Friday, October 21, 2011

Talk @ Camera Conscience Award Exhibition

Masa ni Orked dan Adik pergi tengok Daddy bagi talk tentang fotografi di Camera Conscience Award Exhibition anjuran BASF Petronas di Fahrenheit 88. Adik tak berapa sihat masa tu sebab dah hampir seminggu cirit birit dan tak lalu nak makan. Tapi kitorang pergi jugak sebab nak bagi sokongan padu kepada Daddy.


Orked pun jadi salah seorang pendengar talk Daddy.

Itu dia Daddy. Ni kat atas pentas. Tapi yang sebenarnya Daddy turun naik pentas masa bagi talk hari tu.


Talk Daddy dua jam. Dekat dengan concourse tempat Daddy bagi talk tu, ada gerai jual aiskrim. bila Daddy dah start bercakap, kitorang pulak start pilih-pilih aiskrim nak makan yang mana satu. Hihihi.... Bukan tak nak dengar Daddy bercakap, tapi aiskrim tu macam memanggil-manggil kitorang suruh beli dan makan. Nak buat macam mana? Lagipun Adik suka aiskrim. Benda lain dia tak nak makan. Aiskrim nak pulak dia makan...

Macam orang sihat je kan lepas makan aiskrim? Tapi dia sakit tu. Kalau dia sihat, dia takkan nak duduk kat atas stroller.


Orked makan aiskrim tak comot kan? Yelah, comot sikit je. Orked dah besar, dah makin pandai makan sendiri.

Itu je lah ceritanya. Hari seterusnya Daddy ada dua talk lagi, tapi kami tak pergi dah. Kebetulan weekend tu berderet Daddy ada bagi talk.

xoxo
Orked dan Seri
by Mummy

Wednesday, October 12, 2011

Seri

Hari ni cerita tentang Adik Seri lagi. Adik Seri sekarang dah pandai posing depan kamera. Dah boleh ikut arahan kalau Mummy suruh posing untuk ambik gambar. Orked dah tak suka posing, Adik Seri makin pandai posing. Jadi, Mummy pun ambillah gambar Adik Seri je. Gambar Orked semuanya gegar sebab Orked tak nak duduk diam!

Adik Seri sekarang ni tengah belajar daripada meniru perbuatan orang lain. Benda yang Mummy, Daddy dan Kak Orked buat, dia pun nak tiru jugak. Salah satu yang dia tiru ialah dia nak pakai tudung jugak. Kak Orked selalu tinggal tudung merata-rata kat rumah (notty kan Orked?). Nanti Adik akan kutip dan pergi kat Mummy, lepas tu tunjuk tudung tu kat kepala dia sebab nak suruh Mummy pakaikan. Mula-mula dulu dia tahan beberapa saat je. Lepas tu beberapa minit. Sekarang ni kalau kena mood dia, beberapa jam pun dia boleh tahan tak cabut.

Calon ustazah pilihan

Ni masa hari Sabtu hari tu, cam biasa dia kutip tudung Kak Orked yang bersepah. Kalau tengok gambar kat atas tu, nampak macam ustazah pilihan, kan? Cuba kalau tengok gambar penuh...

Sekali dia pakai seluar pendek daaaa! Tak matching kaler pulak tuh! Ehehehhee...

Posing kat tangga main cak-cak pun dia pandai...

Lepas dia puas main tudung Kak Orked, malamnya pulak dia jumpa apron Kak Orked (letak merata-rata jugak). Rupanya Adik tau benda tu ialah apron. Dia bagi kat Mummy, pastu tunjuk-tunjuk kat badan dia suruh pakaikan (adik ni bila lah nak pandai cakap?). Mummy pun pakaikan lah....

I am number one, calon Masterchef Kids Malaysia... Hehehhe....

Adik nih macam ada split identity je. Kejap nak jadi Ustazah Pilihan, kejap nak jadi Masterchef Kid. Ehehehhe... Kat bawah ni macam dia nak jadi apa pulak ye? Macam baduuuuttt jer? Hehehhehe....

Abis tong sampah dah jadi topi panjang dia...

