Wednesday, March 31, 2010

Orked Miiiisssss Sangat Kat Daddyyyy.....

Hai Daddy, dah sampai India ye? Ada internet tak kat sana? Orked nak update blog selalu ni, supaya Daddy kurang sikit rindu kat Orked bila tengok muka Orked yg latest selalu. Tapi kalau Daddy takde internet.... Hhhhuuuuu.... Tak best lahhh......

3 minggu lepas Daddy bawak Orked shopping kat Sunway Pyramid. Masuk kedai baju sejuk. Orked pun tolonglah Daddy tengok-tengokkan mana yg cantik.

Sarung tangan yg ni sesuai untuk Daddy...
Tapi rasanya yg kat depan tu lagi cantik lah, yellow....

Alamak, salah. Ni tempat baju sejuk girl... Daddy boy...

Daddy kena beli long john ni jugak, sejuk nanti...

Masa tu Daddy cakap Daddy nak ke Moscow, Russia. Daddy kata kat sana seeejjjukkkk sangat. Masa tu suhu masih lagi negatif. Nak tau sejuknya camne, kena cuba masuk dalam peti beku lama-lama. Ha, macam tu lah sejuknya. Sebab tu kena beli baju tebal-tebal. Selain Moscow, Daddy nak pergi India juga. Lama Daddy nak pergi kerja kali ni.

Dan semalam...

Hari yg dikatakan tiba juga. Orked hantar Daddy dan Uncle Ahim ke airport, Daddy dah nak pergi India dan Moscos. Lama, 10 hari. Sebelum ni paling lama Daddy pergi Jepun seminggu. Ni Seminggu setengah pulak. Lagi lama dari dulu. Uhhhuuuu.....

Orked tolong Daddy bawak barang

Cheeky Monkey yg seronok jalan kat airport

Tapi sedih bila tau Daddy dah nak kena pergi.... :(

Inilah satu-satunya Daddy kesayangan Orked

Bye Daddy, take care Daddy....

Orked sedih sangat Daddy pergi. Sebab lama. Wah, baru sehari. Ada lagi 9 hari nak tunggu Daddy balik. Walaupun Orked seronok duduk rumah Nenek, tapi Orked nak Daddy pun ada juga. Takde Daddy hidup Orked hilang 1/3, tak lengkap tanpa Daddy.

Daddy kat sana take care ye? Kat sana Orked takde nak jaga Daddy, jadi Daddy kena jaga diri sendiri.
Ok Daddy. Orked and Mummy love u very very much....

Take care

Muah muah....
Orked
by Mummy

Sunday, March 28, 2010

Mandi manda

Minggu lepas, lepas je keluar dari hospital, dan tido sekejap kat rumah, Daddy bawa Orked dan Mummy ke Ipoh. Daddy ada shooting orang kawin kat sana. Orked dan Mummy duduk kat hotel je, tak keluar ke mana pun, sebab kami sampai pun dah malam, esok paginya Daddy shooting, dan petang sikit dah balik. Lagipun, kat Ipoh takde apa sangat nak tengok, kan?

Masa kat hotel, Orked mandi kolam untuk mengisi masa lapang. Lagipun masa kat hospital Orked mandi sikit-sikit je. Jadi, Orked kenalah buang daki-daki kat badan Orked tu dgn mandi bersih-bersih. Tapi Orked tak mandi kolam yg besar tu, sebab takde Daddy nak jaga Orked. Mummy tak boleh mandi kolam, sebab nanti seksi. Hehehhe... Jadi, Orked mandi kat kolam bath tub je la. Bagi Orked kolam dah lah tu sebab dah besar dah tu. Cuma tak leh swim je. Alar, Orked bukan pandai swim pun.......

Mummy ni, apa saja Orked buat, nak ambik gambar. Orked mandi bath tub pun Mummy ambik gambar. Ada ke patut.... Malu ler Orked. Mummy kata nak upload kat blog Orked. Isshhh... Tapi Orked dah pilih dah, gambar yg tak seksi je boleh letak. Erm, ni lah gambar yg Orked rasa paling tak seksi. Tu pun kena crop sikit dulu. Hhehehhehe.... Mummy, bila Orked lagi besar nanti gambar macam ni pun tak boleh letak kat blog tau!

