Friday, December 31, 2010

Keluarga Prihatin Orked

Hari ni Orked nak kenalkan sebahagian daripada keluarga Rumah Pengasih Warga Prihatin. Daddy dan Mummy volunteer kat rumah ni, dan Orked dan Adik tinggal di sini masa Mummy dan Daddy work. Gambar-gambar ni pulak diambil masa Orked ikut lawatan ke Perak oleh Prihatin hujung minggu lepas.


Ini masa dalam kereta. Daddy tak ikut lawatan sebab kerja. Jadi, Orked, Adik dan Mummy naik kereta yg dipandu oleh Ayah Rosli dan Mak Sofea. Yang ni semua keluarga Ayah Rosli. Ada Kak Intan, Kak Ngah, Kak Ifah dan Abg Aman. Kak Intan dan Mak Sofea la yg paling banyak jaga Orked dan Adik masa Mummy work.

Kak Intan akan masuk ke Tingkatan 6 Atas mulai esok. Kak Intan juga telah dilantik sebagai Ketua Pengawas kat sekolahnya. Kak Intan ni memang terer... :o

Yang ni Kak Mira. Masa cuti sekolah ni Kak Mira selalu mandikan Orked dan temankan Orked makan. Kak Mira pandai juga, dapat semua A UPSR nya.


Yang ni pulak Abang Mamat (duduk) dan Abang Hayat (posing gaya Dunhill). Abang Mamat ni suka pimpin tangan Orked bawa Orked jalan-jalan. Abang Hayat pulak sangat notty dan suka sakat Orked.


Ini Abang Zizul. Abang Zizul suka main dengan Orked. Abang Zizul juga suka nak dukung Orked masa Orked baby dulu, dan sekarang suka nak dukung Adik Seri pulak. Mana boleh Abang Zizul, kang jatuh pulak Adik. Abang Zizul baru nak masuk Darjah 3, kecik lagi!


Yang ni Kak Ifah sedang dukung Adik Jannah. Adik Jannah ni muda 2 bulan dari Adik Seri. Besar nanti diorang jadi kawan-kawanlah, sebab sebaya. Pipi Adik Jannah penyet sebab Kak Ifah tolak nak suruh Adik Jannah tengok kamera.


Ini Abang Hakim. Abang Hakim ni salah seorang penjaga PA system masa lawatan hari tu. Ada ke pulak dia suruh Adik Seri nyanyi. Adik Seri pun nyanyilah, "ajaa aja ajaaa jaaaa jaaaaaa". Abang Hakim pun terer gak, tahun lepas dia dapat semua A UPSR dia.


Ini kakak-kakak Prihatin yang rajin tolong Mummy jaga Adik Seri dan jaga Orked juga. Takde diorang, tulang Mummy boleh patah. He he he...


Ini pulak Kak Lili dan Kak Qistina. Diorang kata Abang Mamat tu boy. Tak elok jalan-jalan pimpin tangan dengan Abang Mamat. Jadi, diorang pulak bawak Orked jalan-jalan. Orked on je... Janji ada orang bawak jalan-jalan...


Ini pulak Kak Tini dengan Kak Faqihah. Kak Tini ni baru Form 1, tapi tingggggiiiiiii....!


Ini pulak Kak Tim dan Mummy June. Masa Orked umur 4 bulan dulu, Kak Tim la yang jaga Orked. Masa tu Orked tak pandai minum susu botol dan Orked selalu nangis masa kat Prihatin. Tapi lepas tu Kak Tim pergi belajar kat matrikulasi dan sekarang belajar di UTM Skudai. Orked dah jarang jumpa Kak Tim dah...


Bergayut kat tepi tingkap ni pulak ialah Kak Lili, Kak Intan, Kak Ain, Kak Abdah dan Kak Nasuha. Selalu masa balik dari kerja kalau Mummy tanya tadi Orked main dengan siapa, Orked akan cakap Orked main dengan Ali, dengan Hamdi, dengan Kak Ain...


Yang last ni pulak, gambar Adik Seri. Orked tunjuk gambar ni sebab nak cakap yg Adik Seri ni dah pandai merayap. Merata-rata dah Adik Seri kalau letak dia kat atas lantai. Tengok tu, dia datang kat Orked sebab nak ambik botol susu Orked!

Itulah serba sedikit keluarga Prihatin Orked. Ada ramai lagi yg Orked nak kenalkan, tapi Mummy tak ambik gambar la pulak. Mummy pergi sana pastu bateri habis. Mummy ni memang!

Till then,
tata titi tutu...
And Happy New Year to everybody!

luv,
Orked
by Mummy

Saturday, December 18, 2010

Birthday party Daddy

Hello hello semua....

