Friday, May 22, 2009

KL - Dubai - London


Daddy dah dapat balik access mobile storage daddy, yeeahhhh...Orked boleh tunjuk gambar masa Orked tengah excited kemas beg. Mommy2 semua, tahu tak...beg siapa paling besaaaaarrrr sekali dalam semua-semua yang pergi kali ni?? hihihi....beg ORKED lah...beg siapa lagi. Orked kan baby...


Kat airport Dubai, daddy pulak yg excited bila dia tahu yang semua kita akan boarding to the superjumbo Airbus A380 kegilaan daddy. Daddy suka sangat teknologi kapal terbang sampai dia dah bookmark semua rancangan berkaitan kapal terbang.


Tadaaa....ini lah tempat Orked sepanjang perjalanan dari KL ke London Heathrow. Mommy jaga Orked jer kalau Orked nangis mommy ambik Orked. Dah lama dah Orked tak duduk dalam sampan macam ni.


Sepanjang perjalanan, meal Orked tak ada dalam menu kapal terbang. Tapi diorang bagi Orked mainan...terima kasih Emirates. Tu lah yang Orked makan biskut dan seperti biasa, "kantin" Orked ada sentiasa menemani Orked di mana sahaja Orked berada.


Alhamdulillah, sampai di London, semua clearance dgn Immigration Department berjalan lancar. 5 orang masuk ke UK hanya ambil masa 3 minit sahaja berbanding daddy yg kena interogate sampai dekat 1 jam tahun lepas. Tips nya senang sahaja, pastikan anda berpakaian kemas dan paling penting, semua dokumen perjalanan lengkap. Dokumen perjalanan wajib tu dah tentu lah macam passport Orked tu wajib, tapi dokumen-dokumen lain pun pentinggg sangatttt seperti ticket balik dan reservation hotel. Kemudian, kami semua naik tube dari Heathrow sampai ke Victoria (Hotel Orked).


Malam tu, ada re-union PB Neurogain Babies antara Azmarea and family with Nang's family. Orked ni baby Neurogain macam Azmarea juga. Masa mengandung dulu, Marisa (mummy Azmarea) bagitau kalau nak anak comel, chubby dan bijak, masa mengandung kena makan banyak PB Neurogain yang dibuat dari minyak ikan kod dan macam-macam benda yang menyihatkan dan stimulate brain development Orked.

Terima kasih auntie Marisa dan Uncle Alan dan juga Kakak Azmarea sudi datang bawakkan Nasi lemak kat hotel kami. InsyaAllah kalau datang lagi nanti Orked dah besar dah macam Kakak Azmarea sekarang.


Next day tu, daddy, mummy, Orked, Atuk dan nenek pergi keluar untuk jalan-jalan di Kota London. Temp masa tu dalam 8-15 degrees. Sebagai orang Melayu, kitorang tak tahan kena pakai baju tebal-tebal walaupun ramai mat saleh kat sini pakai short and skirt selamba jer.


Ini lah travelmate Orked...Atuk dan of course...daddy orked di Victoria Station. Ni gambar pagi-pagi masa tunggu lagi 20 minit untuk dapat Underground Pass murah (Rate off-peak).


Ini travelmate Orked dan Kantin orked juga. Masa ni kita pegi Westminster untuk bawak atuk dan nenek tengok Big Ben, Parliament House dan juga sekumpulan India penyokong gerakan Tamil Tiger yang berdemostrasi secara aman di depan Parliament House.


Ini lagi 2 orang Travelmate Orked...nenek dan atuk. Daddy cakap, dah lama niat nak bawak nenek dan atuk jalan-jalan...tapi daddy cakap, nenek Orked dulu sakit lama sangat, tak larat nak jalan. Daddy cakap nak bawak arwah nenek pergi jalan-jalan kalau dah sihat, tapi nenek Orked tak sempat sihat, nenek Orked pergi dulu. Rezeki nenek tiri Orked lah datang ke sini. Tapi nenek Orked yang ni pun baaaaiikkkk sangat. Dia sayaaannggg kat Orked dan atuk.


Dan ini dia yang terkacak ialah daddy Orked bersama stroller Orked yang berwarna hijau dan tak stylo tu. Tau tak...daddy paling suka tolak stroller Orked. Orked pun suka daddy tolak stroller Orked pasal daddy suka main-main dengan Orked...hihihi. Oke lah semua, nanti Orked sambung lagi ek.

Kira-kira ini ialah update "gostan" lah...byeee

ORKED
Amsterdam (Update untuk London)

Orked di Amsterdam


Ini lah gambar terakhir Orked di London. Orked kat tepi tingkap hotel yang bersebelahan stesyen keretapi Victoria. Dahi Orked masih berplaster lagi tapi dah nak baik. Mummy dan daddy selalu marah bila Orked kopek plaster tu dan makan. Rasanya macam sedappp jer...nyummmyyy...tapi daddy cakap kotorrr lah Orkeddd. Tapi macammana pun, Orked selamat di London.

