Tuesday, December 29, 2009

Orked meet Uncle Angkasawan


Semalam daddy meeting Datuk Angkasawan, so Orked pun pakai lawa-lawa. Daddy siap beli baju baru kat Poney pasal Orked muntahkan baju Mickey Orked dalam kereta. Daddy marah betul pasal masa tu Orked dah comel-comel dah wangi-wangi. Sekali Orked muntah, dah lah dalam kereta daddy yang wangi terus jadi busuk, lepas tu Orked kantoi dengan daddy muntah pasal Orked main anak tekak Orked. Bukan pasal apapun. Terpaksalah daddy lari pergi Time Square beli baju kat Poney. Hmmm...cantik jugak, Orked suka lah taste daddy dan mummy.


Pastu Mummu toncetkan Orked lepas tu mummy cakap Orked macam "Boo" dalam cerita Monster Inc. kat dalam TV. Hehehhee...yang budak kecik tu lah. Tak sangka Orked comel jugak. Love u mummu & daddy. Lepas daddy meeting Datuk Angkasawan, pastu angkasawan tu datang kat Orked then dia cakap...

"I heard you have a blog?"

hehehehe, mana angkasawan tahu Orked ada blog? (mesti daddy bagitau). Best lepastu angasawan tu dukung Orked then kitorang (daddy, orked dan mummy) ambik gambar dengan angkasawan tu. Mummy dan daddy cakap, semua tempat kita boleh pergi, tapi angkasawan tu dah pergi tempat yang kita susah nak pergi. Ye ke? Jauh sangat ke angkasa tu ek? Tak dapat nak imagine lah Orked. Space tu dekat mana ek? Orked tahu Wangsa Maju, Bukit Jalil, Kajang, paling jauh pun selalu daddy bawak pergi Puchong. Space tu lagi jauh dari Puchong ek?


Ni Orked dan mummy pulak ambik gambar dengan angkasawan. Angkasawan ni baik, dia dulu model iklan. Daddy pernah ambik gambar dia dulu tapi daddy cakap, dah ratus2 orang ambil gambar angkasawan ni mesti dia dah lupa kat daddy pun. Gf angkasawan ni cantik dan pandai, nama dia Auntie Dr. Halina. Auntie Halina tak dapat datang malam tu pasal dia habis kerja kat operation theater pun dah jam 9 malam. Penat nak drive ke KL tapi dia cakap kat daddy, see you on Friday. Pasal Friday ni diorang berdua ni dah tak jadi bf dan gf lagi. Diorang akan jadi tunang pulak....tahniah uncle angkasawan dan auntie dr.

Daddy cakap, Uncle Angasawan ni dipilih dari ribuan orang yang memohon untuk jadi angkasawan. Dan kriteria dia sangat tinggi termasuklah kecergasan fizikal, mental, IQ tinggi, kacak dan macam-macam lagi. Nanti Orked besar nak jadi angkasawan lah pulak. Orked kena makan banyak2 dan minum susu lebih2 untuk membesar dan cukup tinggi untuk jadi angkasawan.

Terima kasih daddy pasal bawak Orked dan mummy pergi meeting dengan uncle angkasawan. Auntie2 semua, jangan jelous ye hihihihi (orked ketawa gedix)

ORKED

19 comments:

strawberi said...

ni mesti projek dady orked utk majlis tunang angkasawan ek.. :)

Orked said...

opsss....daddy cakap kalau orang tanya apa2, orked kena jawap...."No Comment". Heheheh

(Amin amin...kalau ada rezeki auntie strawberi)

mami umai said...

jelousnyer...mesti daddy orked amik gambar majlis uncle angkasawan tu.....

Ir in d house said...

waa...orked di kelilingi selebriti..hehe..orked kena stdy rajin2x tau ..nati jd orng yg power gak kat malaysia ni ek..caiyok!!!

cikpingu said...

bestnye si comel orked dpt jmpe dgn beliau... mesti orked teruja kn.. kot2 la esok dh bsr orked gnti tmpt beliau...hehe

cikbedahlaser said...

asal orked tak senyum ni.. takkan majuk dgn daddy sbb muntah kot....
ye r.. muke orked mcm monster inc nye budak pompuan tu... comel je...
pasni orked la pulak jd org msia yg g angkasa... leh orked cerita kat kami pasal angkasa lak..

iena said...

lucky girl la........

nooRjan said...

wowow...bestnya...he was my hero too...hehehe n pernah ambik gmbr ngan angkasawan time kat usm..hehhe tp orked bertuah lah coz angkasawan dukung u....bestnya..

Pnut said...

wahhh orked dah jumpa angkasawan..dan orked dah boleh tocang... nanti leh sama-sama shopping sepit rambut ngan alesya..

tata orked...

ratna said...

bestnya orked kecik2 dah dpt jumpa uncle angkasawan tu.. auntie ni dah besar panjang pun belum ada peluang jumpa dia.. kalau jumpa dia lagi orked tolong kirimkan salam auntie kat dia yer..

Aunty Bard said...

hehehhehe aunty jeles la Orked bergambar dengan uncle angkasawan ni....bila la turn aunty pulak ni? hehhee

mariaariffbaby said...

orked..

auntie jeles!
=P

Afeeqa said...

wahhh ! kacak pun termasuk dlm criteria2 nye ea. hehe.

Dayah said...

Salam Orked...
Kali ini.. x posted by Mummy or Daddy.. apa Orked tulis sendiri?!!
Teruja ni.. hehehehe.. mesti Mummykan?
hehehe.. Jeles la ngan Orked.. Aunty Dayah jeles ni.. ehh panggil kakak la.. hehehe..

Rasanya mesti Daddy Orked ambil gambar uncle angkasawan & Dr nantikan.. kan..kan.. ^_^

Aun said...

Waaaaaa... AuntyJid dah jeles sangat2 dengan Orked nih... ;)

a'ahlah.. bila Orked ikat rambut camtu terus Auntyjid pun nampak orked macam Boo. Nanti cari costume yg Boo pakai masa nak menyamar jadi monster tu yer.. sure Orked lagi comel dari Boo..hehe

Bagus Orked tanam cita2 nak jadi angkasawan. Nanti Orked jadi wanita pertama pergi bulan pula yer...(",)

misz beauty said...

nak jeles jugak.... =D

misniaa said...

waahh..waahh...orked. sikit masa lg (orked kira ye..kira) orked ada kawan anak dato angkasawan. wwwoooww..wooww...

CIKCLOUDY said...

wahhh.. betul ke daddy orked dpt cover majlis tuu... best nyer,xsbr nk tgk gmba

Orked said...

Aunty Dayah: issshhhh.... jadi genius la Orked kalau dah pandai tulis sendiri! heheheh... Yg ni Daddy yg tulis. Dia nak low profile kot, sebab tu tak tulis "by Daddy". hahah...

Yg lain-lain: Daddy dah upload gambar angkasawan bertuang banyak-banyak. Tengok lah kat blog/facebook Daddy. Tapi takde terselit gambar Orked la sebab Daddy suruh Orked duduk kat rumah diam-diam dgn Mummy je... :(