Seronok mandi bath tub ni. Kat rumah takde sebab bilik air kecik je. Lain kali kalau Daddy bawak Orked pergi tempat ada bathtub lagi, Orked nak mandi lagi lah.... Bestt....

Ok, tata

Muah muah.....

xoxo

Orked

by Mummy

Thursday, March 25, 2010

Tak sabar nak dapat adik

Semalam daddy Orked pergi shoot newborn kat Bangi, Orked tak dapat ikut pasal mummy cakap Orked kena pergi ke sekolah (sekolah main & tidur). Balik tu Orked tengok kat rumah Orked ada organ baru. Mummy dan Orked main Organ tu, daddy lagi pandai boleh main lagu-lagu kat Organ tu sambil makan sandwich. Dengan syarat, lagu tu mesti lagu yang dah ada dalam organ tu. Organ tu daddy dapat dari Auntie Lati (mummy Rania - baby dalam gambar ni). Auntie Lati bagi test dulu, kalau best baru lah beli dari Auntie Lati. Pasal auntie Lati dah tak pakai lagi pasal auntie Lati dengar-dengar dah nak upgrade jadi Piano :D









Lagi satu, Orked tengok daddy edit gambar newborn tu. Cantik lah, Orked teringin nak ada adik cepat-cepat nanti nak mintak daddy ambik gambar cantik-cantik lagi macam tu. Best lah, masa Orked haritu daddy ada buat juga.

Auntie-auntie semua yang suka nak mintak daddy Orked ambil gambar newborn, daddy cakap dia boleh ambik gambar newborn cuma 2 baby sahaja sebulan. Tak boleh lebih dari tu pasal daddy kena shoot benda-benda lain pulak. Shooting tu pun kena buat hari biasa dan bukan hari hujung minggu ataupun cuti umum (ngada2 lah daddy ni). Untuk fees tu, daddy cakap dari RM4500. Nanti kalau minat bagitau jer lah daddy Orked ye.

Orked suka sangat gambar Adik Rania ni...cepat lah mummy, Orked nak adik....

ORKED

Sunday, March 21, 2010

Orked Sakittt....

Assalamualaikum....

Lama kan Orked tak update blog, dah seminggu lebih. Selalunya setiap minggu sekurang-kurangnya sekali Orked akan upload. Orked sakit sebenarnya.... Dekat seminggu Orked demam...

Ahad malam lepas Orked balik kampung. Dalam kereta Orked muntah. Pastu malamnya kat rumah Atuk Orked demam panas, dan muntah lagi. Paginya Daddy dan Mummy bawak gi klinik, dan lepas tu petangnya balik KL. Dalam kereta suhu Orked tak tinggi sangat, cuma Orked monyok je. Makan roti pun sikit je. Malam tu Orked punya suhu naik lagi. Bila Daddy tengok guna termometer, rupanya suhu Orked sampai 39.4 degree C. Dah tuam dan dah bagi ubat demam pun tak kurang juga. Pastu Orked pergi klinik sekali lagi. Kat klinik pun 39.7 suhu Orked. Dr masukkan ubat kat bontot. Pastu barulah kurang sikit. Dr kata Orked demam sebab ada kuman kat tekak. Tekak Orked sakit juga. 2-3 hari akan turun naik suhu Orked, tapi tak yah risau, cuma kena make sure suhu tak naik tinggi sangat. Sampai hari Khamis jugak le Orked demam baik, demam baik. Tapi sepanjang masa memang moyok dan takde energy. Orked masa tu lebih suka melepek kat Mummy. Nak Mummy dukung, nak Mummy peluk, nak tido atas Mummy atau bawah ketiak Mummy je. Kalau Mummy takde baru Orked nak orang lain, tak pun dalam buai... Mummy pergi work pun kejap je masa tu. Ada hari yg Mummy ambik cuti terus, ada hari yg Mummy balik awal.

