Monday, March 28, 2011

Orked nyanyi atas pentas

Hari Ahad Orked selalu pergi Prihatin. Aktiviti hari Ahad di Prihatin ialah pagi sampai tengahari ada tuisyen untuk anak-anak Prihatin. Masa ni Mummy tolong ajar kakak-kakak n abang-abang yang Form 4 dan Form 5. Orked dan Seri pulak, kacau kakak-kakak dan abang-abang yang Form 4 dan Form 5. Heheh....

Pastu petang-petang dalam jam 6 petang, ada satu slot untuk persembahan anak-anak. Boleh buat macam-macam persembahan kat atas pentas tu, nak bercerita ke, berpidato ke, menyanyi ke...

Tiga minggu lepas, first time Orked dapat naik atas pentas. Sebelum ni bukan tak dapat, tapi tak nak... Stage fear. Hehehhe... Masa Ahad tiga minggu yang lepas tu, kakak-kakak ada latih adik-adik yang belum sekolah untuk nyanyi. Termasuk Orked sekali lah tu. Kitorang nyanyi lagu Insya Allah dari Maher Zain. Nak kata nyanyi tu tak nyanyi, nak kata miming pun tak juga. Yang sebenarnya, Orked bukak mulut part yg Orked ingat je. Orked paling ingat part "Insya Allah, Insya Allah, Insya Allah, We'll find the waaaayyyyyyyyy" je. Hehhehe.. Part lain Orked diri tegak je atas pentas. Hihihi.... Mummy ada ambik video tapi Mummy tak save video tu. Bijak tak Mummy? So, dapat le gambar ni je. Orked pegang mike tau....

L-R: K. Aishah (6), K. Abdah (6), K. Ain (5), K. Damia (5), Mummy x ingat nama (4), Dania (2.8), Orked (2.5), Imran (2.5), Hamdi (3) dan A. Hayat (5).

Ahad yang lepas pulak, Orked dapat nyanyi atas pentas sekali lagi. Masa ni ada lawatan dari Kakak-kakak dan Abang-abang dari UKM ke Prihatin. Petang sebelum diorang balik, ada persembahan daripada anak-anak Warga Prihatin. So, Orked pun join lah sekali menyanyi. Masa ni Orked datang lambat sebab Orked balik kampung kat Pahang. Sampai je ke Dewan, orang lain semua dah nyanyi atas pentas. Orked kecewa tak dapat nak nyanyi sebab lambat. Tapi tetiba Abang Afiq tarik tangan Orked dan terus letak Orked kat atas pentas. Dapat la Orked nyanyi separuh lagu walaupun tak praktis. Mummy pun sempat rakam video dan kali ni Mummy SAVE dalam handphone. Hehhehe... Pandai Mummy...



Lepas ni Orked nak rajin-rajin lagi nyanyi atas pentas supaya Orked takde stage fear. Orked juga nak belajar nyanyi betul-betul dan buat gaya betul-betul. Malu Orked bila tengok video ni sebab masa orang lain tadah tangan buat action doa, Orked berkhayal. Bila dah lama baru Orked perasan kena buat action doa. Hehhehe....

xoxo

Orked
by Mummy

Friday, March 25, 2011

Rama-rama

Kat rumah Orked ada seekor rama-rama sesat. Tapi rama-rama ni konflik diri sikit. Badan rama-rama comel dah, tapi tetiba je ada rabbit kat bontot. Hehehhehe..


Cuba tengok apa rama-rama ni buat?

Dia nangisss... Dia nangis nak Mummy dia... Rama-rama ni manja sikit. Tak boleh kena tinggal main sorang lama-lama. Sekejap-sekejap boleh lah jugak Orked jaga dia dan main dengan dia supaya dia tak nangis. Tapi bila dia bosan dan sedar yang Mummy dia dah tinggalkan dia, mesti dia nangis...


Tapi dia menangis comel. Kalau dia merajuk, dia akan tekup muka dia dengan tangan kat lantai. HEhehhehehe... Merajuk lah tu konon....

Disebabkan rama-rama ni comel bila menangis, maka dia selalu kena usik. Biasanya Daddy le, suka sakat dia sebab saja nak bagi dia nangis. Ada ke patut... Tapi Mummy pun kekadang saja je bagi dia nangis sikit sebab nak tengok dia comel. Eh, tapi kalau dah menangis melalak-lalak, hilang la jugak comelnya.

Kalau dah melalak lama, camni ler jadinya......

Hissshhhh.... Dah macam sungai dah kat hidung tu.... Tak comel dah.....

xoxo

Kakak yang sayang Adik

by Mummy

Monday, March 21, 2011

Salun Daddy

Mari, mari, mari! Daddy Orked ada bukak salun! Eh, bisnes fotografi Daddy masih berjalan seperti biasa ye... Ni masa cuti je Daddy bukak salun. Hehehe...

