Tuesday, December 29, 2009

Orked meet Uncle Angkasawan


Semalam daddy meeting Datuk Angkasawan, so Orked pun pakai lawa-lawa. Daddy siap beli baju baru kat Poney pasal Orked muntahkan baju Mickey Orked dalam kereta. Daddy marah betul pasal masa tu Orked dah comel-comel dah wangi-wangi. Sekali Orked muntah, dah lah dalam kereta daddy yang wangi terus jadi busuk, lepas tu Orked kantoi dengan daddy muntah pasal Orked main anak tekak Orked. Bukan pasal apapun. Terpaksalah daddy lari pergi Time Square beli baju kat Poney. Hmmm...cantik jugak, Orked suka lah taste daddy dan mummy.


Pastu Mummu toncetkan Orked lepas tu mummy cakap Orked macam "Boo" dalam cerita Monster Inc. kat dalam TV. Hehehhee...yang budak kecik tu lah. Tak sangka Orked comel jugak. Love u mummu & daddy. Lepas daddy meeting Datuk Angkasawan, pastu angkasawan tu datang kat Orked then dia cakap...

"I heard you have a blog?"

hehehehe, mana angkasawan tahu Orked ada blog? (mesti daddy bagitau). Best lepastu angasawan tu dukung Orked then kitorang (daddy, orked dan mummy) ambik gambar dengan angkasawan tu. Mummy dan daddy cakap, semua tempat kita boleh pergi, tapi angkasawan tu dah pergi tempat yang kita susah nak pergi. Ye ke? Jauh sangat ke angkasa tu ek? Tak dapat nak imagine lah Orked. Space tu dekat mana ek? Orked tahu Wangsa Maju, Bukit Jalil, Kajang, paling jauh pun selalu daddy bawak pergi Puchong. Space tu lagi jauh dari Puchong ek?


Ni Orked dan mummy pulak ambik gambar dengan angkasawan. Angkasawan ni baik, dia dulu model iklan. Daddy pernah ambik gambar dia dulu tapi daddy cakap, dah ratus2 orang ambil gambar angkasawan ni mesti dia dah lupa kat daddy pun. Gf angkasawan ni cantik dan pandai, nama dia Auntie Dr. Halina. Auntie Halina tak dapat datang malam tu pasal dia habis kerja kat operation theater pun dah jam 9 malam. Penat nak drive ke KL tapi dia cakap kat daddy, see you on Friday. Pasal Friday ni diorang berdua ni dah tak jadi bf dan gf lagi. Diorang akan jadi tunang pulak....tahniah uncle angkasawan dan auntie dr.

Daddy cakap, Uncle Angasawan ni dipilih dari ribuan orang yang memohon untuk jadi angkasawan. Dan kriteria dia sangat tinggi termasuklah kecergasan fizikal, mental, IQ tinggi, kacak dan macam-macam lagi. Nanti Orked besar nak jadi angkasawan lah pulak. Orked kena makan banyak2 dan minum susu lebih2 untuk membesar dan cukup tinggi untuk jadi angkasawan.

Terima kasih daddy pasal bawak Orked dan mummy pergi meeting dengan uncle angkasawan. Auntie2 semua, jangan jelous ye hihihihi (orked ketawa gedix)

ORKED

Friday, December 25, 2009

Merry Christmas!


Hari ni hari Krismas. Walaupun Orked tak celebrate, tapi Orked nak wish kalau ada pembaca blog Orked yg celebrate. Hari ni Orked duduk kat rumah je walaupun minggu ni cuti panjang hujung minggu sebab Daddy Orked hari-hari kerja. Kesian Daddy, penat dia kerja. Tapi takpe, bila Daddy balik nanti Orked akan senyum-senyum, ketawa-ketawa dan usik-usik Daddy supaya Daddy hilang penat. Daddy kata main dgn Orked penat Daddy kerja pun hilang.

Sekarang ni Orked dah pandai bukak seluar sendiri. Kalau nak mandi Mummy cuma perlu bukakan butang baju Orked, pastu Orked akan bukak yg lain semuanya sendiri. Tapi Mummy masih marah kat Orked. Nak tau pasal apa? Sebab Orked dah pandai bukak seluar, jadi asyik-asyik Orked pegi bukak seluar. Tau-tau je dah togel! Issssshhh... Memang patut la Mummy marah kan? Hehhehe... Nak buat camne, Orked belum mumayyiz lagi....

Ok, Selamat Bercuti Krismas semua.

xoxo
Orked
by Mummy

Tuesday, December 22, 2009

Orked Main Langsir - still version

Hai hai.....

Hari tu dah tengok gambar Orked yg bergerak kan? Hari ni Orked letak gambar Orked yg tak bergerak pulak. Huish, susah tau Mummy nak ambik gambar ni, pasal Orked sebenarnya bergerak je, tak boleh berhenti. Jadi banyak gambar Mummy kata blur blur.