Gurau-gurau je ye Adik. Jangan marah Kak Orked tau. Kak Orked sayang Adik baaanyaakkk sangatttt!

Tata!

xoxo
Orked & Seri
by Mummy

Monday, October 3, 2011

Sembang



Video kat atas tu rakaman perbualan antara Orked dan Mummy (kadang-kadang disampuk oleh Seri) ketika dalam perjalanan balik ke rumah di dalam kereta. Antara isu yang diperbincangkan ialah kisah Abang Azizul yang berlumba basikal dan eksiden, Orked mewarna masa program anak-anak kat Prihatin, makanan, kerja, sayang Mummy dan Daddy.

xoxo

Orked
by Mummy

Tuesday, September 27, 2011

Projek cupcake

Semasa cuti hari raya hari tu, Orked dan Daddy ada satu projek special - projek cupcake. Kitorang nak buat cupcake yang sedap, pastu nak bagi Mummy makan. Pelan asalnya, nak bagi Nenek dan Atuk rasa juga, tapi tak jadi...

Beli barang kat Giant masa bulan puasa lagi, sebab ingat nak buat untuk Hari Raya. Tapi masa tak mengizinkan, busy sikit.

Sebenarnya nilah kali pertama Orked buat cupcake. Mari kita lihat apa yang jadi...


Daddy kata buat cupcake ni senang je, campurkan susu, tepung, marjerin, gula dan telur. Resepi ikut dari internet.

Lepas campurkan semua tu, kita kena kacau-kacau dia...

Sambil-sambil tu, bagi orang yang tak sabar macam Orked ni, bolehlah rasa sikit-sikit. Ummm.... Sedappp....

Bila bahan dah sebati, kita masukkan dalam paper cupnya...

Dah, siap sedia untuk dibakar di dalam oven.

Masa cupcake tu sedang dibakar dalam oven, Orked dah tak sabar sangat nak makan cupcakenya. Sikit-sikit tanya Daddy, "dah siap ke belum, dah siap ke belum?"

Dan akhirnya Daddy kata, "dah siappp!"

Mari kita lihat cupcake hasil kerjatangan Daddy dan Orked.










Tadaaaaa!!!!!!


















Camni lah pulak rupa hasilnya. Keh keh keh keh keh...

Tapi walaupun begitu rupanya, habis jugak 2-3 cupcake dimakan oleh Orked dan Adik Seri. Mummy dan Daddy tak sanggup nak makan. Dan sebab itu jugalah tak jadi nak bagi kat Atuk dan Nenek. Ehehhehehe....

Sebenarnya kan, bukan saja Orked yang first time buat cupcake, Daddy pun first time jugak buat cupcake ni. Ahahahhaha... Sebab tu ler jadi camni. Mummy berpegang kepada 'tunggu dan lihat' je sebab Mummy pun tak pandai jugak. So, tak leh la nak komen banyak.

Ehehhehehhehe...

xoxo

Orked dan Seri
by Mummy

Monday, September 26, 2011

Orked dan Seri latest update

Hello hello semua... Lama sangat sangat sangat dah tak diupdate blog ni. Patutnya ada cerita main bunga api, cerita raya, cerita buat kuih raya, cerita hias rumah, cerita buat kek dan macam-macam cerita lagi yang perlu dituliskan. Tapi, nampaknya hutang dulu lah... Terus je lompat cerita aktiviti di rumah pada hujung minggu yang lepas.

Ni cerita hari Sabtu. Duduk kat rumah je dengan Mummy sebab Daddy outstation kat KK. Hari ni Orked dan Seri pakai baju baru, baju kaftan yang beli kat Kota Bharu masa balik kampung hari raya yang lalu. Dua-dua baju hijau. Mummy belikan Adik Seri baju hijau. Bila ditanya kat Orked nak baju warna apa, dia pun nak hijau juga. Sama lah warna jadinya.... Orked punya baju kaftan, Adik punya dah jadi macam baju nak sapu lantai. Hehehhe... Takpelah, boleh tahan lama sikit, kan? Ni kitorang tengah breakfast ni, roti dengan cheese.


Cantik tak?

