Monday, March 28, 2011

Orked nyanyi atas pentas

Hari Ahad Orked selalu pergi Prihatin. Aktiviti hari Ahad di Prihatin ialah pagi sampai tengahari ada tuisyen untuk anak-anak Prihatin. Masa ni Mummy tolong ajar kakak-kakak n abang-abang yang Form 4 dan Form 5. Orked dan Seri pulak, kacau kakak-kakak dan abang-abang yang Form 4 dan Form 5. Heheh....

Pastu petang-petang dalam jam 6 petang, ada satu slot untuk persembahan anak-anak. Boleh buat macam-macam persembahan kat atas pentas tu, nak bercerita ke, berpidato ke, menyanyi ke...

Tiga minggu lepas, first time Orked dapat naik atas pentas. Sebelum ni bukan tak dapat, tapi tak nak... Stage fear. Hehehhe... Masa Ahad tiga minggu yang lepas tu, kakak-kakak ada latih adik-adik yang belum sekolah untuk nyanyi. Termasuk Orked sekali lah tu. Kitorang nyanyi lagu Insya Allah dari Maher Zain. Nak kata nyanyi tu tak nyanyi, nak kata miming pun tak juga. Yang sebenarnya, Orked bukak mulut part yg Orked ingat je. Orked paling ingat part "Insya Allah, Insya Allah, Insya Allah, We'll find the waaaayyyyyyyyy" je. Hehhehe.. Part lain Orked diri tegak je atas pentas. Hihihi.... Mummy ada ambik video tapi Mummy tak save video tu. Bijak tak Mummy? So, dapat le gambar ni je. Orked pegang mike tau....

L-R: K. Aishah (6), K. Abdah (6), K. Ain (5), K. Damia (5), Mummy x ingat nama (4), Dania (2.8), Orked (2.5), Imran (2.5), Hamdi (3) dan A. Hayat (5).

Ahad yang lepas pulak, Orked dapat nyanyi atas pentas sekali lagi. Masa ni ada lawatan dari Kakak-kakak dan Abang-abang dari UKM ke Prihatin. Petang sebelum diorang balik, ada persembahan daripada anak-anak Warga Prihatin. So, Orked pun join lah sekali menyanyi. Masa ni Orked datang lambat sebab Orked balik kampung kat Pahang. Sampai je ke Dewan, orang lain semua dah nyanyi atas pentas. Orked kecewa tak dapat nak nyanyi sebab lambat. Tapi tetiba Abang Afiq tarik tangan Orked dan terus letak Orked kat atas pentas. Dapat la Orked nyanyi separuh lagu walaupun tak praktis. Mummy pun sempat rakam video dan kali ni Mummy SAVE dalam handphone. Hehhehe... Pandai Mummy...



Lepas ni Orked nak rajin-rajin lagi nyanyi atas pentas supaya Orked takde stage fear. Orked juga nak belajar nyanyi betul-betul dan buat gaya betul-betul. Malu Orked bila tengok video ni sebab masa orang lain tadah tangan buat action doa, Orked berkhayal. Bila dah lama baru Orked perasan kena buat action doa. Hehhehe....

xoxo

Orked
by Mummy

4 comments:

untie liza said...

orked dah berani...dr jauh kenal muka orked...nmpak pipi tembam...so cute

Auntyjid said...

Sangat Comellah Orked.. mwahhh! mwaah!!!

Ummu Raja said...

comel sgt orked...insyaAllah bakal mujahidah solehah..

Anonymous said...

Semoga Allah swt melimpahi rezeki yang melimpah ruah buat keluarga Orked agar dapat diperpanjangkan rezeki kepada anak2 di warga prihatin. Amin ya rabbal.