Wednesday, April 29, 2009

No camera Pleasee!


Orked sekarang dah pandai babai orang. Tiba-tiba je bila daddy nak pergi kerja haritu daddy lambai kat Orked dan Orked lambai daddy balik. Seronok jer rasa. Rasa macam taknak pergi kerja pulak tengok Orked dah mula pandai melambai-lambai. Mummy pun seronokkkk sangat. Gambar ni masa daddy dgn mummy makan tghari kat Thai Thai Sunway Pyramid.


Orked sekarang ni aktif memerhati. Pantang ada bunyi dia akan respon, pantang jalan sikit semua dia pandang. Tu lah, dah mula memerhati. Curiousity Orked sangat kuat. Semua yang dia jumpa nak dia rasa dulu. Semuanya aummmm....masuk mulut. Gambar ni daddy ambik masa mummy belikan Orked stoking sejuk untuk nanti masa kat Germany. Daddy masa ni bad mood pasal semua ATM Maybank kat Sunway Pyramid down termasuk lah pergi ke Maybank Sunway Pyramid pun dia cakap down.

Untuk nenek kat Bangkok, Orked rindu kat nenek dan tok ayah. Nanti balik sini Orked nak pergi lari-lari kat garden lagik. Nanti boleh buat family day lah kat rumah nenek. Orked dah tak sabar nak go for the first flight in life dah ni.

Ok semua, Orked nak makan dulu. Byee

ORKED

Monday, April 27, 2009

Swimming Orked

Hi kawan-kawan Orked dan mummies semua, hari ni Orked baru dapat peluang untuk swimming kat dalam swimming pool yang daddy belikan. Daddy cakap daddy nak buat water introduction dari umur Orked 3 bulan lagi. Tapi daddy sibuk sangat tak sempat nak layan Orked swimming. Hari ni Orked buat rekod tau, Orked tahan menyelam selama 3 saat. Daddy cakap Orked boleh hold breath selama 30 saat pun tak de masalah, tapi daddy tak yakin kot. Tapi Orked ok jer sebenarnya. Tak kena selesema pun. Tapi memang betul baby macam Orked yg kurang 1 tahun memang automatic tutup saluran pernafasan kalau berada dalam air.

Sabtu nanti Orked nak swimming lagi, tapi ingat nak ajak daddy pegi swimming kat pool besar lah. Orked nak menyelam macam anak mat saleh yang kena campak masuk swimming pool umur 3 bulan. Lepas tu Orked nak daddy ambik gambar Orked dalam air...best nyaaaa.

Hari tu, Orked dengan daddy dan mummy semua masuk kolam kecik Orked. Bila daddy masuk jer terus air nak melimpah heheheh. Nasib baik daddy dah kurus sikit skarang. Seronoookkkkk....


Masa main air memang seronok sampai Orked menggigil pastu baru Mummy angkat Orked dari air. Seronok tak boleh nak cakap lah. Selepas swimming dalam bathtub kat Penang Hydro Hotel dulu, ini lah kali ke-2 Orked menyelam dan main air. Tak terasa lama pun. Lepas mummy angkat, tukar nappy then pakai baju, mummy letak Orked dalam walker. Untuk exercise kaki dan coordination Orked. Sekarang Orked dah boleh jalan lajuuuuuu. Daddy bukakan channel cartoon, Orked tengok sekejap jer lepas tu...penatttt sangatt....dan Orked terus ......teruu ...sss.....


Zzzzz.....

Friday, April 24, 2009

Orked nak ke Photo Clinic


Sabtu depan, 2 Mei 2009, ada Photo Clinic kat Lake Garden. Orked nak ikut Daddy ke Photo Clinic. Kawan-kawan dan aunty-aunty jomlah ke Photo Clinic tu. Boleh belajar ambik gambar dengan Daddy Orked. Daddy Orked pandai ambik gambar.

Kat Photo Clinic tu Daddy akan guide mummies (kecuali mummy Orked pasal dia dah dapat training kat rumah) untuk ambik gambar anak-anak mereka. Konsepnya ialah mummies shoot, Daddy will correct and comment. Daddy akan bagi jugak lah tips sikit-sikit. Photo Clinic ni free untuk mummies yang jadi Premium Member kat ThePhotomama.Com, free untuk kawan-kawan mummy Orked (2 orang sahaja) dan RM45 untuk yg lain-lain. Bagus tau, bukan senang nak jumpa Daddy personally untuk ajar ambik gambar.

So, apa lagi, jomlah join Orked kat Photo Clinic tu nanti!
Orked
by Mummy
a

Tuesday, April 21, 2009

Orked geli bila...