Adik Seri ni, dia suka baca buku. Kalau dia baca khusyuk je. Buku Kak Orked lah tu yang dia selalu baca. Buku Orked masa Orked kecik dulu ada, buku Orked yang sekarang pun ada. Kalau buku gambar-gambar, dia akan tunjuk gambar tu kat Mummy, pastu buat bunyi suruh Mummy ajar dia gambar tu. Kak Orked je tak berapa rajin nak baca buku. Tapi Orked rajin buat colouring dan sambungkan dot dot dot (untuk belajar menulis tu).

Khusyuk

Hai, cak!

Orked dan Adik Seri juga suka main sama-sama. Selalu kitorang main sama-sama, pastu gelak-gelak. Tapi gaduh-gaduh, dan berebut barang pun selalu lah jugak. Ehehhehe... Selalu main nyorok-nyorok, kejar-kejar, panjat-panjat, baa cak, dan macam-macam lagi lah. Gaduh pulak selalunya sebab berebut barang. Orked dan Seri ni perangai sama. Pantang tengok orang lain pegang barang tu, barang tuuu lah jugak yang nak. Kalau Orked tengok Seri pegang apa-apa, Orked nak. Kalau Seri tengok Kak Orked pegang apa-apa, pun itu jugak dia nak. Pening kepala Mummy. Tapi selalunya Mummy suruh Kak Orked lah yang mengalah, sebab Orked kan kakak...

Ni masa kitorang main tolak-tolak dan goyang-goyang carseat Adik. Carseat ni dikeluarkan sebab Daddy bawak kereta Mummy pergi airport.

Adik goyangkan kakak. Penuh bila kakak duduk dalam carseat tu. Patutnya Adik duduk dan Orked yang tolak.

Last-last dua-dua pun sumbat masuk sekali.

Muat pun!

Adik ni sebenarnya sangat notty. Dia suka kacau dan sakat orang. Dia juga suka ajak orang main dengan dia. Bila kita main dengan dia, dia akan jadi sangat happy. Tapi Adik kalau gelak tak sekuat Orked gelak. Adik gelak cover-cover. Kakak gelak over-over. Hehehheh.... Tengok tu muka cheeky dia. Masa ni tengah main nyorok dan baa chak!.

Baaa chak!

Adik Seri juga suka main remote; segala jenis remote baik aircond, tv, astro dll. Biasanya remote ni dijadikan telefon. Telefon yang betul pun dia suka main jugak.

Tengok tu muka nakal dia...

Hello, hello, hello...! Siapa sana?

Bila dia penat, dia akan cari susu. Alhamdulillah, budak kurus dan kecik ni dah makin banyak minum susu. Sekarang ni berat dia 8kg pun belum cecah. Harapnya berat badannya akan terus bertambah lagi. Makan pun dah selera, dah makan banyak. Besar lah sikit Adik, kecik sangat badan!

Kita minum dulu!

Dan bila penat, dia akan tidur.... Zzzz....

Tido lena

Orked pulak, sekarang ni ada game baru kat handphone Mummy. Dah seminggu lebih kot Orked start main nih. Sebelum ni Orked selalu main game "Shape Puzzle", dan tengok flashcards je. Sekarang ni Orked dah main Memory game. Game ni dapat asah daya ingatan dan daya berfikir Orked. Tapi buat masa ni baru pandai level 1 yang kotaknya 4x4 je. Emm... Ada cadangan lain tak, game-game yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak yang sebaya Orked ni?

Inilah gamenya. Kita kena buka kotak tu untuk cari gambar yang sepadan.

Kalau dapat buat dengan baik dan tak banyak silap, Orked akan dapat hadiah "orang pakai cermin mata ni", yang maksudnya very good.

Kalau dapat ni, Orked akan jadi sangat happy! Tapi biasa jugak Orked dapat gambar "orang menangis" sebab asyik salaaah jer... Hehehhhe....

Leka main sampai terbaring-baring.

Dan Adik pulak biasa ler, suka tiru orang. Orked baring, dia pun sibuk nak sumbat baring kat kerusi tu jugak. Nakal kan Adik nih?

