2-3 minggu lepas, Orked dan keluarga pun ikut balik kampung sama. Dah lama sangat Orked tak balik kampung yang kat Pahang ni. Kali terakhir balik, masa Hari Raya.
Bila sampai ke kampung, perkara first yang mesti dilakukan ialah makan ikan patin. Atuk dan Nenek dah tau dah favourite Daddy ni. Jadi diorang dah siap-siapkan masak. Daddy ni kalau makan ikan patin, ikan patin tengok Daddy pun takut. Boleh makan banyak sampai tinggal tulang je! Horror tak, ikan-ikan patin sekalian?
Ini ikan patin masak sambal. Kat belakangnya ikan patin masak tempoyak. Malamnya kami makan ikan patin lagi, masak sambal cili api pulak. Nyaammmmmm...
Masa kat kampung hari tu, Cik Amin dan Cik Aina pun ada. Orked pun apa lagi, seronoklah ada teman bermain dan explore rumah Atuk.
Belakang rumah Atuk ada pokok kelapa sawit juga. Aummm... Rimau mengaum kat kaki pokok kelapa sawit.
Satu lagi tradisi bila balik kampung ialah kitorang mesti nak merempit. Mummy kata, masa mula-muka kawin dulu, bila balik kampung nanti Daddy bawak merempit keliling kampung. Mummy suka naik motor sebab jarang dapat naik motor. Bila naik motor boleh rasa angin keliling muka. Daddy pulak, suka bawak Mummy merempit sebab saje nak suruh Mummy peluk-peluk dia. Eeeuuuwww... Daddy ni memang suka ambik kesempatan. Lepas tu bila Orked lahir, Atuk pulak suka bawak Orked merempit. Tapi keliling rumah je lah. Bukan keliling kampung cam Mummy dan Daddy. Dan sekarang ni, Atuk bawak Adik Seri pulak merempit.
Aksi rempit yang tak boleh ditiru. Bahaya. Kalau polis tengok mesti kena tangkap. Mana boleh naik motor sampai 4 orang? Atuk ingat ini kereta ke?
Selepas merempit di sekeliling rumah, Atuk telah bawa Orked, Cik Aina dan Cik Amin (dengan menaiki motor Atuk) pergi ke ladang kelapa sawit milik Atuk. Di situ, ada sesuatu sedang berlaku. Mari kita lihat...
Jentolak tumbangkan dan potong pokok
Itulah dia benda besar yang sedang berlaku di ladang kelapa sawit Atuk. Pokok kelapa sawit Atuk semuanya dah tua, dah tinggi, dan dah kurang keluarkan buah. Jadi, sekarang ni kebun Atuk sedang dibersihkan untuk penanaman semula. Lepas ni kalau pergi kampung Pahang lagi, mungkin boleh tengok ladang yang kosong, dan lepas tu ladang yang penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit muda pulak. Senang je tau kerja-kerja buang pokok lama ni. Orked tengok, mula-mula jentolak tu tolak pokok jatuh. Lepas tu dia potong kat situ juga. Sekejap je siap satu pokok. Tapi bilangan pokok banyak sangat, jadi ambil masa jugalah untuk bersihkan semuanya. Atuk lagi senang, jadi boss je. Tengok, ambik gambar dan ambik video je. Tak yah pegang satu batang pokok pun! Hehehehe....
Ada satu lagi tradisi yang mesti kami semua buat bila balik kampung, iaitu tengok "rumah" Nenek Ros. Daddy cakap Nenek Ros dah meninggal. Nenek Ros ni baik orangnya. Nenek Ros nak Orked, tapi Nenek Ros tak sempat tengok Orked. Nenek Ros sayang Orked walaupun tak pernah jumpa Orked. Nenek Ros sekarang dah masuk syurga. Kalau Orked baik, nanti Orked pun boleh masuk syurga jumpa dengan Nenek Ros. Orked nak sangat jumpa Nenek Ros.
Ada satu lagi tradisi yang mesti kami semua buat bila balik kampung, iaitu tengok "rumah" Nenek Ros. Daddy cakap Nenek Ros dah meninggal. Nenek Ros ni baik orangnya. Nenek Ros nak Orked, tapi Nenek Ros tak sempat tengok Orked. Nenek Ros sayang Orked walaupun tak pernah jumpa Orked. Nenek Ros sekarang dah masuk syurga. Kalau Orked baik, nanti Orked pun boleh masuk syurga jumpa dengan Nenek Ros. Orked nak sangat jumpa Nenek Ros.
Itu jelah cerita Orked balik kampung. Till then, tata...
xoxo
Orked
by Mummy
xoxo
Orked
by Mummy
9 comments:
k long , ai sedey tgk gamba orked cium batu tew .........sedey sangat ....
mula2 senyum +sengih baca cerita orked. dah habis mula rasa sayu. al-fatihah utk nenek ros orked.
touching tgk pict orked cium nisan tu... Alfatihah buat nenek ros orked...
amboiiii sonoknye balik kampung.. siap merempit lagi ;)
Al-Fatihah untuk Nenek Ros...
at last update jugak blog orkid ni...tiap2 hari melawat tunggu bile le nak update blog ni....dan al-fatihah juga utk nenek ros
cute sangat tgk Orked jadi ala2 mandur tu hehehhe...comel comel comel!
Al-fatihah utk nenek Ros Orked.
He he he... tomei tomei tomei.. cute sgt..
sayu tgk part last..
alfatihah for nenek ros
:(
Terima kasih pada yg sedekahkan Al-Fatihah untuk Nenek Ros tu. Orked pun sedih jugak, sebab tak dapat jumpa Nenek. Tapi Alhamdulillah Orked masih ada dua orang Nenek lain yang juga sayang dekat Orked.
Sorry Orked lama tak tulis blog. Nanti Orked suruh Mummy rajin sket.
Post a Comment