Monday, March 21, 2011

Salun Daddy

Mari, mari, mari! Daddy Orked ada bukak salun! Eh, bisnes fotografi Daddy masih berjalan seperti biasa ye... Ni masa cuti je Daddy bukak salun. Hehehe...

Ni gambar sebulan yang lepas sebenarnya. Tapi baru nak cerita. Rambut Orked dah panjang balik dah pun sekarang ni. Baru Orked perasan, yg rambut Orked cepat jugak panjangnya. Rambut Adik je yg lambat panjang. Dari dulu sampai sekarang camtu lah jugak rupanya. Pernah potong sekali aje. Pastu dah tak panjang2 dah....

Ni salun Daddy ni kat depan rumah je lokasinya. Yang tak bestnya, cermin kat salun ni cipuuuuttt aje... Dah la ciput, kena pegang sendiri pulak tu... Tapi yang bestnya, sebab Daddy yg potongkan. Hehhehe... Sejak Orked lahir, Daddy je yg potongkan rambut Orked. Mummy tak pernah. Nenek pernah sekali. Terer kan Daddy Orked?

Tengok tu, ciput kan cerminnya? Nak tengok pun susah. Ni mesti sebab Daddy nak customernya surprise. Hehehhe... Pastu, kat tempat lain mana ada tukang gunting rambut gunting sambil pegang pipi. Kat sini je....


Ni Mummy konon-konon ambik gambar ala-ala pengantin, ambik gambar bayang kat cermin. Nampak lerrr bibir Orked yg macam Angelina Jolie dan gigi Orked yang macam rabbit. Hehheheh...

Dahsyat tu, tukang guntingnya... Berpusing-pusing sampai... Orked, of course la nak kena sentiasa make sure yg rambut Orked masih cantik. Tu yang kena concentrate tu, walaupun cermin ciput...

Setakat ni still ok kan?

Inilah dia tukang gunting rambut peribadi Orked. Beliau hanya gunting rambut Orked sahaja, dan mungkin lepas ni Adik Seri bila rambutnya memanjang...

Dengan new hair style ni dah bolehlah Orked bergaya sikit...

Mirror, mirror in my hand, who's the cutest of them all?

Dan sebagai pelengkap gaya, spek merah satu!

Till then, TATA!

xoxo
Orked
by Mummy

11 comments:

Miss Moon said...

terrer la daddy orked ....nih misti rambut mummy pun daddy jugaks yg potong kan ...

zeranaim said...

bibir tu yang mahal..:)

Auntyjid said...

mirror jawab: Of course! Orked the cutest one... :-D

Filla ~ Kasihs said...

haha.. kelasss ada salun sendiri orked nie.... ;)
tebalik, filla yg gunting rambut Acih dari dulu sampai dia dah 6 tahun! apak dia tak penah, takut kot? heheheh

mariaariffbaby.com said...

wah..beshnya mr SN gunting rambut anak sendiri..
:D

CuppyCakeMommy said...

hi orked..u look so cute as awiz with the new hair cut ya..
btw aunty have a good educational toys for you to play with your mommy and daddy..and maybe can share with your adik sri once she grew big just like you..
come and cekidout ya..

Kuey san said...

Ha Ha. Setuju dgn zeranaim. Bibir tuh yang mahal. Sexy. Auuww.

Manjaaanya Orked dgn Daddy nya. One more time, aaauuwww ;p

sarasofia said...

private hairdresser eh orked.. kelasss..

sungguh vogue ok.. bila orked bergaya dengan spek merah...

Aunty Bard said...

hehehheheh spec ajaib tu tak tinggal...

Orked said...

Aunty Moon: Rambut Mummy, Mummy tak bagi Daddy potong. Nak eksperimen, kat rambut Orked je boleh. Hehheh...

Aunty Zeranaim: Tak boleh beli kat kedai ni....

Auntyjid: Ye ke? Eheh, malu...

Aunty Filla: Wah, Aunty lagi terer dari Daddy. Daddy baru bukak salun ni dua tahun setengah je... Aunty dah 6 tahun!

Orked said...

Aunty Maria: Ni bakat terpendam Daddy, gunting rambut.

Aunty Cupcakemommy: Thankssss...

Aunty Kuey San: Tambah lagi satu kali, aauuwww....

Aunty Sarasofia: Hehehhe... Ni private n special, untuk Orked dan Adik je ni...

Aunty Bard: Ni masa spek belum rosak, belum tertanggal cerminnya lagi. Pastu dah tinggal framenye je bila cermin dah pecah...