Ni gambar sebulan yang lepas sebenarnya. Tapi baru nak cerita. Rambut Orked dah panjang balik dah pun sekarang ni. Baru Orked perasan, yg rambut Orked cepat jugak panjangnya. Rambut Adik je yg lambat panjang. Dari dulu sampai sekarang camtu lah jugak rupanya. Pernah potong sekali aje. Pastu dah tak panjang2 dah....

Ni salun Daddy ni kat depan rumah je lokasinya. Yang tak bestnya, cermin kat salun ni cipuuuuttt aje... Dah la ciput, kena pegang sendiri pulak tu... Tapi yang bestnya, sebab Daddy yg potongkan. Hehhehe... Sejak Orked lahir, Daddy je yg potongkan rambut Orked. Mummy tak pernah. Nenek pernah sekali. Terer kan Daddy Orked?

Tengok tu, ciput kan cerminnya? Nak tengok pun susah. Ni mesti sebab Daddy nak customernya surprise. Hehehhe... Pastu, kat tempat lain mana ada tukang gunting rambut gunting sambil pegang pipi. Kat sini je....


Ni Mummy konon-konon ambik gambar ala-ala pengantin, ambik gambar bayang kat cermin. Nampak lerrr bibir Orked yg macam Angelina Jolie dan gigi Orked yang macam rabbit. Hehheheh...

Dahsyat tu, tukang guntingnya... Berpusing-pusing sampai... Orked, of course la nak kena sentiasa make sure yg rambut Orked masih cantik. Tu yang kena concentrate tu, walaupun cermin ciput...

Setakat ni still ok kan?

Inilah dia tukang gunting rambut peribadi Orked. Beliau hanya gunting rambut Orked sahaja, dan mungkin lepas ni Adik Seri bila rambutnya memanjang...

Dengan new hair style ni dah bolehlah Orked bergaya sikit...

Mirror, mirror in my hand, who's the cutest of them all?

Dan sebagai pelengkap gaya, spek merah satu!

Till then, TATA!

xoxo
Orked
by Mummy

Tuesday, March 15, 2011

Cik Minah


Gambar ni Nenek yang tangkap masa kat rumah Nenek hari tu. Mummy suka sebab gambar ni represent Orked. Dalam gambar ni nampak Orked cam kelam-kabut, kecoh, pot pet... Macam Cik Minah...

Orked ni kalau yg sebenarnya macam ni ler. Mulut asyik pot pet je. Bercakap tak berhenti. Duduk dalam kereta dengan Orked dalam perjalanan balik dari work ke rumah pun Mummy tak larat layan Orked punya pot pet. Ingatkan Mummy sorang je tak larat, semalam Orked naik kereta dengan Daddy, Daddy pun kata Daddy pening. Hahahah... Kalau 30 minit, 30 minit la Orked akan pot pet. Dua masa je Orked senyap. Bila tido dengan bila minum/makan. Tu pun nak pot pet jugak dengan mulut yg penuh.

Pastu satu lagi kelam kabut. Buat benda kalau boleh semua nak buat sendiri. Nak makan sendiri, nak pakai baju sendiri, nak mandi sendiri, dan macam-macam lah nak sendiri. Tapi baru cuba sikit, kalau tersangkut ke, tak dapat ke, dah nak marah/nangis. Padahal kalau buat slow-slow mesti boleh. Tapi sebab nak buat cepat-cepat dah tak dapat...

Kepoh pun ye jugak. Suka nak ambik tau hal orang. Pastu apa adik buat, semua nak report kat Mummy. Oklah tu, sebab kalau adik notty Orked report, boleh Mummy ambik tindakan. Tapi selalunya benda tak yah report pun dia nak report.

Satu lagi, apa yg adik buat atau dapat, dia pun nak jugak. Elok-elok je adik main apa-apa, mesti Orked pun akan nak main jugak. Dah, adik tak dapat main. Kalau Mummy cakap dengan Adik, atau lambung-lambung adik, Orked pun mesti nak jugak. Sampaikan panggilan pun, nak dipanggil baby jugak. Ikut Adik.

Orked juga suka bawak beg dan harta bendanya ke mana-mana. Kalau dia nampak ada tiga beg kepunyaannya, ketiga-tiga beg tu lah nak dibawanya. Dah lah beg ada banyak. Sekarang ni suka bawa beg sekolah Hello Kitty dan handbag dan botol air. Dulu ada beg dog, tapi dah kena sorok. Kat dalam beg ada macam-macam, pensel, kertas, buku, kaler, mainan macam-macam, makanan, gula-gula, tudung, dan semua yg miliknya yang dia nampak dan muat masuk dalam beg. Untuk tak bagi dia bawak semua beg, kena sembunyikan beg yang lain-lain. Keluarkan dua je at a time.

