Tuesday, April 26, 2011

Cheeky Monkey II

Ini Cheeky Monkey kedua dalam keluarga Orked. Yang first mesti ler Orked (Orked Cheeky Monkey). Mari kita tengok apa dia nak buat....

Perhatikan Cheeky Monkey ni ye....

Adik, ni tak boleh mainlah... Tengok tu, dia tepis tangan Orked...

Haa... Dia main telefon!

Syok je dia main ye?

Adik, jangan mainlah!

Mummy, telefon ni tak boleh main ke?

Boleh, kan?

Haaa... Mummy tak marah pun... Ambik gambar lagi.... Hehehe....

Ape-ape je lah Adik....

So, sekarang ni dah ada 2 cheeky monkey kat dalam rumah. Pening lah kepala Mummy dan Daddy. Sorry! Hehehhe...

Ni Orked pakai baju sama dengan Adik. Tapi Orked punya t-shirt, Adik punya rompers. Daddy beli kat Australia, gambar koala. Daddy kalau pergi outstation, suka belikan souvenir pakaian tradisional untuk Orked atau/dan Adik. Tapi kat Australia takde pulak pakaian tradisional. Tu yang Daddy belikan baju koala untuk Orked dan Adik. Tapi, bila orang tengok koala, semua dah tau yang koala tu dari Australia, kan? Orang putih, memang takde pakaian tradisional, kan? Hari tu Daddy pergi USA pun sama, Orked tak dapat pakaian tradisional diorang juga...

Sampai jumpa lagi.

xoxo
Orked
by Mummy

Friday, April 22, 2011

Orang Asli Thailand

Baju ni Nenek beli masa Nenek kat Thailand. Nenek kata ni pakaian orang asli di Thailand. Di Thailand ada banyak puak orang asli. Tapi Orked tak pastilah pulak dari puak mana pakaian ni.

Sekarang ni Orked agak alergik dengan kamera, terutamanya kalau nak kena berposing. Jadi, dapat le gambar masam-masam camni. Ha, kan Mummy dah publish gambar masam, sape suruh tak senyum, kan? Nak ambik gambar Orked kena ambik gambar candid, tak leh posing-posing. Cabaran kat photographer Orked nih. Hehehhe...

Nampak macam ala-ala kat dalam hutan tak?

Orang Asli pun sayang Adik juga...

Berlarian di taman Nenek...

Masam sebab kena posing...

Adik happy, tepuk tangan

Adik yang suka memanjat. Apa je pun dia akan capai asal dapat memanjat...

Nak ambik topi kakak, tapi kakak kedekut tak mo share...

Susah tau nak jahit baju ni...

Orang asli di taman Nenek

Orked ni tengah nak menghabiskan stok gambar-gambar yang ada, tapi tak update. Gambar ada la untuk beberapa entri, tapi tak diupdate. Yang ni pun stok 2-3 minggu lepas punya. Tapi tak ada idea pulak nak cerita apa. Hehehe... Gambar je lah jawabnya...

xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, April 21, 2011

Yummy Pizza Hut


Masa ni saja je nak usik Adik Seri. Adik Seri dah confident abis dah yang dia dapat makan pizza. Tapi rupanya lepas ambik gambar, terus Mummy tarik balik pizza tu. Marahlah jugak dia. Hehehhehe.... Sorry Adik... Bukan boleh makan pun. Gigi takde lagi kan?

Ni semua Nenek punya idea. Nenek notty!

xoxo
Orked
by Mummy

Sunday, April 17, 2011

Balik Kampung Pahang

Kampung Orked kat Pahang dah takde orang duduk sekarang ni. Tapi sebulan sekali mesti Atuk dan Nenek balik kampung juga untuk kemas rumah. Takut rumah runtuh kalau dibiarkan macam tu saja. Sayang...

2-3 minggu lepas, Orked dan keluarga pun ikut balik kampung sama. Dah lama sangat Orked tak balik kampung yang kat Pahang ni. Kali terakhir balik, masa Hari Raya.

Bila sampai ke kampung, perkara first yang mesti dilakukan ialah makan ikan patin. Atuk dan Nenek dah tau dah favourite Daddy ni. Jadi diorang dah siap-siapkan masak. Daddy ni kalau makan ikan patin, ikan patin tengok Daddy pun takut. Boleh makan banyak sampai tinggal tulang je! Horror tak, ikan-ikan patin sekalian?

