Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti Mewarna

Orked suka menulis dan mewarna. 2 hari lepas, Mummy beli Daddy bayar untuk Orked buku mewarna yang baru. Balik je rumah, terus Orked excited nak mewarna. Maklumlah, buku baru. Ini hasil kerja tangan Orked malam tu.

Mewarna pun mesti bersungguh-sungguh

Warna ikut panduan warna pada nombor tu

Daddy tolong Orked warnakan langit

Dan inilah hasilnya

Orked tau, lukisan Orked comot lagi. Tapi Mummy kata Mummy terkejut dan bangga dengan Orked sebab Orked berjaya siapkan lukisan ni. Orked juga telah warnakan dalam garisan dan cuba supaya warna tak keluar dari garisan.

Sebelum ni Orked dah ada buku warna yang lain. Tapi, masa tu Orked kecik lagi dan tak pandai mewarna lagi. Last-last jadi buku conteng. Lepas tu pulak, Mummy bagi Orked buku kosong je. Mummy lukis gambar apa-apa, pastu Orked warnakan. Selalunya Orked akan minta Mummy lukis gambar keluarga, rumah, pokok, pisang dan butterfly.

Bila dapat buku warna yang baru ni, barulah Mummy perasan yang Orked sebenarnya dah pandai warna elok sikit. Orked happy buat Mummy happy.

Yang ni pulak, Orked warna semalam. Daddy lukiskan dan Orked warnakan. Batang pokok tu Mummy yang warna, sebab tu cantik. Tapi Orked tak siapkan sebab Orked distracted dengan benda lain.

Yang kat bawah ni pulak, lukisan Orked masa bulan sebelas tahun 2010. Huhu, malu Orked nak tunjuk. Dulu Orked pandai buat bulat-bulat camtu je. Dah banyak kan, kemajuan Orked?


Dah pandai sikit mewarna ni, selain dari teruskan praktis supaya dapat warna lebih cantik, Mummy tambahkan projek baru. Mummy nak ajar Orked menulis pulak. Sekarang Orked tengah praktis sambungkan dot dot dot. Yang ni kelas pertama, yang mudah dulu lah. Sambungkan dot buat garis lurus je dulu. Mummy buat dot, Orked sambung. Orked harap Orked akan cepat pandai. Sape ada teknik mudah biar Orked cepat pandai, sharelah ye?


xoxo

Orked
by Mummy

Tuesday, May 24, 2011

Orked bangga ada daddy Saiful Nang


Daddy Orked terpilih masuk dalam senarai 10 terbaik Malaysia kategori Young & Succesful. Orked bangga ada daddy macam daddy.


Daddy selalu cakap, kalau kita senang, kita kena tolong orang. Daddy suka tolong orang supaya orang lain pun boleh berjaya macam daddy.


Kalau ikutkan Orked, kesian kat daddy. Daddy kerja sampai ke pagi dan kemudian tak ada masa nak bawa Orked pergi holiday lagi dah. Daddy makin sibuk dengan kerja kebajikan dan bisnes daddy. Daddy cakap, nanti bila daddy dah tua daddy nak retire duduk rumah jaga Orked. Masa tu mesti Orked dah besar :(


Tapi Orked, Adik Seri dan Mummy kena berkorban untuk kongsi daddy dengan orang-orang susah yang daddy tolong. Daddy pernah cakap, dulu daddy pun susah dan tak ada orang tolong. Sekarang bila daddy senang, daddy nak tolong orang lain. Dulu yang tolong daddy macam Ayah Yuslan, Ayah Azman, Ayah Din, Ayah Dr. Masjuki dan ayah-ayah kat Rumah Prihatin.

Daddy Orked sibuk sangat. Orked nak jumpa daddy pun kena buat appointment. Selalu secretary Orked (Mummy) yang uruskan appointment ni. Ni dah dekat setengah tahun ni daddy sibuk sangat outstation. Daddy cakap, company daddy tengah berkembang dan daddy kena buat baaaaaaaanyaakkkkkk kerja. Apapun Orked, Adik Seri dan Mummy akan terus support daddy.

We love you daddy

Orked, Seri & Mummy

Saturday, May 21, 2011

Teknologi


Orked sekarang bersiaran dari rumah Atuk dan Nenek di Nusaputra, menggunakan teknologi terbaru rumah Atuk. Wah, Orked kagum. Atuk dan Nenek ni mengikuti perubahan zaman. Dahsyat....

Selain itu, Orked juga ada pengumuman yang membahagiakan. Cik Yana Orked akan bertunang tak lama lagi. Yeahooooo! Orked dah jumpa dah uncle tu. :D

xoxo

Orked
by Mummy

Thursday, May 19, 2011

Mummy Cuti Part 2

Sambung lagi entry semalam.

Lepas balik dari Alamanda, duduk kat bilik je sampai malam. Kat bilik takde mainan, jadi Orked dan Adik main ler dalam laci almari...

Adik intai-intai je benda kat tangan Orked. Dia teringin la tu...

Main panjat-panjat kat dalam laci. Adik ni bukan boleh duduk diam, bergerak je kerjanya.

Dia cuba nak keluar dari laci

Tak sedar kaki dia pendek tak sampai. Pastu marah sebab tak pandai nak turun. Hi hi hi

Lepas main kat laci, Adik sepahkan beg sekolah Orked pulak. Dalam beg sekolah Orked ada macam-macam. Buku tulis, buku warna, pencil box, kertas, anak patung, getah rambut, buku bacaan dan macam-macam lagi. Nasib baik beg Orked kecik. Kalau lagi muat, memang macam-macam lagi Orked nak sumbat kat dalam beg tu.