Seronok tau, main langsir ni. Lagipun kat rumah baru ni Orked takde mainan, takde benda nak disepahkan. Kalau kat rumah lama ada banyak tempat Orked boleh korek-korek untuk "kemas". Tapi kat sini limited pulak benda nak korek. Mummy dah tak letak kertas dan magazine dan macam-macam merata-rata dah. Mummy... Janganlah simpan semua dalam almari, Orked nak kemas niiii.... Mummmyy.... Tangan Orked gatal nihhhh....

Muah muah....

Orked
by Mummy

Friday, December 18, 2009

Happy Birthday Daddy

Hari ni harijadi Daddy Orked. Tahun ni Daddy Orked dah 31 tahun. Dah tua kan? Mummy muda sikit. Orked lagi muda, baru 1 tahun 4 bulan. Heheheh...

Sempena harijadi Daddy ni, Orked nak ucapkan kat Daddy Happy Birthday lah. Orked nak nyanyi untuk Daddy.

Happy birthday Daddyyyyy

Happy birthday Daddyyyyy

Happy birthday Daddy Orkedddddd

Happy birthday Daddyyyyyyyyyyyyy

Orked nak bagitau kat Daddy yang Orked saaaaayyyyyyaaannggg sangat kat Daddy. Bukan hari ni je sebab harijadi Daddy, tapi Orked saaaayyyyyyaaannnngggg sangat kat Daddy hari-hari. Semalam, hari ni, esok, lusa, tahun depan, sampailah bila-bila, Orked sayang kat Daddy. Orked harap Daddy pun macam tu jugak, sayang banyak banyak dekat Orked (dan Mummy). Orked harap Daddy dapat bimbing dan tunjukajar Orked macam mana nak jadi anak yang baik dan macam mana nak berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat, ye Daddy?

Video yg Orked letak tu pulak, video Orked kat rumah baru. Dah 2-3 minggu dah Orked pindah rumah baru ni. Masa tu Orked tengah test langsir kat rumah baru. Best jugak main langsir tu, terkekek-kekek Orked ketawa. Pastu Orked tunjuk juga skill melompat Orked yg tak berapa nak jadi tu. Orked tengah praktis lompat bintang, nak ganti Mummy. Hhehehe... Pastu Orked tunjuk gak sikit skill Orked jalan mengundur. Hehhe....

Satu lagi, Orked nak wish Selamat Tahun Baru Hijrah. Azam tahun baru Orked ialah nak jadi anak yg baik, nak belajar berdikari macam tido sendiri, makan sendiri dll, nak belajar macam-macam ilmu, dan nak tolong jaga adik nanti bila adik lahir.

Ok, see you again....

xoxo

Orked

by Mummy

Tuesday, December 8, 2009

Awwww....

Salam semua,

Lama Orked tak soksek sini ye? Ini Orked nak share gambar terbaru Orked. Gambar ni baru beberapa hari Daddy ambik. Muka Orked macam dah dewasa kan? Hehhehe... Rambut Orked dah panjang sikit, dah boleh ikat. Orked nak simpan rambut panjang sikit, nanti boleh buat tocang sana, tocang sini. Cuma masalahnya Orked ni takleh nak dok diam lama-lama. Mummy nak ikat rambut Orked pun payah sebab Orked asyik lari-lari, pusing-pusing je.


Kisah Orked yg terbaru.... Hmmm...

Orked sekarang ni dah tambah manja. Sejak Orked tau Orked nak dapat adik ni, Orked jadi terlebih-lebih manja. Kalau dulu Orked tak heran pun nak duduk atas riba Mummy. Tapi sekarang ni kalau duduk je, mesti nak duduk atas riba (atau diri atas riba). Pastu Orked suka jadi bayang-bayang Mummy. Kalau Mummy ada, mana Mummy pergi, situlahhhhhh Orked ikut... Tapi satu tempat je Mummy tak bagi Orked ikut, Mummy tak bagi Orked ikut masa Mummy gi toilet. So, setiap kali Mummy gi toilet, kalau Daddy takde, Orked akan menangis kat luar pintu toilet. Huhuuuuu... Ntah apa-apa kan Orked ni? Yg ni memang Mummy pening...

Pastu Orked sekarang makin rajin salam dgn orang. Selalu kalau Daddy balik dari kerja, Mummy akan suruh Orked salam dgn Daddy. Jadi, dengar je bunyi pintu rumah nak buka, Orked akan cepat-cepat tunggu kat tepi pintu. Kalau tak sempat tunggu kat pintu pun, bila nampak Daddy balik, Orked akan cepat-cepat lari pergi kat Daddy, pastu peluk, pastu salam dgn Daddy. Daddy happy bila Orked buat macam tu.

