Saturday, March 7, 2009

Orked di Lake Garden



Pagi tadi Daddy dan Mummy bawa Orked ke playground di Lake Garden. Kat sana ada program Photo Clinic 1 untuk premium members ThePhotoMama.Com, yg mana Orked adalah salah seorang modelnya. Di program tadi, Orked jumpa ramai kawan-kawan Orked yang dibawa oleh Mummies dan Daddies masing-masing. Tadi semua kawan-kawan Orked jadik model untuk Mummies dan Daddies diorang. Lepas tu gambar-gambar yg diambik dikomen oleh Daddy Orked. Daddy Orked ajar juga macam mana nak baiki gambar-gambar tu, supaya dapat gambar cantik-cantik.

Orked pun tak ketinggalan juga. Orked jadik model untuk mummy, dan juga aunty aunty yg lain. Ni Orked tunjuk dua keping gambar Orked yg mummy Orked ambik. Tadi kan, mummy kembang hidung pasal Daddy cakap gambar mummy ambik cantik. Sebenarnya kan, Orked rasa modelnya comel, sebab tu lah gambar mummy cantik. Kan kan kan? Hi hi hi....

Yelah, sorry mummy. Orked comel, dan gambar mummy ambik pun memang cantik. Mummy kan dah jadik ThePhotoMama. Haaa.. Kalau kawan-kawan Orked nak Mummy nya pandai ambik gambar jugak macam mummy Orked, suruh le mummy kawan-kawan join premium member ThePhotoMama.Com. Pastu nanti kalau ada sesi Photo Clinic lagi, boleh lah kita sama-sama jadik model....

Ok, till then. Bye....

ORKED
(by mummy)
Join the hottest community in town now!

15 comments:

Morpheus and Diana said...

Hala comel nya! ^_^
Mesti kembang kempis mummy orked kan!
ehehe..

Munirah Abd said...

heheh cam berpeluh2x je orked ni..
apa-apa pun orked nampak enjoyyy sgt!!

mmm..anak dara mcm akak ni boleh ke join premium...hehhehe..cam segan lah plak bila dtg nnti..

Anonymous said...

betul la mummy..cantik gambar orked..cumel..

gee ryder said...

alahai comelnye orked ni...nama pun cute...
orked jgn lupa singgah blog aqeel juga ye :)

Aunty Bard said...

ORKED mmg comel and mummy ambil gambar pun mmg cantik.....what a perfect combination kan ORKED :-)....

Cahaya said...

mummy orked pun dh mcm pro skrg ni..hehe:-)
betul kate orked bile modelyer comelll gmbr pun jadi comeyyy kn..

hasiahkadir@yahoo.com said...

Memang tersangat comel cucu nenek ni, as always. Mummy Orked pun dah improve banyak sangat. Nenek nak mintak mummy Orked ambil gambar nenek comel2 macam Orked punya, boleh tak?

Wafaa said...

Kite dah jadik member tapi tak sempat nak join premium lagi :(

YangMulia said...

wahhh... comelnya orked... seronokla dapat main sambil jadi model ye.. nanti bila auntyjid ada baby nanti.. sure auntyjid akan joint clinic ThePhotoMama tu.. skrg sekadar jadi ahli biasa je la sbb tak ada gambar baby nak ambil..huhu.. (",)

hasiahkadir@yahoo.com said...

Memang tersangat comel cucu nenek ni, as always. Mummy Orked pun dah improve banyak sangat. Nenek nak mintak mummy Orked ambil gambar nenek comel2 macam Orked punya, boleh tak?

nita said...

ala cutenya orked. nice photos as well. nak join club ni kena ada dSLR gak ker..huhuhu x mampu nk beli lg tu..

Amy Mira Low said...

Salam berkenalan~ Orked sungguh comel & photogenic! Dah berapa bulan dah Orked? My little daughter is turning 1 year old this friday~ Seronok, kan? So when is the next one coming? Kalo free, singgah lahh my blog @ http://mirathelazycat.blogspot.com
Mira pun selalu gak ambil gambar my little one, but not as pro as u & hubby~

هدايه يسٓ / Hidayah Yassin said...

walaupun Orked nampak macam dah kurus, tapi pipi tetap comel la...

suka betul Orked ye? cakap kat mummy Orked, aunty cakap tahniah sebab dapat puji dari daddy Orked...

Orked said...

Munirah Abd., Yang Mulia: takde baby lagi pun takpe. kata orang, persediaan awal tu penting kan? kalau dah ada baby baru nak start belajar, nanti umur dia dah beberapa bulan baru pandai. dahhhh terlepas moments masa dia baru lahir. tul tak? hehehhe.... lagipun ada je yg datang hari tu yg single mingle lagi, tapi tumpang anak orang lain le utk practice. hehe....

wafaa: tunggu apa lagi, jom join! hehhe

mummy orked

Orked said...

nita: x semestinya... camera phone pun boleh!

amy mira low: baru hampir 7 bulan. tulah, mmg cepat. nanti sedar2 dah setahun.

nenek orked: mestile bolehhhh...

mummy orked