Ini gambar semasa Orked ada projek rahsia 2 hari lepas. Projek besar ni. Projek yang di'direct' oleh Mummy dan dibantu oleh Orked dan Adik.

Untuk projek tu, Orked kena pakai topeng ajaib. Barulah magic. Kalau tak, kurang sket aura-auranya. Siap ada lightning lagi kat topeng ajaib tu. Powerrrr!


Untuk projek tu, perlu ada barang paling penting. Ni ha, barangnya. Mesti disediakan awal-awal dan disorokkan di tempat yang selamat. Dalam peti sejuk je pun. Hehehe...

Dan juga perlu kehadiran orang penting. VVIP untuk projek ni. Kalau VVIP tu tak hadir, memang tak jadi punya... Dan VVIPnya ialah.... Dadddyyyy!!!!

Dan projeknya ialah, surprise birthday party untuk Daddy! Hehehhehe...

Surprise betul tau, sebab kitorang celebrate 2 hari awal. Patutnya hari ni hari jadi Daddy, tapi 2 hari lepas dah celebrate siap-siap dah. Sebabnya, Daddy work kat Singapore masa hari jadi Daddy. Daddy ni suka tau, keje masa birthday. Apela Daddy ni... Next year Orked book Daddy siap-siap untuk birthday Daddy. Jangan ambik booking orang lain tau, Daddy?


Sempena hari yang istimewa untuk Daddy ni, Orked nak cakap, walaupun Daddy jauh di mata, tapi Daddy sentiasa dekat di hati Orked. Orked nak cakap juga, terima kasih sebab Daddy dah jadi seorang Daddy yang baik dan best untuk Orked dan Adik Seri. Kalau takde Daddy, mesti Orked dah jadi anak terbiar yang notty dan tak pandai macam-macam. Bertuah Orked dan Adik jadi anak Daddy. Bukan semua orang kan dapat jadi anak Daddy? :D Orked juga harap dengan semakin tuanya Daddy, Daddy akan jadi orang yang sentiasa berusaha menjadi lebih best dan best lagi dari hari ke hari. Nanti Orked dan Adik pun akan ikut jejak langkah Daddy, dan jadi lebih baik lagi dari Daddy. Daddy suka tak camtu? Heee....

Love you too much forever and ever

Orked dan Adik Seri dan Mummy

by Mummy

p/s: Daddy surprised tak hari tu?

Wednesday, December 15, 2010

Adik Seri 6 Bulan

Hari ni Adik Seri dah 6 bulan umurnya. Sekejap je masa berlalu. Dan dah 6 bulan juga Orked jadi kakak. Wah, satu pencapaian. Walaupun dah 3 kali Orked gigit Adik sampai nampak bekas gigi dan Adik nangis. Geram. Mummy dan Daddy gigit Adik tak nangis pulak. Hmmm...

Adik ni macam rama-rama.

Adik dalam bungkusan

Dulu dia terbalut selamat dalam kepompong.

Lepas tu dia menggelitis nak keluar dari kepompong.



Dan bila keluar, Adik jadi rama-rama yg comel sekali...

My beautiful butterfly

Adik, adik....

Kak Orked sayang sangat dekat Adik.

Kak Orked gigit Adik tu sebab Kak Orked geram. Kak Orked tepuk-tepuk Adik kuat sebab Kak Orked nak bagi Adik tidur. Kak Orked tarik mainan dari tangan Adik sebab Kak Orked tak nak Adik masuk mainan kotor dalam mulut, nanti sakit perut. Kak Orked sibuk nak mandi sama masa Adik nak mandi sebab Kak Orked nak mandi sama-sama dengan Adik. Kak Orked nak "cakap" dengan Mummy masa Mummy "cakap" dengan Adik tu, sebab memang Kak Orked jeles... Hehehhe...

Adik menyelam sambil tak minum air

Dah 6 bulan umur ni Adik dah pandai meniarap. Dah pandai golek-golek. Dah pandai pusing-pusing dalam keadaan meniarap. Dah pandai gelak ketawa bila main. Dah pandai marah kalau orang rampas mainan dia. Kalau nak tido kena letak atas tilam, peluk dan tepuk-tepuk bahu sambil nyanyi untuk dia. Suka tersenyum. Minum susu sikit, badan ringan, percentile 3% je. Kepala not bad, besar macam Kak Orked, harapnya otaklah tu yang banyak.

Budak comel macam ni, siapa tak geram?

Tapi........