Daddy gigit jantung Orked

Daddy gigit paru-paru Orked

Daddy gigit ginjal Orked

Daddy gigit perut Orked

Daddy gigit hempedu Orked

Daddy gigit usus Orked

Semua lah....

Geli, geli, geli.... Eiiiii.... Daddy, geli.....


Orked
by Mummy

Friday, April 17, 2009

Orked dah ada Education Plan - Ini bukan iklan insuran


Orked sekarang dah ada insuran dan education plan. Daddy cakap, ini adalah sebagai upah Orked kerana tolong daddy jadi model photomama. Daddy taknak nanti kalau apa-apa jadi pada Orked, daddy dgn mummy kena keluar masuk TV dan suratkhabar untuk kutip derma. Jadi dari sekarang daddy dah buat tabungan untuk Orked.

Daddy cakap nanti Orked besar, daddy taknak Orked mintak biasiswa ataupun pinjaman-pinjaman pelajaran macam daddy dulu. Daddy dulu orang susah tapi Orked tak susah macam masa daddy kecik dulu. Jadi kalau Orked nak jadi Doktor nanti, Orked boleh pilih universiti yang paling baik. Daddy dah belikan Orked insuran ni dari umur Orked 2 bulan lagi. Cuma baru hari semalam daddy bawak balik polisi tu kat rumah untuk tunjuk kat Orked. Orked ambik kad biru tu terus masuk dalam mulut...nyummmyyyy...thenkiu daddy!

THUMBS UP kepada family insurance counsultant orked. Diorang baik sangat, tiba-tiba rasa nak promote uncle Nizam dan Auntie Nafnaf kat orang yang baca ni pasal diorang bagus dalam perkhidmatan diorang. Insuran agent lain kadang2 dah close-deal jer lepas tu terus tak nampak dah batang hidung. Kalau mommies lain nak belikan education plan utk baby sendiri boleh lah call diorang 0172519196. Ni Orked tak dapat komisyen pun. Cuma kalau orang tu bagus kita patut cakap kat orang lain. Kalau orang tu tak bagus...kita kena cakap kat orang tu terus (jgn cakap kat orang lain).

Semalam daddy Orked masuk court, kes biasiswa daddy dulu. Bukan apa, daddy dulu miskin...atuk dgn nenek tak ada duit nak masukkan daddy kat Universiti, jadi daddy kena kerja dulu sebelum masuk universiti. Bila tawaran datang terus dapat dengan biasiswa sekali. Kemudian daddy buat Arts kat universiti tu, tapi penaja daddy bagi surat tawaran kerja sebagai "JURUTERA IT". Langsung takde kena mengena. Orked pun takut kalau pakai duit biasiswa hantar Orked buat medic lepas tu nanti kerja jadi "Jurutera" ataupun Pegawai Pemasaran. Daddy dah 6 tahun merayu supaya dilepaskan oleh penaja kerana penaja telahpun melanggar kontrak. Tapi tak selesai tu yang daddy rujukkan perkara tu ke mahkamah. Orked taknak jadi macam tu...nasib baik daddy Orked fikirkan masa depan Orked. Nanti Orked dah besar Orked nak masuk universiti mana-mana yang Orked layak.

Kesian daddy dan mummy kerja kuat untuk Orked. Daddy selalu tidur lambat. Pukul 2-3 pagi baru tidur lepas tu bangun awal. Tu lah Orked dah kurang nangis malam-malam dah, nanti daddy dgn mummy bangun kesian diorang. Cuma kalau Orked lapar jer orked nangis.

Oke lah semua, nanti kita sembang lagi ek. Byee

ORKED

Monday, April 13, 2009

Aktiviti Hari Sabtu

Jumaat malam Orked demam. Mummy bagi makan ubat sebelum tidur. Paginya Orked dah baik.




Tengaharinya Orked pergi Kelang untuk wedding Aunty Shaf dan Uncle Sham. Mereka berdua ni kawan kerja Mummy. Malangnya dalam perjalanan badan Orked demam balik. Kat wedding pun Orked masam je. Orked tak larat nak senyum-senyum macam biasa. Dalam kereta Mummy bagi ubat lagi supaya Orked cepat sembuh. Dalam perjalanan Orked tido je supaya cepat sembuh.




Bila Orked buka mata, tengok-tengok dah sampai kat rumah Nenek. Orked pun dah baik demam. Mula-mula sampai, hujan lebat. Jadi Orked main dengan Nenek dan Atuk kat dalam rumah je. Bila hujan berhenti, Nenek bawa Orked tengok garden dan wakaf Nenek yang baru. Cantik. Nanti besar sikit lagi boleh lari lari kat situ.




