Monday, March 30, 2009

Orked menyokong Earth Hour


Sabtu malam yg lepas, Orked turut sama rakyat Malaysia yg lain tutup lampu rumah. Pukul 8.30 malam Mummy tutupkan semua lampu. Lepas tu rumah jadi gelap dan Orked tak nampak apa-apa. Jadi Mummy pasang lampu handphone untuk Orked tengok. Tapi Orked tak gunakan lampu tu untuk melihat. Orked salah guna. Orked pergi makan handphone tu. Orked memang camtu, suka makan handphone. Kalau nampak handphone Mummy dan Daddy Orked mesti nak ambik dan masuk mulut. Sedap rasanya kalau dijilat. Nyum nyum...

Alamak, dah lari topik. Balik kepada cerita tutup lampu. Mummy kata kalau tutup lampu ramai-ramai tu boleh bantu menangani pemanasan global. Orked pun tak tau lah apa pemanasan global tu. Yg Orked tau tengahari kalau tak hujan rumah mesti panas. Itu lah kot. Apa pun, sekurang-kurangnya Orked dah pernah dengar perkataan pemanasan global walaupun belum faham maksudnya. So, kiranya kempen tu berjaya lah untuk bagi kesedaran kepada orang ramai tentang isu pemanasan global.

Selepas Orked faham, Mummy pun buka lampu. Sekejap je tutup lampu. Sebab kitorang nak keluar lepas tu. Nak keluar rumah malam-malam tak boleh tutup lampu. Nanti ada orang lain pulak yang masuk rumah. Uuu.... Bahaya.....

Selamatkanlah bumi kita!

Orked
Oleh Mummy

Thursday, March 26, 2009

Orked on Walker

Salam semua...


Hari ni Orked nak tunjuk walker baru Orked. Walker ni Daddy baru beli 2 minggu yg lepas. Best walker ni. Ada mainan dan ada bunyi-bunyi bila Orked tekan-tekan. Lagi best, sekarang ni Orked dah bebas bergerak.


Sebelum ni Orked dah bebas jugak. Orked dah pandai berenang, berenang atas darat! Hehehe... Orked meniarap, dan bergerak ke depan kayuh guna tangan dan tolak guna kaki. Mummy dgn Daddy kata Orked berenang. Mana ada, pandai je Mummy & Daddy buat cerita. Diorang tu memang suka sakat Orked. Tapi bebas bebas pun, sikit sikit Mummy stop Orked. Orked baru je nak capai bunga Mummy dah stop. Lepas tu Orked nak capai pulak tisu, pun Mummy stop. Orked pun pergilah nak ambik plastik atas lantai, Mummy stop jugak. Lepas tu Mummy bagi Orked mainan Orked, suruh main. Isshhh... Tension lah Orked. Orked dah boring la asyik-asyik main mainan yg sama je. Orked nak la pulak main handphone ke, remote control tv ke, buku ke, tisu ke, kertas ke, kan best? Tapi Mummy kata tak boleh makan benda-benda tu, nanti rosak.


Sekarang ni dah ada walker dah jadi lagi best. Dah lah ada mainan baru atas meja. Colourful. Seronok Orked mengexplore. Tekan sana tekan sini. Lepas tu boleh gerak sana sini pulak. Masa mula-mula naik walker, Orked tak pandai. Orked tak tau nak buat apa. Asyik jatuh terpeleot kat celah-celah seat tu. Tapi lepas tuuuuuu..... Whooooosssshhhh sana... Whoooosssssshhhhhh sini... Orked paling suka, buat surprise kat Mummy. Mummy kalau dia nak buat kerja kat dapur, dia suka letak Orked dalam walker kat ruang tamu. Tapi Orked boring la duduk kat ruang tamu sorang-sorang. Orked pun, gedek, gedek, gedek (bunyi roda), gedek, whooooosssshhhh.... Masuk dapurrr...... Pastu sengih-sengih kat Mummy! Hhehehhe... Mula-mula Mummy terkejut sebab Orked pandai cari jalan sendiri nak ke dapur. Tapi lepas lepas tu Mummy sengih je kat Orked. Orked pun teruskan aktiviti mengexplore dapur pulak.


