Friday, March 25, 2011

Rama-rama

Kat rumah Orked ada seekor rama-rama sesat. Tapi rama-rama ni konflik diri sikit. Badan rama-rama comel dah, tapi tetiba je ada rabbit kat bontot. Hehehhehe..


Cuba tengok apa rama-rama ni buat?

Dia nangisss... Dia nangis nak Mummy dia... Rama-rama ni manja sikit. Tak boleh kena tinggal main sorang lama-lama. Sekejap-sekejap boleh lah jugak Orked jaga dia dan main dengan dia supaya dia tak nangis. Tapi bila dia bosan dan sedar yang Mummy dia dah tinggalkan dia, mesti dia nangis...


Tapi dia menangis comel. Kalau dia merajuk, dia akan tekup muka dia dengan tangan kat lantai. HEhehhehehe... Merajuk lah tu konon....

Disebabkan rama-rama ni comel bila menangis, maka dia selalu kena usik. Biasanya Daddy le, suka sakat dia sebab saja nak bagi dia nangis. Ada ke patut... Tapi Mummy pun kekadang saja je bagi dia nangis sikit sebab nak tengok dia comel. Eh, tapi kalau dah menangis melalak-lalak, hilang la jugak comelnya.

Kalau dah melalak lama, camni ler jadinya......

Hissshhhh.... Dah macam sungai dah kat hidung tu.... Tak comel dah.....

xoxo

Kakak yang sayang Adik

by Mummy

7 comments:

Dayah said...

Salam Orked & Mummy,

Comelnya adik kakak orked ni.
Cute sgt! with butterfly.. ala.. ala.. comel sgt!

Fazlinil Irma said...

saya pun suka sakat budak bagi nangis. comel. dah lepas nangis pujuk. hehe.

habislah kalau mcik irma jumpa seri. tambah sorang lagi sakat bagi nangis.

boleh ke mummy..? =)

aidura sofiee said...

salam.

cian kat seri kena ragging dgn mummy. hehehe.

AuntyJid said...

Comelnya butterfly nih... Gambar kedua adik Seri tu dah boleh jadi macam gambar imbasan cermin la... Lantai rumah orked berkilat. Tak payahlah mummy beli cermin dah untuk shoot gambar imbasan cermin tu..:-)

ismaliza76 said...

mmg comel butterfly tp punggung arnab ni....suka tgk gmbar dia tekup muka kt lantai...geramnye

mariaariffbaby.com said...

"...rama-rama ni konflik diri sikit. Badan rama-rama comel dah, tapi tetiba je ada rabbit kat bontot"

i love that phrase
:D

Orked said...

aunty dayah: thanks... butterfly tu yg comel lebih. :)

aunty irma: eh, boleh boleh. kita sama2 sakat sampai adik meraung. hehehhe.... cian adik...

aunty aidura: mana de kena ragging dgn mummy. daddy yg selalu ragging adik.

aunty jid: ha'ah, dah macam gambar cermin yg aunty jid tunjuk kat mummy tu dah. tapi gambar yg tu lagi cantik sebab lagi clear dan sekelilingnya hitam... sekarang ni mummy mood malas nak ambik gambar posing2. hehe...

aunty ismaliza: kalau tengok live lagi geram. rasa nak penyet dia. hehehhe....

aunty maria: ehehhe.... :D