Issshhhh..... Cik Minah ni...... Cik Minah ni le yang Mummy sayang, menghiburkan hati dan kadang-kadang menaikkan tekanan darah Mummy nih....

Love
Mummy
(ni Mummy yg tulis, bukan Orked)

Monday, March 14, 2011

Di Playground

Daddy Orked dah pun selamat kembali ke Malaysia, dan Orked pun dah selamat kembali semula ke rumah USJ, setelah tinggal di rumah Nenek selamat Daddy berada di "airport". Ye, walaupun Mummy dah banyak kali cakap Daddy pergi airport sebab nak pergi work di Australia dan America, Orked cuma ingat "work" dan "airport" je. Bila orang tanya Daddy pergi mana, Orked akan jawab Daddy pergi airport, work. Sebabnya, Orked hantar Daddy kat airport, kemudian tinggalkan Daddy kat airport. Kalau Orked dapat hantar Daddy ke America, mesti Orked akan tau yg Daddy sebenarnya pergi America. Hehehhe...

Salah satu benda yg best yg Orked suka di rumah Nenek ialah, dekat rumah Nenek ada playground. Kalau boleh, hari-hari Orked nak main kat playground ni. Tapi tak dapatlah, sebab selalunya Mummy balik kerja lambat. Sampai rumah Nenek pun dah dekat Maghrib dah. Beberapa kali je sempat merasa main kat playground tu. Kesian Otet.... Masa Atuk ada, Orked ada buat satu trick kat Atuk. Mula-mula Orked ajak Atuk keluar ke halaman rumah, Atuk pun ikut. Pastu Orked ajak Atuk pergi ke depan rumah, pun Atuk ikut. Pastu Orked ajak Atuk keluar pintu pagar pulak, Atuk ikut lagi. Dan akhirnya Atuk dah terperangkap bila Orked ajak Atuk pergi playground. Kalau Orked cakap awal-awal yg Orked nak pergi playground, mesti Atuk tak nak bawak. Hehehhe....



Ni video Orked main kat playground. Macam-macam Orked main. Orked main buaiiii, main seliiideee, main panjat-panjat, main masuk-masuk, dan macam-macam lagi lah.

Ok, tengoklah video Orked ye?

Tata

Orked
by Mummy

Thursday, March 10, 2011

Temuramah



Ini untuk Daddy yg jauh nun di sana. Daddy mesti dah rindu nak dengar suara Orked kan? Ha... Ini Orked ada rakamkan perbualan Orked dengan Mummy. Daddy nak tau, Orked sekarang ni (sebelum ni pun) pot pet pot pet tak berhenti. Mummy pun tak larat nak cakap dengar Orked. Sib baik Nenek larat lagi layan. Kalau Orked tanya, akan ada kenapa.. kenapa... kenapa... yang Orked akan tanya untuk korek maklumat hingga ke akar umbi... Yang peliknya, Mummy pendiam, Daddy pun takde la cakap banyak sangat. Tapi Orked pulak jadik pot pet pot pet tak boleh berhenti. Pelik, kan? Ni mesti sebab Orked dah bergaul dengan ramai orang. Jadi, setiap masa ada saja orang yang berlainan yang layan Orked pot pet pot pet dan bagi info dekat Orked.

Okay Daddy, see you in 3 days time!

xoxo

Orked
by Mummy

Sunday, March 6, 2011

Seri dalam Taman

Hai Daddy, hai semua..... Assalamualaikum!

Cerita hari ni ialah Seri dalam Taman. Seri tu Adik, taman tu Taman Gemala Sari Nenek. Petang tadi Mummy ambik gambar Adik dalam taman Nenek. Gambar Orked Mummy tak ambik sebab Orked sekarang ni dah tak suka ambik gambar. Lari bila nampak kamera, tarik muka masam, tak nak pandang kamera, apatah lagi posing. Gelak-gelak cam dulu lagi ler takde. Gambar Orked ada sikit yg menumpang Adik je.

Sekarang ni Orked dan Adik tinggal di rumah Nenek. Lama juga kali ni, sebab Daddy pergi outstation. Mula-mula Daddy pergi Melbourne, dan sekarang ni pergi Chicago pulak. Bersambung. Ahad depan baru nak balik. Dua minggu lebih jugak le kat rumah Nenek. Tapi balik dari Chicago Daddy kena terus ke Seremban 5 hari lagi pulak. Walaupun Seremban tu sebelah je Selangor, tapi Daddy tak boleh balik sebab kerjanya sampai malam. Tak tau le masa tu Orked tinggal rumah Nenek ke, pergi Seremban juga. Daddy suruh Mummy cuti pastu ikut Daddy, tapi Mummy sekarang ni ada kelas hari-hari, dari Isnin sampai Khamis. Pengsan kalau nak ganti...

