Tuesday, July 31, 2012

Lela dalam Ebook Photomama DIY Studio

Salam semua,

Kalau dulu Kak Orked pernah jadi model Daddy dalam video-video Photomama, Kak Seri dalam workshop Photomama, sekarang giliran Adik Lela pulak jadi model Daddy. Kali ni bukan dalam video atau workshop, tapi model dalam ebook Daddy yang terbaru, Photomama DIY Studio Panduan Bergambar. Wah, dahsyat...


Kat dalam ebook tu Daddy ada terangkan macam mana nak ambik gambar baby yang cantik-cantik macam professional photographer selalu buat - di rumah! Yep, tak payah pergi studio atau upah professional photographer (er, sekali sekala upah lah juga yang professional, kalau tak Daddy tutup kedai pulak, hehehhe), tetapi semua orang pun boleh buat sendiri di rumah. Ehem... Mummy pun kena buat gambar kitorang lagi cantik jugak lepas ni sebab dah baca ebook Daddy nih. Menariknya, langkah step-by-step ditunjukkan, dan bergambar lagi! Antara contoh gambar yang boleh didapati lepas baca ebook ni ialah:
 









Yes, Daddy ada ajarkan step-by-step macam mana nak dapatkan gambar-gambar seperti gambar Adik Lela di atas tu. Jadi jangan lupa dapatkan ebook Daddy ni. Harganya cuma RM10 kalau dibeli pada hari ini, 31 Julai 2012 dan RM17 kalau dibeli selepas 31 Julai 2012. Klik http://kedaifoto.com/v3/product.php?id_product=2711 untuk membeli.

NEW UPDATE: Harga bagi ebook ini sekarang adalah RM14 untuk 500 orang pembeli terawal.


xoxo
Orked, Seri, Lela
by Mummy

Monday, July 30, 2012

Lela by The Photolicious

Minggu yang lepas Aunty Kamalia Kamal dan Aunty Zara Haleena dari The Photolicious datang rumah kami dan ambik gambar Adik Lela. Siap datang bawak prop macam-macam lagi, sebab nak shoot newborn photos Adik Lela. Mula-mula nak ambik gambar Adik Lela tido, tapi dia tak nak tido pulak. Excited kot? Padahal selalunya siang-siang Adik Lela tido je memanjang.... So, puaslah Adik Lela berposing sakan... Inilah antara gambar-gambarnya...















Comel kan, Adik Lela?

Thank you very much Aunty Kamalia Kamal!

xoxo
Orked & Seri
by Mummy

Thursday, July 19, 2012

Seri nyanyi ABC



Video kat atas ni Seri nyanyi lagu ABC. Ni lagu pertama yang Seri pandai. Dia belajar dari Youtube. Sebutannya tak betul lagi dan huruf-hurufnya banyak yang hilang. Tapi bolehlah, bolehlah kita tahu lagu tu lagu ABC bila dengar, kan? Syabas adik kakak!

Oh ya, yang bunyi kat tengah-tengah video tu, yang Seri kata kentut tu, sebenarnya bunyi Adik Lela "terlepas" tau! Jangan salah sangka ingat Mummy pulak! Ehehhehe....

Ok Seri, belajar lagi banyak-banyak lagu ye, nanti boleh nyanyi sama dengan kakak Orked.

xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, July 18, 2012

PhotoMummy

Memandangkan Mummy dah ada model baru, maka Orked dan Seri Mummy kurang ambik gambar untuk beberapa ketika ini :( Tapi takpe, kitorang tak merajuk, sebab Nenek kat rumah dah ambik banyak gambar kitorang. Hehehe... Tapi gambar tu kena tengok kat facebook nenek lah. Ini Mummy buat sesi PhotoMummy untuk ambik gambar Adik Lela posing-posing. Enjoice!
















Editing Mummy berterabur. Hehehhe.... Kejap camtu, kejap camni stylenya... Heheh...