Tapi malamnya bila sampai rumah, Orked demam balik. Orked dah tak larat nak angkat kepala. Orked lentok je kat bahu Mummy. Kalau waktu sihat, Orked takde la nak lentok-lentok ni. Orked mesti nak pusing-pusing, gerak-gerak, lasak kalau Mummy peluk. Tapi time demam ni lah time untuk manja-manja.




Hari Ahad Orked up and down, demam dan sembuh dan demam dan sembuh dan demam lagi. Tapi, masa menulis ni, Orked dah tak demam lagi dah, dah sembuh. Alhamdulillah.



Orked
by Mummy

Wednesday, April 8, 2009

Orked ke France


Ok semua orang nak tahu ke Orked pegi mana lepas pegi wedding uncle Tarm? Hehehhehe....Orked pegi FRANCE lahhh. Tapi France yg kat cawangan Pahang jer pasal daddy cakap Orked dah pegi france dah dulu tapi masa tu Orked masih dalam tummy mummy lagi. Belum boleh feel lagi, tapi Orked ada bukti pasal dalam gambar mummy dan daddy kat Paris semua perut mummy buncit pasal bawak Orked.


Ini lah France yang orked pegi. Orked pegi Colmar Tropicale. Daddy cakap kat France ada tempat nama Colmar, macam ni lah cantik cuma kat sini panas, kat sana sejukkkkk. Orked pun tak tau sejuk macammana, tapi nanti daddy cakap bulan depan nak bawak Orked pegi Germany pulak...beshhhh nyaaa!


Tapi sebelum tu, daddy bagi Orked satu syarat. Syaratnya Orked mesti kena pandai berdiri sekurang-kurangnya. Kalau tak nanti daddy asyik ambik gambar Orked meniarap dan berbaring jer. Boring daddy cakap. Walker pun daddy cakap takleh bawak pasal besar sangat.


Orked practice lagi sampaiiiii lah Orked berjaya. Takpe daddy, Orked akan buktikan Orked boleh berdiri sendiri sebelum pergi Germany nanti. Jangan tinggal orked pleasee daddy pleaseeee...



Selain tu, Orked juga kena kuat tulangnya, jadi daddy suruh mummy buat test kepada tulang-tulang Orked. Betul kata paed Orked punya tulan dah kuar kerana Orked minum susu yang palingggggg baik. Daddy cakap, nanti nak pegi Germany daddy akan bawak "kantin" Orked sama supaya Orked mendapat makanan yang cukup heheheh.

ORKED
(Tukang taip : Daddy)

Monday, April 6, 2009

Baju Kurung dan Wedding Uncle Tarm

Jumaat lepas Atuk, Nenek, Cik Aina dan Pak Amin datang. Teka apa Nenek bawa untuk Orked? Baju kurunggggg....! Yeay! Baju ni Nenek yang jahitkan. Guna kain yg Daddy belikan masa kat Triang hari tu. Cantik tak? Tengok Orked catwalk.


Esoknya Orked pergi kenduri kahwin Uncle Tarm. Uncle Tarm kerja di ofis Daddy. Orked pakai baju kurung baru. Selain dari Uncle Tarm, Orked jumpa juga Aunty Jid. Aunty Jid kata dia selalu baca blog Orked. Hai Aunty Jid! Tapi Orked tak ambik pulak gambar dengan Aunty Jid. Rugi, rugi... Takpe lah, rasanya lain kali mesti akan jumpa lagi kan? Ini gambar Orked kacau pengantin. Sibuk je Orked nak suruh Uncle Tarm dukung Orked. Lepas tu suruh Mummy ambikkan gambar. Orked nak letak gambar kat blog, sebab tu lah Orked buat macam tu. Selamat pengantin baru ye Uncle Tarm.


Lepas balik dari rumah pengantin, Orked jalan-jalan dgn Daddy dan Mummy. Ke mana? Tunggguuuuu..... :D

Love,

Orked
by Mummy

Wednesday, April 1, 2009

Terkenang



Orked teringat pengalaman naik brooommm brooommmm masa kat kampung. Kalau sebelum ni Orked cerita Orked naik broommmm broooommmm dengan Atuk, ni Orked nak buat tambahan. Sebenarnya sebab Orked suka sangat, petangnya Orked minta Daddy pulak bawak brooommm broooommmm keliling rumah. Selalu bila balik kampung Daddy mesti bawak Mummy naik broommm brooommm keliling kampung. Mummy suka naik motor. Kat KL takde motor, kat kampung je ada. Tapi Mummy suka naik motor pusing-pusing petang-petang je la. Takde la suka sampai nak jual kereta beli motor. Heheh.... Anyway, masa Daddy bawak motor tu, Orked dah perhatikan camne nak bawak motor ni. Kacang je rupanya. Bila Daddy turun, Orked senyap-senyap naik motor sorang-sorang. Brroooommm.... Brooommmmm.....




Orked
by Mummy