Selain daripada tu, perkembangan terkini Orked ialah hobi Orked sekarang ialah menyanyi. Asal ada masa lapang je (tak bercakap) mesti Orked akan nyanyi. Macam-macam lagu lah Orked nyanyi. Ada yang betul, ada yang hantam je. Orked juga dah pandai bercerita. Kalau Orked cerita apa yang berlaku kepada Orked hari ni kat Mummy, mesti Orked akan cerita siap dengan sound effectnya sekali. Mummy ketawa je bila Orked cerita sebab kelakar, siap ada sound effect lagi. Hehehhe... Orked kalau bercakap memang tak boleh berhenti. Sentiasa ada idea nak cakap apa. Kalau takde idea, ulang je benda yang sama. Mummy selalu penat dengar Orked bercakap sampai Mummy kena suruh Orked diam lima minit supaya hidup Mummy aman sekejap dan telinga boleh rehat. Tapi of course la, tak sampai lima minit Orked dah sambung cakap balik...

Adik Seri pulak, separation anxiety dia dah kurang. Mummy happy sangat. Kalau nak pergi toilet, Mummy suruh Orked tengok-tengokkan Adik takut dia buat benda bahaya. Mummy juga akan cakap kat Adik yang Mummy nak pergi toilet sekejap, jangan nangis. Nanti Adik Seri akan angguk-anggukkan kepala dia. Hari ni pulak, masa Mummy nak tinggalkan Seri sebelum pergi work pun, Seri dah tak nangis. Selalunya kalau dia tak tidur, nak bagi dia tak nangis, ibu-ibu kena distract attention dia; riba dia ke, bagi dia makan ke, bagi dia main ke, supaya dia tak nangis bila Mummy pergi work. Tapi hari ni Seri angguk-angguk kepala bila Mummy kata Mummy nak pergi work, tak boleh menangis. Lepas tu dia lambai tangan dan main sendiri.

Mungkin sebab Seri dah faham apa yang orang cakapkan kat dia. Bila disuruh ambil sesuatu, kemas barang, letakkan botol susu atas meja, suruh duduk, baring dll lagi pun dia dah faham. Tapi dengan syarat bila dia good mood la. Bila angin datang, apa pun tak dengar jugak lagi. Hehhehe....

Oklah, tu je dulu. Jaga diri semua.

with love,
Orked & Seri
by Mummy

Thursday, September 8, 2011

Birthday Orked yang ke-3 Tahun

Masa birthday Orked yang ke-tiga tahun hari tu, Mummy dan Daddy ada buat birthday party untuk Orked. Masa tu bulan puasa. Jadi, birthday Orked tu sekali dengan majlis berbuka puasa jugalah. Buat kecil-kecilan je. Tetamu yang datang pun cuma saudara-mara terdekat je.

Ini birthday cake Orked. Kek coklat. Mummy pilih kek ni sebab Orked memang suka kek coklat. Kalau bawak Orked ke kedai kek dan diminta pilih kek mana yang Orked nak, memang Orked akan tunjuk kek yang paling coklat sekali.


Mula-mula buka puasa dulu. Rumah Orked tak cukup meja dan kerusi, kena makan bersila atas lantai je. Kali ni Mummy masak ikan talapia kukus cili padi Bukit Mertajam mari (Mummy kukus ikan je, kuahnya disponsor dari Bukit Mertajam), ayam sambal cili hijau, sayur dan telur dadar je. Itupun dah bersilat habis dah Mummy dengan Nenek kat dapur. Nampaknya Mummy perlu training yang lebih lagi. Hehehhe....


Dah habis makan dan dah solat maghrib, barulah acara birthday Orked pulak.


Daddy ada beli confetti yang boleh meletup tu. Bila diletupkan, huiiiiiiii, semua confetti berterbangan...


Inilah dia birthday girl bersama Mummy kesayangannya. Hari tu Orked notti sikit, tak nak tiup lilin. Orked bukan apa, nervous sebab tengok ramai sangat orang pandang kat Orked. Terus "stage fear" dan tak boleh nak tiup lilin.


Lepas tu potong kek bagi kat semua yang datang...


Tengoklah tu, confetti berterabur satu rumah. Confetti ni kena kutip by hand sebab ada kertas kilat-kilat tu yang melekat kat lantai, tak lut vaccum dan penyapu.


