Adik. Bila timbang, berat dia dah 4.2kg. Wah, tak sampai 3 minggu, Adik dah naik 900g. Tak tau lah Adik mmg dah gemuk ke, atau timbang klinik tu yg salah. Tapi kat rumah mmg dah keje dia minum susu je memanjang. Asal bukak mata je, nak minum susu. Mana tak gemuknya?

Mummy pulak, Daddy rindu tak? Daddy tak yah jawab pun takpe, Orked tau. Mesti ler rindu, kan kan kan? Gambar Mummy tak yah letak la ek? Sama je muka Mummy, tak berubah pun dari hari tu...

Ok, till tomorrow.

Tata
Orked
by Mummy

Thursday, July 1, 2010

Cheeky Monkey Daddy

Daddy kata Orked ni Cheeky Monkey. Sebabnya, muka Orked ni muka notty. Lagi-lagi kalau Orked ada idea baru nak buat notty. Daddy kata boleh nampak kat muka Orked, mata jadi bersinar-sinar dan nampak macam Cheeky Monkey.

Sebelum Daddy pergi U.S., Daddy dah pesan kat Orked dan Mummy suruh update blog hari-hari, sebab Daddy nak tengok muka Cheeky Monkey ni. So, Orked pun suruhlah Mummy ambik gambar Orked ni dan tunjuk kat Daddy.

Ni Orked ambik kain batik Nenek dan pakai kat kepala. Orked nak sembahyang, jadi kena pakai telekung. Nenek ikat kain batik tu untuk jadi telekung Orked. Tapi..... Sekali nampak rambut daaa... Tak taulah sembahyang Orked tu sah ke tak. Heheheh....

Orked pakai "telekung" colourful dan nampak jambul

Orked comel tak Daddy?

Daddy baru je sms Mummy masa tulis blog ni, cakap Daddy dah sampai ke Kalamazoo, Michigan. Jauh betul ye tempat Daddy pergi tu. Daddy keluar rumah Nenek pergi ke airport hari Selasa jam 4 petang, dan sekarang ni hari Khamis jam 4 petang baru Daddy sampai kat Kalamazoo tu. Oooo... Dahsyat. Mesti Daddy penat jalan jauh dan lama-lama tu. Patutlah Daddy tak bawak Orked, sebab jauh sangat ye? Orked kecik lagi, kalau jalan jauh macam tu mesti penat sangat. Takpe, sikit lagi Orked besar boleh ikut. Hhehehe...

Oklah, tata semua. To Daddy, take care! Orked miiiiiiiiiiiiiiiiss u very very much....

Love
Orked
by Mummy