Hari ni daddy, mummy, atuk dan nenek bawak Orked fly from London to Amsterdam by easyjet. Daddy cakap Easyjet ni macam AirAsia lah, kapal terbang tambang murah. Alhamdulillah, Orked selamat sampai di Amsterdam Airport dengan bergayanya. Bila imigresen nak tengok muka Orked jer, Orked terus senyum dan laju jer dia cop passport kitorang semua.

Orked senyum jer macam ni kat Captain, terus captain bagi ambik gambar kat engine kapal terbang ni heheheh (Utk yg dah pernah pergi Amsterdam, jgn bagitau org tau trick ni hehehe).


Bukan setakat Orked tau yg dapat ambik gambar kat engine kapal terbang ni, mummy Orked pun dapat ambik gambar sama.


Ini gambar Orked di Airport Amsterdam. Biar Orked terjemahkan apa yang dimaksudkan oleh papan iklan di atas. "Errr...nak komen apaper boleh balek Klantan atau tanya kantin opis".

Masa kat London, Orked tak ada internet untuk update blog. Banyak jugak gambar daddy dan mummy ambik, tapi malangnya, daddy Orked punya mobile storage unreadable pulak masa di Amsterdam. Jadi dapat lah gambar yang terkini sahaja. Ingatkan Orked nak buat backdated entry, tapi tu nanti lah mummy Orked mungkin ada banyak gambar yang boleh digunakan untuk update blog Orked ni.

Secara ringkasannya, Orked dah jumpa 2 families kat London yang baik-baik dan bawak Orked jalan-jalan. Besttt sangat. Orked jugak sempat pergi sampai ke University Cambridge, tempat mummy dan daddy kali pertama jumpa. Daddy siap tunjuk lagi bus stand tempat Daddy dan mummy first time jumpa heheheh...masa tu Orked takde lagi (Daddy tak ajak Orked sekali).

Oke lah, nanti Orked kalau ada internet lagi Orked akan update lagi ek. Bye semuaa

ORKED
Amsterdam

Friday, May 15, 2009

Kemalangan kenderaan 8 tayar


Semalam Orked main-main walker. Kaki Orked dah jalan elok dah sekarang. Kalau bertatih dulu kaki terlipat-lipat tapi sekarang dah ok macam kanak-kanak berjalan dah. Daddy selalu worry pasal Orked masih belum ada sense of height. Orked tak tahu sesuatu itu tidak sama level dan boleh menyebabkan kemalangan. Semalam masa Orked main-main walker...tiba-tiba walker Orked yang 8 tayar tu terbalik kerana jatuh kat tempat yang ada edge yg tak level. Then dahi Orked terkena lantai sikit. Mummy dan kawan mummy kelam kabut bawak Orked gi klinik, daddy pun terus jer pecut kereta nak tengok Orked. Sakitt....

Daddy dgn mummy risau sangat kalau ada brain shake syndrome. 1st thing Doctor kata, kalau dalam 24 hours ni Orked ada muntah, terus jer bawa ke hospital. Daddy dah prepare semua insurance policy dan card kalau tiba2 malam semalam Orked muntah boleh terus lari ke SJMC. Alhamdulillah, dah hampir 24 jam, Orked masih lagi sihat dan cuma dahi Orked bertampal sikit dan kesan luka tu sebesar 1 cm. Bermakna, tiada brain shake ataupun skull crack. Lepas tu terus daddy bawak Orked dgn mummy ke Alamanda nak belikan baju sejuk Orked. Tapi Poney winter collection dah return huhuhuh...tingga sekarang yang spring collection. Tapi Orked ni kan orang melayu, kalau nipis2 pun masih lagi sejuk kat sana tu. Masa tu daddy ada test Orked, daddy banyak agah-agah Orked sampai Orked ketawa terkencing-kencing. Then daddy cakap....

"Bijak anak daddy, dah sihat dah ni...dah tak sakit, be a good girl ye..."

Kesian daddy dan mummy, Orked dah taknak nakal-nakal lagi. Orked nak dengar cakap daddy dan mummy lepas ni. Ini bukan sebahagian dari latihan fizikal Orked untuk ke Europe, tapi ini satu kemalangan. Orked jugak nak pesan kat mummy2 semua, kalau anak-anak aunties semua main dengan sesuatu yang kita tak rasa bahaya pun, kemalangan boleh berlaku kalau tak diawasi. In the end, kami ni kanak-kanak yang belum mumayyiz lagi, jadi tak tahu mana bahaya dan mana yang tidak. Aunty2 semua tengok2 lah baby masing2 ek. Orked nak rehat kejap, semuanya dah OK dah sekarang. Nothing serious semua. Babaii...

