Tuesday, March 15, 2011

Cik Minah


Gambar ni Nenek yang tangkap masa kat rumah Nenek hari tu. Mummy suka sebab gambar ni represent Orked. Dalam gambar ni nampak Orked cam kelam-kabut, kecoh, pot pet... Macam Cik Minah...

Orked ni kalau yg sebenarnya macam ni ler. Mulut asyik pot pet je. Bercakap tak berhenti. Duduk dalam kereta dengan Orked dalam perjalanan balik dari work ke rumah pun Mummy tak larat layan Orked punya pot pet. Ingatkan Mummy sorang je tak larat, semalam Orked naik kereta dengan Daddy, Daddy pun kata Daddy pening. Hahahah... Kalau 30 minit, 30 minit la Orked akan pot pet. Dua masa je Orked senyap. Bila tido dengan bila minum/makan. Tu pun nak pot pet jugak dengan mulut yg penuh.

Pastu satu lagi kelam kabut. Buat benda kalau boleh semua nak buat sendiri. Nak makan sendiri, nak pakai baju sendiri, nak mandi sendiri, dan macam-macam lah nak sendiri. Tapi baru cuba sikit, kalau tersangkut ke, tak dapat ke, dah nak marah/nangis. Padahal kalau buat slow-slow mesti boleh. Tapi sebab nak buat cepat-cepat dah tak dapat...

Kepoh pun ye jugak. Suka nak ambik tau hal orang. Pastu apa adik buat, semua nak report kat Mummy. Oklah tu, sebab kalau adik notty Orked report, boleh Mummy ambik tindakan. Tapi selalunya benda tak yah report pun dia nak report.

Satu lagi, apa yg adik buat atau dapat, dia pun nak jugak. Elok-elok je adik main apa-apa, mesti Orked pun akan nak main jugak. Dah, adik tak dapat main. Kalau Mummy cakap dengan Adik, atau lambung-lambung adik, Orked pun mesti nak jugak. Sampaikan panggilan pun, nak dipanggil baby jugak. Ikut Adik.

Orked juga suka bawak beg dan harta bendanya ke mana-mana. Kalau dia nampak ada tiga beg kepunyaannya, ketiga-tiga beg tu lah nak dibawanya. Dah lah beg ada banyak. Sekarang ni suka bawa beg sekolah Hello Kitty dan handbag dan botol air. Dulu ada beg dog, tapi dah kena sorok. Kat dalam beg ada macam-macam, pensel, kertas, buku, kaler, mainan macam-macam, makanan, gula-gula, tudung, dan semua yg miliknya yang dia nampak dan muat masuk dalam beg. Untuk tak bagi dia bawak semua beg, kena sembunyikan beg yang lain-lain. Keluarkan dua je at a time.

Issshhhh..... Cik Minah ni...... Cik Minah ni le yang Mummy sayang, menghiburkan hati dan kadang-kadang menaikkan tekanan darah Mummy nih....

Love
Mummy
(ni Mummy yg tulis, bukan Orked)

8 comments:

Dayah said...

Salam Cik Mimah & Mumy Orked.

hahaha.. lawak je.
Cik Mimah yer otet.
Cukup bergaya gambar Cik Mimah.
Kalau tambah gelang sampai siku Cik Mimah kaya kita panggil otet hehehehe.

sarasofia said...

cik minah yg cute walaupon kepoh.. mcm my 1st baby jugak.. bila baca pasal orked ni the attitude same wif amani.. heret few bag here n there.. alahai anak2..

misz beauty said...

oh!! orked sangat comel!! teringin nak dengar dia pot pet pot pet... dulu jumpa belum pandai pot pet lagi... ;-)

zeranaim said...

suka tengok keletah orked yang comel ni...nanti seri follow perangai kakak dia yang kiut ni..:)

Auntyjid said...

Comel lah Cik Minah sorang nih. Nanti besar boleh jadi peguam ya..:-)

Aunty Bard said...

hhehehehheh kuat pot pet jugak ye Orked ni....nanti kalau jumpa aunty bard, pot pet banyak2 tau. tak pnh lagi dengar Orked pot pet macam yg mummy cerita ni hehehhehe...tapi kalau jumpa org yg jarang2 jumpa, mesti Orked pemalu kan? :-)...ikut peranga sapa suka pot pet ni Orked. Mummy senyap je

Orked said...

Aunty Dayah: Hehhehe... Kalau dah gelang sampai ke siku dah kena panggil cik salmah pulak kot? Hehhe

Aunty Sarasofia: Hehhehe... Ye ke? Camtu boleh la Orked geng dengan anak aunty kan?

Aunty Beauty: Tu la, masa dulu Orked belum pandai cakap. Ni dah pandai cakap ni, kena jumpa Aunty ni...

Aunty Zeranaim: Nanti Orked ajar Adik Seri jadi cam Orked jugak. :D

Aunty Jid: Orked besar nanti nak work kat UPM...

Aunty Bard: Ha'ah, kalau jumpa orang tak kenal, Orked nak kena warm up dulu bagi kenal. Pastu baru boleh pot pet lebih...

Miss Moon said...

cik minah oooo cik minah akakkakak ....nampak cam gaya makcik makcik la Orked dalam gamba nih ....suka sangatttttttttttttttt sebab Orked is ssoooooo cuteeeeeeeeeee