Orked nak holiday tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Jadi, Orked telah belajar sesuatu perkara yg baru. Dulu-dulu Orked dah cuba benda ni tapi Orked rejeeecctt sebab tak best. Tapi kali ni Orked rasa, hmmm... not too bad dah. Lagipun ia memudahkan Orked dah Mummy ketika berjalan di tempat public yg takde kemudahan. Takdelah Orked kena tahan lapar. So, Orked dah belajar.... minum susu dari botol! Yeay! Walaupun takdelah Orked minum banyak sangat, tapi ada lah minum dalam 2-3 auns. Kenyang juga untuk sementara waktu. So, nanti bolehlah Orked minum bila-bila masa sahaja.
Satu lagi persediaan yg Orked buat ialah dgn memfitkan badan Orked. Orked tak maulah nanti jalan-jalan pancit kan? Walaupun Orked duduk dalam stroller atau atas dukung je sebenarnya, tapi kenalah fit juga. Nantikan baru jalan sikit dah penat. Camne nak tengok banyak-banyak tempat nanti kan? So, Orked telah buat latihan.... panjat tangga!
Wah, Orked baru discover yg Orked pandai panjat tangga. Mula-mula tu terketar-ketar jugak kepala lutut Orked. Pastu blur blur tak tau nak buat camne. Tapi bila dah nak sampai atas, Orked dah mahiiiiirrrr... Sampai tingkat atas tau Orked panjat. Baju tak usah katalah, basah lencun! Rambut pun macam dah mandi. Phuh, exercise yg baik utk bayi-bayi yg nak kuruskan badan. Orked pulak, nak tingkatkan stamina (bukan nak kuruskan badan atau pipi). Oh, of course, Mummy dan Daddy ada di belakang Orked semasa sesi memanjat. Jangan risau, Orked tak panjat sorang-sorang.
Oklah, babai semua. Orked nak sambung exercise.
Love,
Orked
By Mummy
13 comments:
Selamat Bercuti Orked..
Teringin nak jumpa tapi Orked kat London hari weekdays..Cik Irma keja.
huhu..
Hari ni London mendung. Harap2 minggu depan cuaca cerah meraikan kedatangan Orked.
Jangan lupa bawak sunglasses ya Orked.. Biar vogue anak mummy n daddy ni :)
Gigihnyer orked buat "exercise" yerr...
Arissa pesan kat orked "Selamat pergi dan pulang kembali ke tanah air ye..."
cool!~
cuteeenye pics she's crawling up the stair tu! ;p
enjoy the jalan2 europe orked..!!!
so cuteeeee...!!!
cutenyaaaa adoi
wahh orked, same lah macam uZAir, baru2 ni die dh nk minum botol balik.
tp ngada2 skit, if org lain kasi die taknk...mOmmy die yg kasi baru nak.
hAppy holiday Orked, to u n ur family!
teketar2 lutut eh orked.... xpe2, untie beauty pecaya orked pasti boleh!!! orked boleh!!! cayunk orked... ;-*
Go! Orked Go!...
can't wait to see Orked possing dgn Tulip nih.. (",).. Bagi special pose tau nanti... (",)
Tcare Orked...
amboi begitu semangat sekali orked buat persedian tuk g holiday ye..
hati2 buat exercise tu tau :-)
orked yg comel, selamat bercuti ya syg...have a wonderful hols ok...muahsss
Well done Orked... harap orked happy dan gumbira2 selalu masa holiday nanti..
Then pesan utk mummuy orked jgn lupa bawa ubat. PCM or Nurofen,Ubat Batuk, Ubat Selsema or apa2 ubat yg biasa dengan Orked tau.
Di Germany susah juga nak dptkan Kinderartz(klinikkanak2)kalau tak biasa la. dan jika tiada health insuran ada klinik yg takmahu terima. Ubat pula kena beli di Apotheke(Parmahcy). Anyway boleh juga terus ke Krankenhaus(hospital) kalau susah nak dapat klinik.
Ok orked.. jgn lupa ambil gambar byk2 tau....... Take care n Happy holiday to Orked, Intan, Saiful dan family...
Salam
Bawa balik tulip untuk nenek boleh tak sayang? Posing dengan tulip khas untuk nenek pun boleh juga. Sayang sangat cucu nenek ni.
yeayyyy..orked dh pandai bottlefeed yer..tu botol Breastflow kan kak long? Hanna pun ada, tp dh x guna dh..
kak long, dont worry, my Hanna dulu umur 8bln baru dia betul2 nk bottlefeed..lepas tu langsung xde masalah dgn apa2 puting & botol pun..
selamat bercuti orked & family..bestnyerrrrrr gi urop, jeles Hanna!
Ibu Hanna: ha'ah yg dalam gambar tu breastflow. botol MAM pun dia ok jugak. botol2 lain yg kat dalam muzium botol susu Orked tu belum try lagi. tapi rasanya sekarang ni apa-apa puting pun dah boleh kot. nanti try dulu.
mummy
Post a Comment