Ini ikan patin masak sambal. Kat belakangnya ikan patin masak tempoyak. Malamnya kami makan ikan patin lagi, masak sambal cili api pulak. Nyaammmmmm...

Masa kat kampung hari tu, Cik Amin dan Cik Aina pun ada. Orked pun apa lagi, seronoklah ada teman bermain dan explore rumah Atuk.

Belakang rumah Atuk luas, rimau pun ada. Eh, Orked le rimau tu...

Apa ntah Cik Amin tunjuk kat Orked...

Berlakon jadi mandur nak bersihkan kawasan belakang rumah Atuk

Muka Orked sama macam Daddy, ye?

Selain dari rimau, ada seekor monyet juga kat belakang rumah Atuk. Eh, ni Cik Amin lah...

Belakang rumah Atuk ada pokok kelapa sawit juga. Aummm... Rimau mengaum kat kaki pokok kelapa sawit.

Satu lagi tradisi bila balik kampung ialah kitorang mesti nak merempit. Mummy kata, masa mula-muka kawin dulu, bila balik kampung nanti Daddy bawak merempit keliling kampung. Mummy suka naik motor sebab jarang dapat naik motor. Bila naik motor boleh rasa angin keliling muka. Daddy pulak, suka bawak Mummy merempit sebab saje nak suruh Mummy peluk-peluk dia. Eeeuuuwww... Daddy ni memang suka ambik kesempatan. Lepas tu bila Orked lahir, Atuk pulak suka bawak Orked merempit. Tapi keliling rumah je lah. Bukan keliling kampung cam Mummy dan Daddy. Dan sekarang ni, Atuk bawak Adik Seri pulak merempit.

Aksi rempit yang tak boleh ditiru. Bahaya. Kalau polis tengok mesti kena tangkap. Mana boleh naik motor sampai 4 orang? Atuk ingat ini kereta ke?

Budak yang happy selepas merempit.

Main-main jari...

Selepas merempit di sekeliling rumah, Atuk telah bawa Orked, Cik Aina dan Cik Amin (dengan menaiki motor Atuk) pergi ke ladang kelapa sawit milik Atuk. Di situ, ada sesuatu sedang berlaku. Mari kita lihat...

Apa yang sedang berlaku tu? Semua orang pandang. Atuk siap ambik gambar lagi...

This is something big!

Jentolak tumbangkan dan potong pokok

Itulah dia benda besar yang sedang berlaku di ladang kelapa sawit Atuk. Pokok kelapa sawit Atuk semuanya dah tua, dah tinggi, dan dah kurang keluarkan buah. Jadi, sekarang ni kebun Atuk sedang dibersihkan untuk penanaman semula. Lepas ni kalau pergi kampung Pahang lagi, mungkin boleh tengok ladang yang kosong, dan lepas tu ladang yang penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit muda pulak. Senang je tau kerja-kerja buang pokok lama ni. Orked tengok, mula-mula jentolak tu tolak pokok jatuh. Lepas tu dia potong kat situ juga. Sekejap je siap satu pokok. Tapi bilangan pokok banyak sangat, jadi ambil masa jugalah untuk bersihkan semuanya. Atuk lagi senang, jadi boss je. Tengok, ambik gambar dan ambik video je. Tak yah pegang satu batang pokok pun! Hehehehe....

Ada satu lagi tradisi yang mesti kami semua buat bila balik kampung, iaitu tengok "rumah" Nenek Ros. Daddy cakap Nenek Ros dah meninggal. Nenek Ros ni baik orangnya. Nenek Ros nak Orked, tapi Nenek Ros tak sempat tengok Orked. Nenek Ros sayang Orked walaupun tak pernah jumpa Orked. Nenek Ros sekarang dah masuk syurga. Kalau Orked baik, nanti Orked pun boleh masuk syurga jumpa dengan Nenek Ros. Orked nak sangat jumpa Nenek Ros.

Bacakan doa untuk Nenek Ros

Orked saaaayaaannggg sangat Nenek Ros.

Bye Nenek Ros, nanti kami datang lagi tengok "rumah" Nenek Ros...

Itu jelah cerita Orked balik kampung. Till then, tata...

xoxo

Orked
by Mummy