Wednesday, March 11, 2009

Orked balik kampung

Inilah mummy orked yg cantik tu. Masa ni kat pekan Triang.


Atuk bawak Orked naik broom keliling rumah


Orked tarik cermin mata atuk...


Orked balik kampung isnin baru ni. Masa orang sibuk Maulidur Rasul, daddy ambik cuti dah hari tu walaupun daddy cakap ada orang nak suruh ambik gambar last minute. Tapi daddy cakap kat Orked, daddy nak balik kampung tengok atuk. lagi 1 daddy cakap, daddy tak suka ambik gambar last minute pasal nanti daddy tak sempa buat study dan prepare untuk idea-idea baru daddy. Rajin betul daddy Orked ni. Nanti Orked besar, Orked pun nak jadi macam daddy. Dan nak jadi cantik dan bijak macam mummy.

2 hari ni Orked suka main dengan Atuk. Selalu dengar suara atuk dalam telefon tapi Orked pun bukan pandai nak cakap lagi. 2 hari ni puas lah main dengan atuk. Atuk bawak Orked naik ntah hape benda pun tak tau...Orked panggil "Broomm" jer pasal bunyi dia macam tu. Daddy cakap itu kapcai...ye lah kot. Seronok naik broom dgn atuk keliling rumah. Petang isnin tu daddy, mummy, Atuk, Nenek, Cik memen dgn cik aina pergi Triang untuk beli kain untuk buat baju kurung Orked. Nenek Orked pandai jahit baju kurung...nanti nenek nak buatkan baju kurung Orked...best nyaaaa. Lepas tu Orked pegi KFC dgn Atuk. Skrg ni Orked dah pandai guna tangan Orked utk capai macam2...kesian daddy, basah seluar daddy kena air Milo yang Orked tumpahkan. Lepas dari tu, semua yang dalam jangkauan radius tangan Orked semua dah clear.

Baru Orked nak mesra dengan atuk dan nenek...Orked dah kena balik KL dah. InsyaAllah nanti masa pergi UK nanti 2 minggu atuk dan nenek ikut sekali. Mesti boleh berkenal-kenalan dan main-main dgn nenek dan atuk lagi. Kali ni, Orked tak sempat pergi kubur nenek orked. Daddy jer pergi sorang pasal masa tu Orked letih sangat orked tidur jer. Selalu daddy kalau balik kampung mesti bawak Orked melawat kubur nenek Orked. Daddy cakap nenek Orked tu baiikkkkk sangat. Selalu daddy tunjuk gambar nenek jer kat Orked. Nanti Orked nak jadi budak baik lepas tu bila masuk syurga nanti daddy cakap boleh jumpa nenek Orked.

Oke lah buat masa ni. Nanti Orked sambung lagi. Tengok lah gambar2 Orked yg terkini di atas tu ye.

Love..

ORKED
(tukang taip : Daddy)

13 comments:

madoka miyajima said...

Dear Orked..

Wah! seonoknya dia dapat balik kg...

sejuk hati tgk Orked yg comel ni... auntyjid suka la pic Orked dengan mama Orked kat atas tu... kalau buat scrapping cantik tu... (",).

InsyaAllah, akan tercapai cita2 Orked utk jadi cantik dan bijak mcm mama orked tu... Amin..(",)

babechiwa said...

wah orked dah pandai naik motor ye.. tgk orked skang, teringat masa anak ummy ada rambut lebat mcm orked... tp skang affan rambut dah tak lebat mcm tu dah..

Ajzie said...

comel nya orked naik brooooom...

nmmy84 said...

bestnye orked..aunty pun memang akui mummy orked tu cantik, comel.Itulah, Orked ikut comel macam mummy orked jg.Aunty slu ikuti perkembangan orked dari jauh even aunty belum ada baby lagi.orked slu jadi wallpaper desktop aunty tau.Dengan penuh harapan nanti aunty ada baby yang comel dan bijak macam orked tau :)

MamaFarhanFarhana said...

Lama x jengah blog Orked ni.. and Orked dah semakin besar, cute, comel and smart.. Semoga sentiasa ceria dan gembira di samping keluarga ye Orked.. Be good girl!!

misz beauty said...

orked memang baby yang baik... cepat besar jd gurl yang pandai dan cantik mcm untie beauty k... :-D

Munirah Abd said...

mmm rindunya kat my late atuk..

orked baju krung kalau dah siap..kasi show off yee..hehehe

ryani said...

nape pipi orked ni makin bambam? geramla auntie yan nak geget =P

ratna said...

wah..wah..baby orked dah besar.. cute banget..

Aunty Bard said...

alahai, makin comel ORKED ni la....aunty nak ikut ORKED gi UK boleh tak? :-) take care tau jalan jauh2. pesan kat mummy n daddy bawak baju tebal2 utk ORKED sebab nanti sejuk....

aunty Mimie said...

Orked..nanti kalau dah sampai Manchester..ajak mummy & daddy datang ke Hull yer..emmm..kat Hull nie..kat mana Orked boleh possing erk?? Kat Humber bridge kot?? Atau tepi laut di Hornsea..sini dekat dengan laut...hah..pergi Scarbouraough laaa..situ cantik..

kak ina kl said...

salam..bestnya dpt balik kg..cutelah si orked ni..

zam said...

wah balik jln2 kat triang..