Friday, July 30, 2010

Photomama 01

Ahad yg lepas Daddy ada ajar kelas Photomama Siri 1 kat SNAP. SNAP ni Akademi Fotografi yg Daddy buat. Kelas Photomama pulak, salah satu kursus yg ada. Photomama ni ajar mama-mama ambik gambar anak masing-masing.

So, Ahad lepas tu Daddy lantik Adik Seri jadi model untuk sesi praktikal. Wah, bestnya Adik Seri, dapat jadi model. Kalau dulu-dulu, Orked yg selalu jadi model Daddy. Sekarang ni bila dah ada Adik....... Uuummm.... *sedih* ..... Orked dah tak laku lagi. Hmm... Tutuplah modeling agency Orked.... Huuu....

Ini antara gambar yg ada kat kamera Mummy masa Daddy tunjuk cara kat mama-mama yg lain. Tapi tak banyak gambar sebab Daddy cuma tunjuk mula-mula je. Lepas tu mama-mama lah yg snap snap gambar Adik banyak-banyak.

Adik dalam selimut

Adik pakai tutu dan matching headband

Masa kat workshop tu, ada seorang mama yg bawak tutu dan matching headband warna purple untuk Adik Seri pakai. Pastu mama tu bawak juga crochet hat. Eeeeiiii... Comel sangat tau! Geram Orked tengok. Tapi malangnya saiz newborn, tak muat Orked nak sumbat badan Orked yg dah besar nak pakai. Hehhee... Tapi dalam kamera Mummy takde gambar-gambar tu. Yg pakai tutu pun ada 2-3 keping je. Yg lain-lain mama-mama lain yg ambik masa sesi praktikal.

Memandangkan Orked dah tak laku sebagai model, jadi Orked minta Mummy je lah yg ambik gambar Orked. Adik masuk bakul, Orked pun mestilah nak masuk bakul jugak. Kalau Adik muat baring dalam bakul, Orked muat duduk jer... Hehhehehe....


Model jual bakul

Alamak, tak muatlah nak baring!

Model muka baru bangun tido... (patutlah tak laku....)


Gambar Adik Seri banyak yg cantik-cantik. Nak tengok besar-besar boleh click Facebook SNAP kat gambar bawah ni...


Yang kat bawah ni pulak link ke entry lamanweb yg ada gambar Adik antara mama-mama yg hadir. Ada ramai lagi, cuma Orked tak tau je. Kalau ada sesiapa yg tau, bolehlah tolong bagitau kat Orked ye?


1. Little Mama's Diary: Photography Workshop by Saiful Nang
2. Mai Story Chamber: Mai Passion
3. Mai Story Chamber: Berseri-seri
4. Mr & Mrs Imran: Photomama Workshop with Saiful Nang

5. Tripletsplusone: Photomama Workshop by SNAP

6. Aiza: Photomama Class by Saiful Nang


Daddy kata lepas ni ada Photomama 02 pulak bulan September ni. Eiii... Tak sabarnya tunggu!

xoxo

Orked

by Mummy

8 comments:

Mrs Imran said...

orked tetap kiut walaupun dah besar =) nnt tahu2 dah boleh jadi model utk pengantin plak..opss hehe

Anonymous said...

orked pun the best...lg power aunty tgk pose2 orked dlm pic....maintain cute dan bijak sgt....

izzahsazahly said...

hi orked, yang bawak tutu dan topi comel tu mama saya ;)

yang benar,
izzah :)

ps..saya baru ada blog sendiri..senang2 tengok blog saya..tata

cKyN WaN said...

salam orked =)
sy ada bg award utk blog orked ni. xjumpe vr shoutbox so tulis sini je aci kan?

nk tau award ape jgn lupa singgah my blog okeh

mysara said...

masa auntie nak snap2 gmbr orked ahad tu, orked malu2.. sbb tu byk gmbr seri..pastu dpt amek gmbr orked bgn tido je...hihihi.xpe2, nnti kita dah jadi kawan, bleh la orked smile byk2 utk kamera auntie..sblm tu, auntie kena prektis byk2 dulu! yosh!!

Aunty Bard said...

alahai cian Orked, takpe, Orked sentiasa menjadi model di hati mommy & daddy :-)....bagi chance kat adik la jadi model, nanti Orked boleh jadi model utk session yang lain pulak kan...

Aiza said...

Allo Orked..nice knowing Orked, mummy Orked and adik Seri masa workshop ngan daddy Orked aritu..
senang-senang melawat la blog auntie..
Jumpa lagi ye nnt...
Jangan noti2...take care.

Orked said...

aunty aiza, link ke blog aunty apa? orked nak tengok blog aunty...