Terima kasih kat semua yang sudi hadir hari tu. Orked appreciate sangat-sangat.


Lepas semua orang balik, acara membuka hadiah pulak. Mummy pesan, kalau nak buka hadiah kena tunggu orang balik dulu. Tak sopan kalau bukak hadiah depan tetamu. Adik cam biasa, jadi pembantu.


Tahun ni Orked dapat hadiah tudung, barbie doll, dan paling banyak sekali, teddy bear. Semakin banyak koleksi teddy bear Orked kat rumah. Ini baru sebahagian, dah nak tenggelam dah Orked.


Itu sajalah cerita majlis harijadi Orked. Terima kasih Mummy dan Daddy sebab buat majlis harijadi Orked dan terima kasih Mummy dan Daddy sebab didik Orked jadi seperti Orked sekarang. Orked akan cuba untuk jadi lebih baik dan kurangkan notty. :)

From Mummy: Mummy bersyukur sangat Orked dah jadi seorang anak perempuan yang berumur tiga tahun yang baik, bijak, penyayang, caring, sihat, rajin dan petah bercakap. Semoga Orked terus membesar dan menjadi seorang anak yang solehah, dan dapat membimbing adik supaya jadi lebih baik daripada Orked.

luv,
Orked
by Mummy

Friday, August 19, 2011

Alif Ba Ta



Sekarang Orked dah hafal lagu Alif Ba Ta. Masa umur Orked dua tahun dulu, Orked dah hafal doa makan. Tapi lepas tu, Mummy dah tak ajar Orked apa-apa dah yang dalam Bahasa Arab. Mummy asyik ajar Orked nyanyi lagu Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris jer. Isk, Mummy ni cuai ler... Lepas ni Mummy kena consistent tau ajar Orked macam-macam?

xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, August 18, 2011

Pantai di Port Dickson

Masa kat PD, petang hari terakhir Daddy bawak kami semua ke tepi pantai. Kalau tengok sejarah Orked sebelum ni, Orked fail kat tepi pantai sebab Orked takut pasir. Jadi, kali ni berdebar-debar lah jugak Orked masa nak pergi ke pantai tu.

Tapi sebelum pergi main pasir dan air laut, kitorang pergi ambik gambar kat jambatan kat tepi tu. Saje jer.....


Lepas abis posing-posing kat atas jambatan tu, barulah kitorang pergi ke pantai. On the way tu ada jugak singgah kat playground dekat situ, tapi tak ambik gambar sebab kitorang main sekejap je. Playground tu tak best, tak bersih dan banyak dah rosak mainannya.

Bila kat pantai, ada magic yang berlaku. Surprise, Orked dah tak takut pasir, yeay! Adik pun sama, boleh jalan atas pasir dengan relaksnya. Jadi, tak ada adegan paksa-memaksa yang berlaku pada hari itu. Hehhehehe.... Yeahoooo! Kami dah jadi budak normal!

Masa ni, Adik jalan kaki dengan Mummy dan Orked jalan kaki dengan Daddy. Ni nampak Orked dan Daddy keciiikk je sebab kitorang dah tinggalkan Mummy dengan Adik jauhhhh kat belakang. Adik jalan lambat sangat, tu yang kena tinggal. Itu pun nasib baik Mummy sanggup tunggu Adik jalan. Kalau tak dia kena tinggal sorang-sorang dah kat belakang.


Finally, sampai pun Adik ke gigi air. Adik, jom main air!



Berani kan Adik, jalan atas pasir. Tak macam Kak Orked dulu *shy*


Kaki kami semua...


Angin ni tiup rambut Orked masuk mata jer...





Adik dah penat dah. Dia dah tak nak jalan, nak suruh Mummy dukung pulak....


Best ooo main air!


Eiiii... Budak manja niii!


Dah tak penat dah lepas rehat, boleh main air...




Dah puas main air dan dah nak senja. Boleh balik dah...


Our family by Daddy...



Akhirnya habis jugak cerita Orked kat PD. Macam lama je pergi sampai ada tiga entry. Hehhehe....

Love u all....

xoxo
Orked
by Mummy