Ini adalah blog peribadi Orked, Seri dan Lela. Tapi buat masa ni, Orked. Seri dan Lela masih kecil utk menulis blog. Jadi yang menulis ialah mummy dan daddynya.
Friday, October 29, 2010
Update Pantas
Untuk update pantas ni, Orked cuma nak cerita tentang Adik Seri.
Adik Seri dah pandai main kaki diaaaa......
Wah, wah, wah....! Sampai bergulung-gulung badan dia nak main kaki.
Kelakar!
Tu je... Love you Adik.... Love you semua....
p/s: Dan satu lagi.... Dah seminggu Orked tak bocorrr...... Weeeeeee.... Orked dah pandaiiiiiiii! Dah tak yah pakai nappy! :D
xoxo
Orked
by Mummy
Sunday, October 17, 2010
Girlish
Atuk, Nenek dan Cik Yana Orked baru je balik dari Bandung dan Jogjakarta minggu lepas. Semalam Orked pergi visit Atuk dan Nenek kat rumah mereka, dan Orked dapat hadiah! Banyak pulak tu... Macam-macam Atuk dan Nenek belikan untuk Orked.
Malam ni, walaupun kat rumah, Orked seronok dan tak boleh lepas pakai 2 hadiah cute yg Atuk dan Nenek belikan. Jadi, Mummy pun ambik gambar sebab Mummy kata Orked nampak cute dan girlish. Ala Mummy tu, apa Orked buat pun cute kan? (kecuali time nangis dan notty). Hehehhe...
Selipar bulu-bulu dan beg strawberry tu lah yg Atuk dan Nenek bagi kat Orked. Cuteeee... Selipar tu bulu-bulu dan lembut. Beg strawberry tu boleh jadi beg dan jadi bantal. Tapi kan, orang buat beg tu dah salah eja, dia eja strawwberry. Terlebih w! Heheheh....
Dan ini pulak ialah gambar adik yang latest. Adik dah 4 bulan. Sekarang ni dia suka buat muka kelakar macam ni. Dia ketap bibir dengan gusi yang takde gigi dia tu. Hehehe...
Ok, Orked dah nak tidur. Esok Mummy kerja. Mummy dah start kerja sejak Jumaat lepas. Nite nite!
xoxo
Wednesday, October 13, 2010
Finger Painting
Satu lagi mainan yang Daddy beli untuk Orked tu ialah colour untuk Orked buat finger painting. Wah, bestnya! Colour ni washable. So, tak yah risau dia melekat kat mana-mana, sebab boleh basuh. Orked gembira boleh mewarna, Mummy pun senang hati sebab baju dan rumah tak kotor. Hehehehe....
Gambar ni Mummy ambik masa hari pertama main. Mummy sayang dengan colour tu, takut habis. Jadi Mummy bagi colour hijau dan merah je. Ada 4 colour sebenarnya; merah, hijau, biru dan kuning. Hari ke-2 dan seterusnya baru Mummy bagi main semua colour.
Namanya finger painting, so kenalah guna jari untuk mewarna. Tapi sebenarnya boleh juga guna tapak tangan, berus, dan benda-benda lain juga. Cuma masa tu Mummy belum ajar Orked lagi. Mummy baru ajar guna jari je.
Hari tu Mummy tunjuk video kat youtube. Ada sorang budak tu, umur 3 tahun dah pandai lukis cantik guna finger painting ni. Orked nak cuba buat jugak. Tp jadi camni jer....
Dah namanya orang kidal, dah elok-elok guna tangan kanan pun, terselit jugak guna tangan kiri. So, jadilah both hands painting. Hehehe...
Bila tambah warna merah baru la cantik sikit lukisan Orked. Ha, I Love U kat belakang tu la yang Orked selalu suruh Mummy lukis...
Camni lah rupanya tangan Orked lepas mewarna. Tapi jangan risau, colour ni senaaaaanggg sangat tanggal. Gosok-gosok sikit bawah air pun dah bersih dah. Tak yah nak susah kena sabun dan tonyoh-tonyoh kuat sangat pun. Kat baju Orked yg kotor pun senang hilang juga bila basuh. Kat kerusi dan meja Orked pun, Mummy lap guna kain basah je dia dah hilang. Betullah washable seperti yg ditulis kat label. Heheh....
Itulah dia pengalaman pertama Orked buat finger painting nih. Seronok! Lepas tu hari-hari Orked minta kat Mummy nak colour. Tapi Mummy bagi buat sekali sehari je. Mummy sayang takut colour habis lah tu... :p
Tata!
Monday, October 11, 2010
Doa Makan dan Tido
Orked sekarang dah pandai baca doa. Ada dua doa yg Orked dah pandai. Orked belajar dari Mummy, Daddy dan iPad Daddy. Kat iPad Orked dengar lagu doa-doa ni kat youtube. Pastu Mummy dgn Daddy pun selalu suruh Orked baca dan ajar. Lama-lama Orked pun dah ingat.
Dulu mula-mula sebelum makan Orked baca Bismillah... je. Berbulan-bulan lah jugak sejak Orked pandai cakap nak berjaya baca sendiri dgn betul. Bila dah pass Bismillah, barulah Mummy dan Daddy ajar doa makan. Yg tu kejap je Orked belajar sebab lepas tu Mummy bukakan video Doa Makan yg ni http://www.youtube.com/watch?v=1PWvTXsYDt4 Lagu dia best, senang nak hafal.
Doa sebelum tidur pulak lepas Orked pass doa sebelum makan. Yg ni Mummy ajar hari-hari sebelum tidur. Lepas beberapa hari Orked pun ingat. Tapi Orked selalu salah, tertinggal "humma" je... Orked sebenarnya confused dah dengan Bismillah dan doa sebelum makan. Lebih kurang je bunyinya.... Yg ni Orked tak belajar kat youtube sebab lagunya kurang menarik.
Inilah hasilnya bacaan doa Orked. Tapi videonya terbalik sebab Mummy silap masa ambik guna handphone.
Sekarang ni projek terbaru Orked ialah doa selepas bangun tidur. Tapi doa ni susah sikit, panjang. Dah beberapa hari belajar tak pandai-pandai lagi... Dan juga nak belajar alif ba ta... Pun belum pandai lagi. Kena usaha lagi...
xoxo
Orked
by Mummy
Wednesday, October 6, 2010
Butterfly
Orked