Friday, December 31, 2010

Keluarga Prihatin Orked

Hari ni Orked nak kenalkan sebahagian daripada keluarga Rumah Pengasih Warga Prihatin. Daddy dan Mummy volunteer kat rumah ni, dan Orked dan Adik tinggal di sini masa Mummy dan Daddy work. Gambar-gambar ni pulak diambil masa Orked ikut lawatan ke Perak oleh Prihatin hujung minggu lepas.


Ini masa dalam kereta. Daddy tak ikut lawatan sebab kerja. Jadi, Orked, Adik dan Mummy naik kereta yg dipandu oleh Ayah Rosli dan Mak Sofea. Yang ni semua keluarga Ayah Rosli. Ada Kak Intan, Kak Ngah, Kak Ifah dan Abg Aman. Kak Intan dan Mak Sofea la yg paling banyak jaga Orked dan Adik masa Mummy work.

Kak Intan akan masuk ke Tingkatan 6 Atas mulai esok. Kak Intan juga telah dilantik sebagai Ketua Pengawas kat sekolahnya. Kak Intan ni memang terer... :o

Yang ni Kak Mira. Masa cuti sekolah ni Kak Mira selalu mandikan Orked dan temankan Orked makan. Kak Mira pandai juga, dapat semua A UPSR nya.


Yang ni pulak Abang Mamat (duduk) dan Abang Hayat (posing gaya Dunhill). Abang Mamat ni suka pimpin tangan Orked bawa Orked jalan-jalan. Abang Hayat pulak sangat notty dan suka sakat Orked.


Ini Abang Zizul. Abang Zizul suka main dengan Orked. Abang Zizul juga suka nak dukung Orked masa Orked baby dulu, dan sekarang suka nak dukung Adik Seri pulak. Mana boleh Abang Zizul, kang jatuh pulak Adik. Abang Zizul baru nak masuk Darjah 3, kecik lagi!


Yang ni Kak Ifah sedang dukung Adik Jannah. Adik Jannah ni muda 2 bulan dari Adik Seri. Besar nanti diorang jadi kawan-kawanlah, sebab sebaya. Pipi Adik Jannah penyet sebab Kak Ifah tolak nak suruh Adik Jannah tengok kamera.


Ini Abang Hakim. Abang Hakim ni salah seorang penjaga PA system masa lawatan hari tu. Ada ke pulak dia suruh Adik Seri nyanyi. Adik Seri pun nyanyilah, "ajaa aja ajaaa jaaaa jaaaaaa". Abang Hakim pun terer gak, tahun lepas dia dapat semua A UPSR dia.


Ini kakak-kakak Prihatin yang rajin tolong Mummy jaga Adik Seri dan jaga Orked juga. Takde diorang, tulang Mummy boleh patah. He he he...


Ini pulak Kak Lili dan Kak Qistina. Diorang kata Abang Mamat tu boy. Tak elok jalan-jalan pimpin tangan dengan Abang Mamat. Jadi, diorang pulak bawak Orked jalan-jalan. Orked on je... Janji ada orang bawak jalan-jalan...


Ini pulak Kak Tini dengan Kak Faqihah. Kak Tini ni baru Form 1, tapi tingggggiiiiiii....!


Ini pulak Kak Tim dan Mummy June. Masa Orked umur 4 bulan dulu, Kak Tim la yang jaga Orked. Masa tu Orked tak pandai minum susu botol dan Orked selalu nangis masa kat Prihatin. Tapi lepas tu Kak Tim pergi belajar kat matrikulasi dan sekarang belajar di UTM Skudai. Orked dah jarang jumpa Kak Tim dah...


Bergayut kat tepi tingkap ni pulak ialah Kak Lili, Kak Intan, Kak Ain, Kak Abdah dan Kak Nasuha. Selalu masa balik dari kerja kalau Mummy tanya tadi Orked main dengan siapa, Orked akan cakap Orked main dengan Ali, dengan Hamdi, dengan Kak Ain...


Yang last ni pulak, gambar Adik Seri. Orked tunjuk gambar ni sebab nak cakap yg Adik Seri ni dah pandai merayap. Merata-rata dah Adik Seri kalau letak dia kat atas lantai. Tengok tu, dia datang kat Orked sebab nak ambik botol susu Orked!

Itulah serba sedikit keluarga Prihatin Orked. Ada ramai lagi yg Orked nak kenalkan, tapi Mummy tak ambik gambar la pulak. Mummy pergi sana pastu bateri habis. Mummy ni memang!

Till then,
tata titi tutu...
And Happy New Year to everybody!

luv,
Orked
by Mummy

7 comments:

Zila Ahmad said...

Wah...ramai nye family Orked...
Nanti senang2 Aunty pun nak pergi melawat la kat Rumah Prihatin tu jugak... :-)

Auntyjid said...

wow!! bahagianya tengok keluarga besar orked yg sentiasa ceria2...:-)

selamat tahun baru khas buat Orked, Seri, Mummy & Dady ya..

mariaariffbaby.com said...

bahagia nya..
alhamdulilah..
:)

Aunty Bard said...

ramainya kawan-kawan Orked ngan Seri.....mesti seronok kan hari2 jumpa ramai kawan.

Happy new year 2011 to Orked & family!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

wah!!~~comelnyaaaa adik orked!!!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

wah!!~~comelnyaaaa adik orked!!!

faizahpaiz said...

kat mana rumah prihatin nie? saya sukala tengok si orked itu, sungguh comel.. terasa betul nak dapat anak perempuan lagi seorang.. seronoknya...