Adik konon-konon baca buku.

Lepas tu konon-konon berfikir nak faham buku pulak.

Lepas tu...... Eh, makan buku?

Makan getah rambut pulak. Adik ni semua dia nak masuk mulut

Tak sedap? Tau takpe...

Dia jumpa pemadam Orked, dia nak padam kertas pulak.

Lepas tu tengok tv...

Adik dah blur-blur, dah ngantuk.

Dan akhirnya semuanya pun pengsan... Macam-macam gaya tido.
(Mummy tutupkan pampers Orked yang terselak sebab Orked malu)

Masa kitorang tido tu dapat la Mummy pun rehat sama sekejap.

2-3 jam kemudian, bila bangun, yeah, sambung buat "kerja" semula! Masa ni Daddy pun dah balik dari work Daddy.

Adik dah nampak komputer Daddy! Dah siap mandi tapi tak sempat nak pakai baju tido dia dah lari.

Daddy bangun sekejap je terus dia take over komputer Daddy.

Tapi bila Daddy balik... Ha ha ha... Kesian, Daddy tak bagi main. Frust nak nonggeng dah tu!

50% Mummy and 50% Daddy ye? Kalau camni rasanya 100% Daddy kot? He he he he...

Itu je lah sehari bersama Mummy sempena Mummy cuti dan Daddy work dekat Residence Hotel, Uniten. Harap enjoy tengok gambar banyak-banyak ni. Mummy suka letak gambar dan cerita kat blog supaya esok-esok nanti senang nak tengok balik perkembangan Orked dan Adik.

tata titi tutu

Orked
by Mummy

Wednesday, May 18, 2011

Mummy Cuti Part 1

Minggu lepas Mummy cuti. Orked dan Adik dapat le melekat macam ada gam dengan Mummy sepanjang hari. Cuti satu hari je. Takde la lama pun. Hhehehe... Mummy kata cuti dia ada banyak, dan sekarang students dia pun dah start cuti, dah tak payah masuk kelas. Jadi Mummy boleh la gunakan cuti Mummy tu sekali-sekala.

Cuti tu takde la gi mana-mana pun. Minggu lepas Daddy bawa kitorang semua tido kat Hotel Residence, kat Uniten, selamat 4 malam. Daddy work kat sana. Outstation. Hehe. Hotel Residence ni dekaaat sangat dengan office Mummy. Mummy pun happy duduk situ sebab tak payah drive jauh-jauh nak pergi kerja. Hari yang Mummy cuti tu, takde la buat apa pun. Duduk kat hotel je. Ambik-ambik gambar. Pastu tengahari Daddy bawak lunch kat Alamanda, Putrajaya. Disebabkan salah satu aktiviti cuti tu ialah ambik-ambik gambar, maka ada banyaklah gambar Orked dan Adik hari tu...

Ini Adik Orked yang sudah ada sebatang gigi.

Dan ini Orked yang tak nak ketinggalan tunjuk gigi. Gigi Orked dah banyak.

Adik Orked ni memang camni, tak leh berpisah dengan Mummy. Daddy kata tali pusat dia belum putus lagi dengan Mummy. Ha ha ha. Ni aksi Adik ketika Mummy ke toilet. Dia akan tunggu Mummy kat situ sambil menangis dan peluk pintu. Kelakar, kan?

Bila Mummy keluar, dia pun akan ikut sekali.

Ni Adik bila kena marah dengan Orked. Kadang-kadang dia nangis, kadang-kadang dia buat tak tau je.

Ni Daddy saja letak Adik tersepit kat celah katil. Daddy memang macam tu. Dah memang hobi dia menyakat Orked dan Adik. Tak senang hati Daddy kalau tak sakit kitorang sampai nangis.

Lunch hour Daddy bawak pergi Alamanda. Kat hotel takde kolam. Orked teringin nak mandi kolam. Tu yang pi celup jugak kaki kat kolam air pancut kat Alamanda. Mesti orang sekeliling pandang Orked semacam masa ni.

Tolak rambut yang dah mencucuk mata ni ke tepi. Masa keluar tadi pakai sepit, lepas tu dah cabut hilang mana ntah.

Adik dan Mummy tunggu je Orked main celup kaki kat kolam air pancut.

Hari ni eczema Adik naik banyak. Abis muka dia berbintik-bintik. Kesian dia gatal.

Adik dengan Mummy lagi

Daddy hari ni baik hati, belikan Mummy baju. Masa Mummy try baju, kitorang ambik gambar depan cermin

Tadi Daddy buat muka kelakar, tu yang Orked geli hati. Ni Daddy control hensem pulak. Orked tak sempat nak control cute.

Dengan Adik pulak. Tengok, Adik nak makan kertas!

Perangai yang Mummy dan Daddy tak suka, masuk tangan dalam mulut.

Orked jadi mannequin

Mannequin buat muka kelakar

Lama sangat Mummy try baju. Sempat Orked main lari sana sini kat dalam fitting room

Kakak ni tolong dukung Adik

Gambar ada banyak lagi. Nanti Orked sambung lagi. Dah tak larat.

xoxo

Orked
by Mummy

Monday, May 16, 2011

Gigi

30 April 2011


Kosong




13 Mei 2011


Dah satu dah!






Awww... Malu I....


Yeah, Adik Orked dah ada gigi! Tapi pelik le, sebab nan sebatang aje. Masih takde kawan, jadi giginya belum berfungsi, hanya sekadar hiasan. Tunggu kawan gigi tu tumbuh baru boleh gigit. Yeah....


love

Orked

by Mummy