Adik ada eczema. Kesian Adik. Pipi dia selalu gatal-gatal dan merah-merah. Eczema Adik ni kejap ada kejap takde. Kadang-kadang tu pagi pipi Adik putih je. Tapi bila malam dah merah dan berbintik-bintik. Kesian Adik. Mesti gatal. Bila Adik garu, dah luka kulit Adik yang tulus mulus kudus tu. Harap-harapnya Adik boleh cepat baik. Nanti selalu garu kudis pulak...


Yang ni masa eczema Adik tak teruk sangat. Kalau teruk, lagi merah pipinya...

Adik, Adik tahu tak apa yang bestnya dengan umur 6 bulan ni? Ye, Adik dah boleh makan! Lepas ni nanti kita bolehlah makan sama-sama ye? Tapi Adik kenalah makan makanan yang lenyek-lenyek dulu. Adik kan takde gigi, mana boleh makan macam Kak Orked. Besar nanti Adik boleh makan makanan Kak Orked.


Adik, selamat usia 6 bulan! Lots of love for you, from Kak Orked, Mummy dan Daddy. Be a good girl tau! Nanti Kak Orked nak ajar Adik merangkak pulak, ok?



xoxo

Orked
by Mummy

Tuesday, December 7, 2010

Ratu Bollywood

Dah dekat sebulan ye Orked tak update blog. Fuh, lama betul. Secretary Orked, a.k.a. Mummy busy sket. Adik Seri ni ha... Asyik nak orang pegang dia je... Kalau tak nanti dia nangis... Pastu Orked pun sama, macam-macam nak. Kesian Mummy penat. Hehehhe... Pastu pindah rumah pulak. Lagi le busy bee...

Orked ada janji, nak letak gambar Orked dan Adik pakai baju baru yg Daddy beli kat India kan? Baru minggu lepas sempat Orked berposing. Tu pun bawak gi Ipoh masa ikut Daddy ada conference.

Baju ni Orked tak tau la apa namanya. Bukan saree sebab dia ada baju dan ada skirt. Adik punya pulak cam rompers. Tapi kainnya dari kain saree. Tengoklah gambar Orked dan Adik Seri posing sakan ek? :D








Waktu rehat. Sorang minum susu, sorang mengkaji kaki




Inilah baju Orked, cantik kan?

Itu je lah dulu untuk kali ni. Banyak sket gambar. Biasalah, cerita Bollywood kan 3 jam, so gambar kat entry Bollywood pun banyak ler. Hhehehehe... Orked harap lepas ni dapat update blog cam biasa semula.

Tata

xoxo

Orked
by Mummy

Thursday, November 11, 2010

Ratu Kebaya Singapura


Baju ni kebaya pramugari Singapore Airlines versi budak kecik. Daddy beli masa pergi ke Singapura bulan lepas. Tapi saiznya besar sikit. So, cutting Orked tak nampak macam cutting pramugari-pramugari yg hot hot. Kalau masuk America's Next Top Model pulak, mesti judgenya akan komen yg tangan Orked hilang sebelah. Hehehe...

Tak kisahlah...

Dan kali ni Daddy pergi Singapura lagi. Baru bulan lepas pergi, bulan ni pergi lagi. Dah le sebelum ni ke India lama. Banyak betul Daddy berjalan tahun ni. Takpe, rezeki Daddy.

Yg bestnya, sekarang ni Daddy kalau jalan-jalan dah rajin beli baju untuk Orked. Orked dah ada beberapa koleksi pakaian dari negara berlainan. Sebelum ni Daddy ada beli kimono masa pergi Jepun. Pastu Daddy beli ni kat Singapura. Dan yg latest, Daddy ada belikan Orked saree dari India. Orked tak sempat lagi posing dengan saree sebab Nenek tengah basuhkan saree tu. Weekend ni Orked nak pergi rumah Nenek, dapatlah posing dengan saree pulak.

Lepas ni Daddy nak pergi negara mana pulak? Boleh tambah koleksi pakaian tradisional Orked. Bestnya... "Terima kasih Daddy beli baju untuk Orked".

xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, November 10, 2010

Tepuk Amai-amai

Adik ni suka nangis masa Mummy makan. Biasalah, baby kan? Diorang nak kasih sayang dan perhatian Mummy dia. Tak suka kena tinggal. Orked tau la, sebab masa Orked baby dulu Orked pun camtu. Hehehehe....

Jadi, Orked dah ada satu cara nak elak adik nangis masa Mummy makan. Nyanyi tepuk amai-amai untuk Adik dengan lagu yang dah diubah lirik ikut keadaan. Hehehhe....

xoxo

Orked

by Mummy

Tuesday, November 9, 2010

Daddy Orked Menang!

