Tuesday, May 24, 2011

Orked bangga ada daddy Saiful Nang


Daddy Orked terpilih masuk dalam senarai 10 terbaik Malaysia kategori Young & Succesful. Orked bangga ada daddy macam daddy.


Daddy selalu cakap, kalau kita senang, kita kena tolong orang. Daddy suka tolong orang supaya orang lain pun boleh berjaya macam daddy.


Kalau ikutkan Orked, kesian kat daddy. Daddy kerja sampai ke pagi dan kemudian tak ada masa nak bawa Orked pergi holiday lagi dah. Daddy makin sibuk dengan kerja kebajikan dan bisnes daddy. Daddy cakap, nanti bila daddy dah tua daddy nak retire duduk rumah jaga Orked. Masa tu mesti Orked dah besar :(


Tapi Orked, Adik Seri dan Mummy kena berkorban untuk kongsi daddy dengan orang-orang susah yang daddy tolong. Daddy pernah cakap, dulu daddy pun susah dan tak ada orang tolong. Sekarang bila daddy senang, daddy nak tolong orang lain. Dulu yang tolong daddy macam Ayah Yuslan, Ayah Azman, Ayah Din, Ayah Dr. Masjuki dan ayah-ayah kat Rumah Prihatin.

Daddy Orked sibuk sangat. Orked nak jumpa daddy pun kena buat appointment. Selalu secretary Orked (Mummy) yang uruskan appointment ni. Ni dah dekat setengah tahun ni daddy sibuk sangat outstation. Daddy cakap, company daddy tengah berkembang dan daddy kena buat baaaaaaaanyaakkkkkk kerja. Apapun Orked, Adik Seri dan Mummy akan terus support daddy.

We love you daddy

Orked, Seri & Mummy

8 comments:

Anonymous said...

Memang ini yg perlu ditanggung disebalik kejayaan kan...Sayang Orked...

Anonymous said...

orked masih ada daddy...so hargailah daddy orked! pakcik...masa utk daddy pakcik di dpn mata dh lama berlalu...

.m.u.n.i.r.a. said...

terbaiklah ;)
bangga ada anak melayu camni!

misz beauty said...

tahniah buat SN dan keluarga... semoga kejayaan demi kejayaan akan dikecapi... insyaAllah... =)

Anonymous said...

Congrats Bro SN..bangga ada anak felda macam Bro... -me x asbjb-

Aunty Bard said...

tahniah to daddy orked. keep it up!

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

Dr. Masjuki tu lecturer kat fact Engine UM kan orked?? hehe

Mummy Akmar said...

Salam Mummy Orked dan Saiful Nang,

Saya memang kagum dengan hasil tangan Senior MMU Saiful Nang. Dulu awal-awal mula dulu, saya ni asik dok tengok fotopages abang saiful nang ni. Dulu selalu jugak ber-YM dengan Saiful Nang. Tapi Mummy Orked jgn salah anggap, chat sbb senior jer. Hahaha.. Ntah mcmana kenal pon tak ingat. Alah dah kata senior MMU. Biasalah tu kan..Dulu lepas beberapa tahun kenal saiful nang..then bila nak kawin nak amik abang saiful nang jadi photographer..tapi tak jadi pulak. . By the way, sehingga hari ni saya mengikuti perkembangan Saiful Nang, LIKE facebook dia dan rupa nya ada blog.

Saya pon baru dalam dunia blogging ni. Singgah2 la di blog saya di Queen of The Castle dan jgn lupa follow saya yer!

Kiss to Orked and Seri.

Wassalam..