Friday, October 21, 2011

Talk @ Camera Conscience Award Exhibition

Masa ni Orked dan Adik pergi tengok Daddy bagi talk tentang fotografi di Camera Conscience Award Exhibition anjuran BASF Petronas di Fahrenheit 88. Adik tak berapa sihat masa tu sebab dah hampir seminggu cirit birit dan tak lalu nak makan. Tapi kitorang pergi jugak sebab nak bagi sokongan padu kepada Daddy.


Orked pun jadi salah seorang pendengar talk Daddy.

Itu dia Daddy. Ni kat atas pentas. Tapi yang sebenarnya Daddy turun naik pentas masa bagi talk hari tu.


Talk Daddy dua jam. Dekat dengan concourse tempat Daddy bagi talk tu, ada gerai jual aiskrim. bila Daddy dah start bercakap, kitorang pulak start pilih-pilih aiskrim nak makan yang mana satu. Hihihi.... Bukan tak nak dengar Daddy bercakap, tapi aiskrim tu macam memanggil-manggil kitorang suruh beli dan makan. Nak buat macam mana? Lagipun Adik suka aiskrim. Benda lain dia tak nak makan. Aiskrim nak pulak dia makan...

Macam orang sihat je kan lepas makan aiskrim? Tapi dia sakit tu. Kalau dia sihat, dia takkan nak duduk kat atas stroller.


Orked makan aiskrim tak comot kan? Yelah, comot sikit je. Orked dah besar, dah makin pandai makan sendiri.

Itu je lah ceritanya. Hari seterusnya Daddy ada dua talk lagi, tapi kami tak pergi dah. Kebetulan weekend tu berderet Daddy ada bagi talk.

xoxo
Orked dan Seri
by Mummy

11 comments:

Daddy said...

Thank u mummy, seri dan orked krn dtg beri sokongan pafu pada daddy...patutlah daddy semangat jer bercakap :)

Aunty Bard said...

Orked makin besar makin lawa. cantik rambut tu :-). Adik get well soon ye. makan banyak2 ok n minum susu.

AsHiDa said...

jalan2 tgk ur blog...comel orked..orked umur berapa dah? get well soon,orked!

Orked said...

Tq. Orked sekarang 3 tahun 2 bulan

Deq's Qienz said...

cumeii bb :))

Deq's Qienz said...

cumeiii bb :))

NenekOrked&Seri said...

'Talk' Daddy hari itu mesti seronok sebab nenek tengok Otet dengan Adik Teyi happy sangat . . . tersenyum, tersengeh comel sangat.

mariaariffbaby.com said...

comel la both kids..seiras la..

Alin Marlini said...

sokongan isteri adalah semangat buat sang suami :)

haku-ko said...

Comel orked senyum tu...suka tgk gambar 1st tu..

Diana said...

ala... knp dah lama xder blog update... =(