Semalam Orked pergi Panggung Bandaraya, kat Bangunan Sultan Abdul Samad depan Dataran Merdeka tu. Sebabnya, Daddy Orked ada award night. Daddy jadi salah seorang finalist untuk AYA Awards 2010, dalam kategori Asian Youth Ambassador's Most Outstanding Youth of 2010. Mummy, Orked dan Adik Seri semua pergi untuk support Daddy.


Ni masa menunggu kat luar, kat lounge. Orked baca buku program. Ada gambar Daddy besar kat dalam tu. Mummy tak ambik banyak gambar sebab Daddy tengah buat sound check kat dalam dewan.

Majlis tu start dengan persembahan nyanyi-nyanyi sket. Best jugak. Orked tepuk tangan sama-sama masa orang lain tepuk tangan.

Lepas tu ada bagi hadiah untuk kategori Youth Friendly Company. Hadiah yang ni dimenangi oleh AMCHAM-MACEE.

Lepas tu ada talkshow pulak, Chin Up oleh Kenneth Chin. Semua finalist AYA kategori yg Daddy tercalon naik ke pentas untuk talkshow tu. Daddylah salah seorang daripadanya. Masa Daddy bercakap, riuh rendahlah jugak dewan ketawa dan tepuk tangan dan oohh aaahhh. Apa ntah cerita lawak dari Daddy. Orked masa tu dah separuh sedar sebab dah ngantuk sangat... Tak dapat nak join audience yg lain. Tengoklah gambar kat atas tu, khusyuk semua orang dengar Daddy cakap.

Lepas tu, tibalah saat yang dinanti-nantikan, pengumuman keputusan. Semua finalist berdiri kat atas pentas tunggu pengumuman. Masa ni mesti Daddy tengah dup dap dup dap kan?

Dan pemenangnya ialahhhhhh..........





...... drum roll .........






DADDYYYYYYYYY!!!!!!


Wah.... Bukan Daddy je yang terkejut, Orked pun! Tak sangka Daddy yang menang, sebab yang lain semuanya best juga...

Daddy dapat hadiah.... Mula-mula skema je.... Terkejut lagi kot?

Pastu dah tak dapat control happy dah! Hehehehheheheh....

Yeahoooooo! Daddy Orked menanggggg!

Daddy menang! Daddy menang! Yeyeeeeyyy.....!

Lepas tu Daddy kena bagi speech. Sian, Daddy nangis masa bagi speech sebab sedih. Daddy teringat kat arwah Nenekkkk.... :(

Apa pun, Orked, Mummy dan Adik Seri baaaanggggaa sangat dengan Daddy. Kalau Daddy tak menang pun, Daddy dah menang di hati kami, sebab Daddy adalah Daddy yang paling best dalam dunia. Daddy menang, lagi lah berdouble-double Daddy menang di hati kami! Hehehhe... Orked loooovvveeee sangat Daddy.

Nanti Daddy dah free sikit, dah abis siap assignment sekolah, Orked mintak Mummy belanja Daddy ek? Hadiah kecik dari Orked, Mummy dan Adik Seri. :D

Tahniaahhhhhhhh my Daddy....

Muah muah to you....
Orked
by Mummy

Saturday, November 6, 2010

Playground

Playground ni dekat rumah Nenek. Kalau dari rumah Nenek boleh nampak playground ni jauuuuhhh....

Petang pertama sampai rumah Nenek, masa kat luar garden rumah Nenek:
"Rumah Nenek ada mainan...."

Isnin pagi on the way nak pergi kerja:
"Mummy, Orked nak main buai jiyu (buai laju-laju) kat jauhhh..."

Selasa pagi on the way nak pergi kerja:
"Orked nak main buai jiyuuuuuu...."
Exactly kat depan playground:
"Kat sinilah!"
Mummy: "Ok, hari ni Mummy balik awal ye, kita main buai kat taman"

Dan petangnya, dan petang esoknya, dan petang-petang seterusnya, Mummy balik kerja awal dan bawa Orked main kat playground. Bukan main buai jiyu aje, tapi main slide dan lain-lain juga.... Thank you Mummy!

Mula-mula panjat

Pastu sliiiideeee... Tapi ni slide kecik je....

Mari kita pergi ke slide yg berpusing-pusing pulak...

Kena panjat lagi

Dan lalu sini

Lalu sini juga

Dan turuuunnn.... Yg ni lagi best!

Buai jiyu pulak....

Tinggi-tinggiiiii, laju-lajuuuu

Mummy nak panning tapi tak berapa jadi

Yes, esok nak main lagi!
xoxo
Orked
by Mummy