Ok, sambung cerita kat taman. Gambar lah ek?

Ini Adik bergayut kat wakaf rumah Nenek. Adik ni eksyen nak berdiri, tapi tak stabil lagi. Kalau dia pegang dia OK, tapi bak kata Orked, Adik ni eksyen. Suka-suka hati dia je dia nak lepas tangan. Harap orang lain jaga dia kat belakang. Kalau takde orang, jatuh tergolek le jawabnya. Pastu, nangiissss.....

Ini pokok bergayut kat rumah Nenek. Hehehe... Orked lupa nama pokok ni, nanti tanya Nenek. Adik cam biasa la, apa aje kalau boleh nak masuk dalam mulut. Tapi Nenek tak bagi makan pokok Nenek, tu yang muka dia jadi macam tu tuh!

Ini ialah bunga yang wangi. Kalau lalu kat tepi tu, wangiiii je baunya. Yg ni Nenek pun tak tau namanya. Orked lagi le tak tau. Adik nak petik tapi tak berjaya. Orked pulak, setiap kali keluar ke taman Nenek, bila masuk dalam rumah mesti akan bawa satu bunga ni masuk, Orked petik.

Ini ialah buah kedondong. Orked rasa Adik sesuai jadi model buah kedondong. Mesti ramai yg teringin nak cuba buah ni bila tengok muka modelnya yg gembira macam tu kan?

Ini pula bunga Cina. Kalau naik buai kat playgong (playground), Orked akan nyanyi
Buai laju laju
Sampai hujung sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga Cina
Haaaa... Inilah bunganya. Wangi tau!

Ini semua orang tau kan, bougainvillea.

Ini pokok Mas Cotek. Buahnya kecik secotek macam Adik yg kecik secotek jugak. Pokok ni pokok herba yg banyak khasiatnya. Bolehlah Mummy buat research guna pokok ni. Tapi takde idea lah. Hehhehe....

Ini pulak... Emmmm.... ??? Muka Adik pun sama blur...

Dah blur tu, kita rehat sekejap lah kat wakaf Nenek. Orked nak tunjuk bunga kat Adik. Amende ntah Adik nak kutip tu. Adik ni habuk pun dia nak kutip! Nottyyyy!

Adik nak bungaaaa? Eh, tapi apsal Adik sampai terkeluar lidah? Ni bunga la Adik, bukan aiskrim!

Ok, kita sambung exploring. Adik, ini rumput. Rumput tak boleh makan. Kambing dengan lembu je makan rumput. Adik baby, tak makan rumput ye?

Dan yang last ini ialah pokok bunga Seri. Daunnya besar-besar dan panjang, dan bunganya sangat cute berwarna purple polka dot putih. Bunganya ada satu je, tak boleh petik. Kalau angkat bunganya, pokok tu tinggal daun je, dah takde bunga dah. Bunganya Orked yang punya. Hehehehe...

Sebab pokok ni sangat rare, Orked letak dua gambar pokok ni. Nanti lain kali dia dah tak rupa macam ni lagi dah sebab bunganya boleh tukar-tukar baju, rupa dan saiz.

Itu je kisah di taman Nenek kali ni.

Untuk Daddy, pagi tadi Adik Seri dah cucuk pneumococcal. Adik Seri tough tau, satu bunyi pun tak keluar masa dia kena cucuk. Dan tak payah nak tunjuk mainan ke apa. Dia tak nangis pun. Lagi tough dari Orked rupanya Adik ni. Next cucuk ialah bila Adik umur setahun pulak. Tapi bila Daddy balik nanti, Daddy kena bawak Orked pergi cucuk Hepatitis A pulak. Berat Adik terkini ialah 6.8kg (10th percentile), panjang 64.5cm (25th percentile) dan ukur lilit kepala 44.5 (90th percentile). Nampaknya kedua-dua anak Daddy adalah small size with big heads! Hehehehe.... Mummy tanya Dr kenapa kepala besar, doktor kata keturunan kot! Hah, ni mesti Daddy yg kepala besar. Hehehhehehe... Yelah, Daddy kan banyak akal. Sama la cam Orked. Dan harapnya Adik pun banyak akal juga memandangkan saiz dah besar dah tu.

Ok Daddy, selamat bekerja, dan jaga diri kat tempat orang tu.

Miss u much
Orked, Seri dan Mummy