Tapi Mummy tu, selalu tinggalkan Orked. Dia suka bangun pergi tempat lain. Kadang-kadang tengah seronok kat ruang tamu, dia bangun nak pergi dapur. Masa kat dapur, dia keluar ke depan pulak. Mummy kata sekejap je, nak ambik barang. Tapi, Orked takut tinggal seorang. Orked takut Mummy tinggalkan Orked tak balik semula. Orked rasa Orked ni kena penyakit separation anxiety kot. Tak boleh Mummy tinggal. Asyik nak berkepitttt je dengan Mummy. Kalau Mummy tinggalkan Orked, Orked apa lagi..... Waaaaaa.... Sambil mengejar Mummy. Cam gambar yg Mummy ambik nih!


Ok bye...


Orked mulut kecik

(sekarang ni Orked style bermulut kecik pulak)

Tukang taip: Mummy

Monday, March 16, 2009

Jom beli Pa & Ma April 2009


Kenapa?
Sebab ada Orked!!!
Terkejut Orked bila Mummy tunjuk gambar Orked dalam majalah. Selain dari Orked ada Daddy dan Mummy. Ada 3 mukasurat yang ada gambar Orked. Comel-comel pulak tu.... Hehehe.... Tengok tu, sampai tertido Orked menatap gambar. Sempat pulak Mummy snap gambar. Mummy memang tak kasi can langsung. Ada je gambar Orked yang dia nak snap. Daddy pun sama. Tapi takpe, nanti besar bila Orked dah lupa apa Orked buat masa baby, bolehlah tengok gambar.
Ok, belilah majalah ni ye? Sebenarnya Orked tumpang dua kaki je. Mummy pun sama. Ceritanya tentang Daddy. Nama ruangannya pun Papa Pilihan. Tapi Daddy ajak kami join sama. Barulah one happy family kan? Mummy kata Daddy sweet sebab ada madah untuk Mummy kat dalam tu. Hik hik. Daddy ni saje, nak bagi Mummy rasa disayangi ek? Madah untuk Orked takde ke? Oh lupa, Orked belum tau baca. :D
Tata
Orked
(by Mummy)

O for Orked



Selamat hari Isnin semua. Ok kawan-kawan, hari ini mari kita belajar A B C. Kita mulakan dengan O. O ialah untuk Orked. Ingat ye kawan-kawan, O, Orked!

Sekian pelajaran untuk hari ini.

Love,

Orked

(typed by Mummy)

Wednesday, March 11, 2009

Orked balik kampung

Inilah mummy orked yg cantik tu. Masa ni kat pekan Triang.


Atuk bawak Orked naik broom keliling rumah


Orked tarik cermin mata atuk...


Orked balik kampung isnin baru ni. Masa orang sibuk Maulidur Rasul, daddy ambik cuti dah hari tu walaupun daddy cakap ada orang nak suruh ambik gambar last minute. Tapi daddy cakap kat Orked, daddy nak balik kampung tengok atuk. lagi 1 daddy cakap, daddy tak suka ambik gambar last minute pasal nanti daddy tak sempa buat study dan prepare untuk idea-idea baru daddy. Rajin betul daddy Orked ni. Nanti Orked besar, Orked pun nak jadi macam daddy. Dan nak jadi cantik dan bijak macam mummy.