ORKED

Persediaan Fizikal Terakhir Orked Sebelum Holiday

Orked nak holiday tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Jadi, Orked telah belajar sesuatu perkara yg baru. Dulu-dulu Orked dah cuba benda ni tapi Orked rejeeecctt sebab tak best. Tapi kali ni Orked rasa, hmmm... not too bad dah. Lagipun ia memudahkan Orked dah Mummy ketika berjalan di tempat public yg takde kemudahan. Takdelah Orked kena tahan lapar. So, Orked dah belajar.... minum susu dari botol! Yeay! Walaupun takdelah Orked minum banyak sangat, tapi ada lah minum dalam 2-3 auns. Kenyang juga untuk sementara waktu. So, nanti bolehlah Orked minum bila-bila masa sahaja.


Satu lagi persediaan yg Orked buat ialah dgn memfitkan badan Orked. Orked tak maulah nanti jalan-jalan pancit kan? Walaupun Orked duduk dalam stroller atau atas dukung je sebenarnya, tapi kenalah fit juga. Nantikan baru jalan sikit dah penat. Camne nak tengok banyak-banyak tempat nanti kan? So, Orked telah buat latihan.... panjat tangga!



Wah, Orked baru discover yg Orked pandai panjat tangga. Mula-mula tu terketar-ketar jugak kepala lutut Orked. Pastu blur blur tak tau nak buat camne. Tapi bila dah nak sampai atas, Orked dah mahiiiiirrrr... Sampai tingkat atas tau Orked panjat. Baju tak usah katalah, basah lencun! Rambut pun macam dah mandi. Phuh, exercise yg baik utk bayi-bayi yg nak kuruskan badan. Orked pulak, nak tingkatkan stamina (bukan nak kuruskan badan atau pipi). Oh, of course, Mummy dan Daddy ada di belakang Orked semasa sesi memanjat. Jangan risau, Orked tak panjat sorang-sorang.

Oklah, babai semua. Orked nak sambung exercise.


Love,

Orked
By Mummy

Wednesday, May 13, 2009

Orked dah Tak Sabarrrrr dah niii...



Orrked, nenek dan atuk Orked ni semua dah tak sabar nak merasai pengalaman kali pertama ni. Bestnya daddy dan mummy bawak Orked nak pegi Europe. Kali ni daddy cakap daddy nak driving kat Autobahn Germany yang tak ada speed limit, tapi takleh bawak laju pun pasal daddy bawak caravan. Orked sekarang tidur miimpi-mimpi nak tengok ladang tulip yang beeessaaaaarrrrrr sangat di Amsterdam. Kemudian mimpi-mimpi nak tengok gunung-gunung kat Banjaran Alps....best nyaaaa. Lagi 4 hari jer lagi.

Nanti daddy Orked cuba untuk update blog dari masa ke masa melalui handphone daddy. Tapi dah 2 hari daddy cuba masih tak boleh lepas-lepas lagi. Nanti siapa yang pandai boleh tolong Daddy Orked macammana nak buat ye. Ok lah, Orked nak jaga mummy...mummy demam pulak. Harap-harap sempat kebah sebelum pergi nanti. Babaiii

ORKED

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Ibu Mummy!


Last week Orked balik kampung daddy. Daddy bawak Orked pergi "rumah" nenek Orked. Sempena hari ibu daddy bawak Orked dan Mummy pergi ke makam nenek Orked. Daddy cakap, nenek Orked semua baik-baik termasuk nenek yang Orked tak pernah jumpa langsung. Daddy selalu tunjukkan Orked gambar nenek tu. Kalau pegi makam nenek, daddy akan cakap

"Orked kena jadi good girl dan kena ikut cakap mummy selagi Orked ada mummy lagi...daddy dah takde mummy dah..."

Tahun ni, tahun yang pertama mummy menyambut hari ibu sebagai seorang ibu. Orked sayang mummy banyak sangat. Mummy sangat penyabar dengan Orked. Orked pun sayang daddy macam Orked sayangkan mummy jugak. Orked sayangg Nenek Hasiah, Tok Ayah, Atuk, Nenek Rohaya, Arwah Nenek Ros, Aunty Yana, Pak Long, Pak Lang, Pak Cu, Cik Aina, Cik Memen dan semua orang.

Orked nak jadi good girl kebanggaan semua orang. Amin.

ORKED

Monday, May 4, 2009

Orked worries about Selesema "Baby"


Orked tengah risau pasal pendemik Selesema "Baby" (ada ayat yang ditukar untuk kesopanan). Satu infection virus selesema baby tu dah pun sampai ke Germany. Walaupun jauh dari bahagian selatan, tapi Orked masih risau jugak. Harap-harap situasi semuanya terkawal. Untuk orang-orang yang makan "Baby", jangan lah makan "Baby" sekarang ni kerana ia berisiko untuk dijangkiti virus.

Orked tanya daddy...taknak tukar plan ke? Pergi Disneyland Paris ke, pergi Sunway Lagoon ke? pegi Jerudong Park ke? Tapi daddy jawap...

"No changes"

Kawan-kawan...doakan Orked selamat tanpa terkena jangkitan selesema baby tu ek. Orked nak balik dengan selamat supaya Orked masih boleh terus menulis blog ini. bye semuaaaa...

p/s sebelum pergi nak kena jab dulu kat doctor (kalau dah ada antibody)

ORKED