Friday, June 29, 2012

Birthday Seri, 2 tahun

15 Jun yang lepas ialah ulangtahun kelahiran Seri yang kedua. Dah besar dah Adik Seri ni, sekejap je. Buat masa ni, kemahiran terbaru Adik Seri ialah dia dah boleh bercakap, tapi dalam satu suku kata. Seri kena praktis banyak-banyak lagi supaya petah bercakap macam Kakak Orked.

Sempena menyambut ulangtahun kelahiran adik, kami sekeluarga telah buat majlis sambutan harijadi untuk adik pada keesokan harinya. Jemputannya takdelah ramai, cuma Atuk, Nenek, pakcik makcik, dan sepupu-sepupu Orked dan Seri je. Mummy pun tak larat nak masak banyak kalau jemput ramai sangat orang. Maklum lah, Mummy dah 9 bulan mengandung. Tu pun nasib baik Mummy tak beranak lagi. Kalau tak, takdelah birthday party tu. Hehehe....

Sebelum majlis bermula, posing dengan kek princess dulu

Kek nih memang sangat menggeramkan!

Mummy tak nampak ni, nak ambik sikiiiiiiiitttt jerr....

Kalau Daddy tak cakap, Mummy takkan tau kan apa Seri dah buat? (padahal kat mulut ada bahan bukti, heheheh)

Itu dia, antara tetamu yang dijemput, Pak Lang dan Umar

Atuk Ahamad pun dah sampai juga

Princess baru nak bersiap. Kalau siap awal takut baju kotor sebelum masanya...


Dah siap....

Ini orang dapur. Nasib baik Nenek Rohaya datang awal sikit, tolong Mummy kat dapur. Kalau tengok perut Mummy dari pandangan sisi, memang horror! Huhu...

Mickey Mouse!

Ni je yang Mummy prepared, nasi lemak, nasi himpit, beli kek. Ada rendang daging jugak, tapi belum dihidangkan...

Dapat hadiah, yeay!
Sebelum majlis mula, sementara tunggu yang belum tiba, kita main dulu!

Lepas tu Cik Yana dan Uncle Reizal pun sampai...

Sesi potong kek. Tapi masa ni Pak Long dan keluarga belum sampai... Sian diorang tak dapat tengok Seri potong kek...

Ada persembahan keyboard dari Mika dan Umar

Professional nih, jangan main-main....

Dan selepas majlis berakhir, sesi buka hadiah!
Apa yang penting? Kerjaaaasamaaa....

Hadiah yang paling menarik perhatian princess berdua...

Terus serve kopi kat Daddy...

Tak tau lah berapa cawan Daddy dah kena paksa minum... Hehehehe...

Acara finale... Zzzzzz....

Itulah dia serba sedikit majlis ringkas sambutan harijadi Adik Seri. Ni first time Adik Seri ada birthday party. Sebelum ni Kak Orked je yang pernah ada birthday party.

Selamat Hari Jadi Adik! We all love you very much, muah muah muah......

xoxo
Orked dan Seri
by Mummy

Thursday, June 28, 2012

Jelapang Padi Sekinchan, Selangor

9 Jun yang lepas, Daddy bawa kami sekeluarga pergi makan nasi minyak kawan Daddy di Sitiawan, Perak. On the way balik ke rumah, kami semua lalu jalan lama, tak lalu highway. Tujuannya, nak pergi tengok sawah padi, dan Daddy nak ambik gambar kami semua di sawah. Kat bawah ni antara gambar yang Daddy ambik. Lokasinya adalah berhampiran dan di Sekinchan, Selangor. Nama tempat sebenar dah tak ingat. Hehehe.... Tapi ada tempat yang padinya masih hijau, dan ada juga tempat yang padinya dah dituai, dan dah kering pun.... Tak sama ye musim padi walaupun dekat-dekat je tempatnya?

Okay, less talk and more pictures! :D













xoxo
Orked & Seri
by Mummy

Monday, June 4, 2012

Flower Girl

Hari Sabtu yang lepas, Orked dan kawan-kawan dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) telah dijemput untuk jadi flower girl untuk pengantin kat Dewan Ungku Aziz di Universiti Malaya. Selain dari flower girls, abang-abang dan kakak-kakak juga dijemput untuk main kompang pengantin dan menyanyi lagu nasyid. Ini gambar dari tempat kejadian...

Mula-mula sampai terus makan dulu. Kena pakai bib besar supaya baju putih tak jadi colourful...

Kakak flower girl makan dengan kawan-kawan

Pengacara majlis hari itu ialah Dee

Seri dah siap makan. Kejap lagi nak tengok kakak jadi flower girl

Kakak Orked dah siap make up dan pakai bunga di kepala untuk jadi flower girl. Kat tangan pun kena pegang bunga juga

Close up flower girl

Kasi can Adik Seri feel macam flower girl, make up pipi dia sket...

Tapi Adik Seri tak cukup umur lagi, dan takde disiplin nak ikut arahan lagi... Next time ye Adik...

Final briefing dari kakak-kakak

Good luck Kak Orked!

Dah ready kat karpet merah

Pengantin pun dah sampai

Start berarak masuk ke dalam dewan

Kakak dan abang kompang pengantin

Berarak kat dalam dewan. Kena jalan slow-slow nanti pengantin tertinggal!

Naik tangga kena duduk atas pentas

Alamak, Orked kena duduk depan sekali lah!

Flower girl muka ketat

Macam mana nih, Orked lagi depan dari pengantin nih?

Adik Seri dengan Mummy bagi sokongan moral dari tepi je. Ni masa baca doa.

Dah abis tugas, boleh turun pentas. Merdeka!

Abang dengan kakak nyanyi nasyid pulak

Dah selesai kakak jadi flower girl, boleh lah minum susu!

Kakak pun makan cendol. Upah jadi flower girl yang behave.

Dan kitorang buat aktiviti nakal-nakal  kasi Mummy pening

Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat...
Pheh, entry jadi flower girl pun banyak gambar! Takpelah, Orked kan dah jarang upload. Jadi, kita letak je lah banyak-banyak gambar. Dalam gambar masa Orked jadi flower girl, semua muka Orked ketat, senyum control. Daddy kata Orked stressed, sebab kena duduk depan public kot? Mummy pulak kata, sebab bibir Orked ada lipstick, jadi keras tak leh nak senyum. Orked pun tak pasti mana satu sebabnya. Hehehhe...

Anyway, kalau ada sesiapa nak Orked jadi flower girl, boleh lah. Orked dah pandai dah ni. Dah training abis dah ni. Kalau minat nak kakak-kakak dan abang-abang main kompang atau nyanyi nasyid pun boleh juga. Sebenarnya kitorang ada pasukan silat juga. Tapi untuk majlis ni takde persembahan silat. Contact aje RPWP.

Oh ya, ini juga first time Adik Seri pakai tudung tak tanggal-tanggal sampai balik. Selalunya dia pakai tudung tak sampai lima minit dah cabut. Eh, sebenarnya tak sampai 5 saat pun dah cabut! Tapi kali ni boleh bertahan dari awal sampai akhir majlis. Bravo Adik Seri! Kakak bangga dengan Adik. :D

Ok, selamat pengantin baru kepada pengantin! Dan kepada semua pembaca, amacam, best tak Orked jadi flower girl?

xoxo
Kakak Orked dan Adik Seri
by Mummy