Ok, xoxo

Orked, Seri dan Lela
by Mummy

Saturday, July 14, 2012

Orked, Seri dan Lela - Hari Pertama


Macam nak sama kan, muka kitorang masa baru lahir?

xoxo
Orked, Seri dan Lela
by Mummy

Friday, July 13, 2012

Adik Lela, Minggu Pertama

Assalamualaikum semua....

Kalau tak tahu lagi, Orked dan Seri sebenarnya dah ada adik baru...! Nama dia Lela bt Saiful. Adik Lela lahir pada 5 Julai 2012 yang lalu, jam 7.32 pagi di Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, dengan berat 3.5 kg.

Kisahnya bermula pada jam 2 pagi 5 Julai 2012. Masa tu kitorang semua tengah tido. Mummy terjaga dan nak pergi toilet. Tengok-tengok dah ada tanda awal nak bersalin, keluar darah sikit. Malam sebelumnya, sebelum tido, takde apa-apa tanda lagi pun. Mummy cam biasa je, siap masak dinner ayam goreng kicap lagi. Rupanya tu lah last dinner yang Mummy akan masak untuk beberapa lama ni (sementara "cuti"). Mummy cakap kat Daddy dan lepas discuss, decided nak pergi hospital jam 7 pagi, sebelum traffic jam nak ke hospital. Tapi sejam kemudian, Mummy dah mula rasa contraction dan makin lama makin kerap. 3.30 am semua orang dikejutkan bangun nak pergi hospital. Baik pulak Orked dan Seri pagi tu sebab tak meragam bila kena kejut bangun awal pagi bila diberitahu adik dah nak lahir. Dalam 4.30 pagi, kami semua selamat sampai di hospital, termasuklah Atuk Ahamad dan Nenek Hasiah. Bila dicek, Mummy dah 5 cm dan contraction pun selang 6 minit sekali. Lepas tu Orked dan Seri pun ikut Atuk dan Nenek balik untuk sambung tido. Bila bangun, tau tau je Mummy dah selamat lahirkan Adik Lela. Alhamdulillah... Kitorang semua happy dan tak sabar nak tengok Mummy dan Adik Lela kat hospital.

Okey, sekarang Orked dan Seri nak share gambar-gambar Adik Lela...

Day 1 - Adik Lela fresh from the oven, dalam labour room lepas dibersihkan dan ditimbang. Darah pun ada lagi kat muka dia.

Day 1 - Lepas mandi dan dibungkus comel-comel, Adik Lela dibawa masuk ke wad untuk bersama dengan Mummy.

Day 1 - Gambar keluarga berlima yang pertama :)
Day 2 - Dah nak balik rumah.

Day 3 - Seronoknya tido kat rumah....

Day 3 - Geliat nak keluar tangan dari bedung.

Day 3 - Tido macam ni barulah selesa...

Day 5 - Kakak teringin nak riba Adik Lela

Day 5 - Sedia nak tido.

Day 6 - Baru bangun tido, good morning!

Day 6 - Daddy's Angels

Day 6 - Kakak Seri sayang Adik Lela

Day 6 - Nak main dengan Adik, tapi Adik belum faham lagi...

Day 6 - Seri dan Lela

Day 6 - Kakak Orked pun saaayyaaanngg Adik Lela.

Day 7 - Lepas mandi.

Day 7 - Adik comel!

Day 7 - Tido pipi penyet...
Kakak Orked dan Kakak Seri sayanggg sangat dekat Adik Lela. Dulu masa dalam perut Mummy, Kakak Orked selalu tanya Mummy, bila adik nak keluar, sebab Kakak rinnnndduuu nak tengok Adik. Sekarang bila Adik dah keluar, kakak selalu tanya bila adik nak bangun tido, sebab kakak nak main dengan adik. Tapi buat masa sekarang ni, Adik ni kerjanya tido, minum susu, tido je. Dia berjaga pun sekejap dan kadang-kadang aje. Mungkin bila dia besar sikit nanti dia akan berjaga lebih banyak. Bolehlah kakak main dengan adik nanti...

xoxo

Orked dan Seri
by Mummy