Ada satu hari tu, Orked nampak Daddy balik, tapi Daddy tak perasan Orked ada kat situ. Orked pun lari-larilah nak pergi kat Daddy. Sampai tergolek Orked sebab terlanggar kaki sendiri lari. Tapi Daddy tak nampak Orked lari kat Daddy, Daddy keluar balik pintu. Sedih Orked tak dapat salam dan peluk Daddy. Nasib baiklah Mummy panggil Daddy masuk semula suruh peluk Orked. Barulah Orked happy semula.

Satu hari yg lain pulak, masa sampai kat Rumah Pengasih tempat Orked tinggal masa Mummy pergi kerja, Mummy suruh Orked salam dgn Mak yg jaga Orked. Orked pun dgn excitednya pergilah lari kat Mak nak salam. Lari-lari, tetiba tergolek lagi. Langgar karpet lah pulak. Adush, merah kejap hidung Orked. Lepas ni Orked kena ingat, walaupun salam tu perbuatan baik, tapi kalau kita lari lari tak tengok kaki, boleh jatuh tergolek-golek. Hmmm....

Pastu, Orked suka satu lagu ni tau. Kalau Mummy atau sesiapa nyanyi, Orked akan buat gaya. Lirik dia camni...

Tepuk amai amai

Belalang kupu kupu

Tepuk biar pandai

Orked nombor satu, yeayyyyy!

Kalau nyanyi lagu ni Orked akan tepuk-tepuk tangan, dan bila sampai part yeaaayyy! tu, Orked akan angkat tangan tinggi-tinggi macam gambar tu.

Itu jelah dulu rahsia Orked utk hari ini. Nanti Orked share lagi. Malam ni Nenek datang rumah Orked nak dinner sama-sama. Mesti Nenek akan ambik gambar Orked banyak-banyak. Cuma hari ni Orked demam sikit. Harap-harapnya Orked sempat sembuh sebelum malam sebab Orked nak main dgn Nenek.

xoxo

Orked

by Mummy

Tuesday, December 1, 2009

Orked di Rumah Nenek

Beberapa minggu yg lepas, Orked ada bermalam di rumah Nenek. Masa tu Daddy takde sebab Daddy kerja outstation. Kat sini Orked nak share benda-benda yg Orked suka buat masa pergi rumah Nenek...

Yg ni di garden rumah Nenek. Garden tu Nenek namakan Taman Gemala Sari. Kat garden ada satu pondok wakaf kayu. Orked suka bergayut kat tepi wakaf tu.


Masa ni sambil breakfast. Jadi, ada roti telur dalam mulut Orked. Sorry....


Ini pulak kat sofa rumah Nenek. Orked main lompat-lompat, tunggeng terbalik dan baring-baring. Ni Orked menyorok celah bantal.


Kat rumah Nenek ada satu mangkuk yg Nenek letak kunci rumah dan kunci kereta. Orked suka mengemas kunci-kunci tu.


Orked juga suka bergayut kat telefon. Tapi gaya je lah lebih, suara tak keluar pun. Kalau keluar pun perlahannnnn je suaranya. Masa ni Daddy telefon. Orked cakap dengan Daddy.


Yg ni Orked mengemas buku Cik Yana. Apalah Cik Yana ni, letak buku merata-rata. Meh Orked kemaskan!


Yg ni Orked sangat happy. Happy kenapa ntah. Orked pun dah lupa.


Sweet tak kalau Orked senyum camni?


Orked tengok bayang-bayang kat meja. Orked memang suka tengok cermin.


Wah, Orked dah berjaya panjat atas meja tanpa ada sesiapa yg marah kat Orked. Tak sesia Orked senyum sweet sweet tadi...

Orked tengah tulis nama Orked kat atas buku.


"Takde dah!" Salah satu bahasa isyarat yg Orked pandai. Apa yg dah takde ntah....


Ini pun favourite spot Orked, panjat tangga! Orked boleh turun naik panjat tangga banyak kali tanpa penat. Tapi Nenek lah yg penat tak larat nak ikut Orked. Mummy mmg dah surrender, tak larat nak jaga Orked panjat tangga. Sib baik Nenek rajin layan Orked.


Rumah Nenek ni kadang-kadang bersepah. Kertas merata-rata. Jadi, Orked kena tolong kemas.


Dekat rumah Nenek juga ada playground. Playground situ best, ada slide dan swing yg Orked boleh naik. Orked suka pergi sini. Lagipun sini tak ramai orang, tak payah Orked nak berebut.


Ini masa Orked dah masuk kereta ready nak balik. Walaupun best duduk rumah Nenek, tapi tak bolehlah lama-lama sebab Orked pun ada rumah sendiri. Orked rindu juga rumah sendiri. Thank you Nenek tumpangkan Orked! Muah....


Itulah serba sedikit aktiviti Orked di rumah Nenek. Gambar-gambar ni semuanya Nenek yg ambik. Ada banyak lagi gambar Orked kat facebook Nenek. Kalau nak tengok addlah Nenek sebagai friend. Nama Nenek Orked Hasiah Kadir.

Ok semua, babai....

xoxo

Orked
by Mummy