2 hari ni Orked suka main dengan Atuk. Selalu dengar suara atuk dalam telefon tapi Orked pun bukan pandai nak cakap lagi. 2 hari ni puas lah main dengan atuk. Atuk bawak Orked naik ntah hape benda pun tak tau...Orked panggil "Broomm" jer pasal bunyi dia macam tu. Daddy cakap itu kapcai...ye lah kot. Seronok naik broom dgn atuk keliling rumah. Petang isnin tu daddy, mummy, Atuk, Nenek, Cik memen dgn cik aina pergi Triang untuk beli kain untuk buat baju kurung Orked. Nenek Orked pandai jahit baju kurung...nanti nenek nak buatkan baju kurung Orked...best nyaaaa. Lepas tu Orked pegi KFC dgn Atuk. Skrg ni Orked dah pandai guna tangan Orked utk capai macam2...kesian daddy, basah seluar daddy kena air Milo yang Orked tumpahkan. Lepas dari tu, semua yang dalam jangkauan radius tangan Orked semua dah clear.

Baru Orked nak mesra dengan atuk dan nenek...Orked dah kena balik KL dah. InsyaAllah nanti masa pergi UK nanti 2 minggu atuk dan nenek ikut sekali. Mesti boleh berkenal-kenalan dan main-main dgn nenek dan atuk lagi. Kali ni, Orked tak sempat pergi kubur nenek orked. Daddy jer pergi sorang pasal masa tu Orked letih sangat orked tidur jer. Selalu daddy kalau balik kampung mesti bawak Orked melawat kubur nenek Orked. Daddy cakap nenek Orked tu baiikkkkk sangat. Selalu daddy tunjuk gambar nenek jer kat Orked. Nanti Orked nak jadi budak baik lepas tu bila masuk syurga nanti daddy cakap boleh jumpa nenek Orked.

Oke lah buat masa ni. Nanti Orked sambung lagi. Tengok lah gambar2 Orked yg terkini di atas tu ye.

Love..

ORKED
(tukang taip : Daddy)

Saturday, March 7, 2009

Orked di Lake Garden



Pagi tadi Daddy dan Mummy bawa Orked ke playground di Lake Garden. Kat sana ada program Photo Clinic 1 untuk premium members ThePhotoMama.Com, yg mana Orked adalah salah seorang modelnya. Di program tadi, Orked jumpa ramai kawan-kawan Orked yang dibawa oleh Mummies dan Daddies masing-masing. Tadi semua kawan-kawan Orked jadik model untuk Mummies dan Daddies diorang. Lepas tu gambar-gambar yg diambik dikomen oleh Daddy Orked. Daddy Orked ajar juga macam mana nak baiki gambar-gambar tu, supaya dapat gambar cantik-cantik.

Orked pun tak ketinggalan juga. Orked jadik model untuk mummy, dan juga aunty aunty yg lain. Ni Orked tunjuk dua keping gambar Orked yg mummy Orked ambik. Tadi kan, mummy kembang hidung pasal Daddy cakap gambar mummy ambik cantik. Sebenarnya kan, Orked rasa modelnya comel, sebab tu lah gambar mummy cantik. Kan kan kan? Hi hi hi....

Yelah, sorry mummy. Orked comel, dan gambar mummy ambik pun memang cantik. Mummy kan dah jadik ThePhotoMama. Haaa.. Kalau kawan-kawan Orked nak Mummy nya pandai ambik gambar jugak macam mummy Orked, suruh le mummy kawan-kawan join premium member ThePhotoMama.Com. Pastu nanti kalau ada sesi Photo Clinic lagi, boleh lah kita sama-sama jadik model....

Ok, till then. Bye....

ORKED
(by mummy)
Join the hottest community in town now!

Monday, March 2, 2009

Happy Belated Birthday Nenek



Birthday nenek Orked minggu lepas. Dari minggu lepas lagi Orked dah suruh Mummy tulis kat blog Orked nak wish Happy Birthday kat nenek. Tapi Mummy Orked ni busy bee sangat. Orked pun tak tau apa yang Mummy buat. Hari ni barulah Mummy ada masa sikit nak tolong taipkan untuk Orked. Jadi, Orked nak wish kat nenek Happy Belated Birthday. Orked saaayaanngggg nenek!

ORKED

(tukang taip: Mummy)