Hari Khamis petang, Orked macam dah sihat sikit, tak panas badan. Tapi tengah malamnya suhu Orked naik balik. Dah makan ubat dan tuam dgn air pun tak turun juga. Itu hari yg keempat Orked demam. Kalau ikut kata Dr, patutnya 2-3 hari dah baik. Dadddy dan Mummy dah risau. Kol 2 pagi hari Jumaat masa tu. Cepat-cepat diorang bawak Orked pergi hospital, ke emergency, sebab nak cek darah Orked sekali. Manalah tau, kena denggi ke, sebab tu demam Orked tak baik-baik. Bila sampai hospital, Dr kata nak wardedkan Orked. Kalau nak tunggu result darah pun kena tunggu beberapa jam. Orked pun dah beberapa hari tak nak makan dan minum. Jadi eloklah kalau Dr masukkan air dalam badan Orked.


Ni masa kat emergency room. Dr dan nurse ambik darah dan masukkan air dalam darah Orked. Lepas tu tangan Orked kena ikat dgn kayu, dua-dua belah. Sebelah sebab ada jarum, sebelah lagi sebab tak nak bagi Orked cabut jarum di tangan sebelahnya. Bijak jugak Dr ni eh? Mana dia tau ye?


Inilah dia rupa wad Orked. Masa Orked mula-mula masuk, sebelah katil Orked ada sorang Chinese boy. Mak dia kata dia pun demam jugak, dah seminggu demam, dan dah 2 hari kat hospital.


Ini hari Jumaat siang. Masa malam cuma Mummy je boleh tido temankan Orked. Tapi bila siang Daddy pun datang sepanjang hari temankan Orked. Kesian Daddy penat, sampai tertido atas kerusi temankan Orked. Dah lah semalamnya tak tido sebab bawak Orked masuk wad pagi-pagi buta. Sebenarnyakan, bila masuk wad, bukan Orked sorang je yg masuk, tapi 4 orang! Orked, Mummy, Daddy, dan adik jugak.... Ciannnn semua....


Masa kat sana Orked banyak rest je. Orked tidoooo je... Pastu bangus sekejap-sekejap. Bangun pun nak kena Mummy dukung atau pangku sebab Orked tak laratttt.....


Masa kat hospital banyak kali butang merah kat alat IV Orked berbunyi, sebab Orked tido berpusing-pusing, air tersangkut. Yg ni pulak, Orked tertarik tercabut. Nurse kena pasangkan balik.


Daddy kata masa nurse rawat kena beri kerjasama. Jadi, Orked pun beri kerjasama dgn tak nangis dan ikut je arahan nurse.


Sorry ye aunty nurse, sebab tertarik wayar ni. Lepas ni Orked berhati-hati. Orked boring tak boleh bergerak banyak bila pakai wayar ni.....


Dan ini ialah hari Sabtu pagi. Orked dah sihat tak demam! Alhamdulillah. Sepanjang hari Jumaat tu pun suhu Orked tak naik sangat. Cuma Orked takde tenaga sebab tak makan dan minum sangat je. Jadi hari Sabtu Dr kata Orked dah boleh balik. Yeayy.... Orked dah lenguh seharian terbaring je atas katil. Jadi sebelum discharged, Orked exercise jalan-jalan keliling katil tegangkan urat. Nak jalan jauh tak boleh sebab ada wayar kat tangan.


Lepas tu, berita yg dinantikan tiba..... Jarum kat tangan Orked dah boleh bukak, yeahhhoooooo! Maknanya, freedom! Orked akan boleh gerak jauh lepas tu.... Mula-mula bukak pita pelekat.... Berlapis-lapis sebab sblm tu dah tercabut sikit.


Orked beri kerjasama yg baik dgn duduk diam supaya tak ganggu prosedur bukak jarum.


Inilah jarum yg masuk tangan Orked. Ada satu tempat letak air, satu tempat ambik darah.


Salotep dan kayu dah takde. Tinggal jarum dan satu salotep je lagi. The last one to go.....


Dah takde jarum barulah Orked selera sikit. Minum milo sikit bagi sihat dan kuat. Emm.... Tapi sudunya kecik sangat. Camni sehari pun tak habis secawan.


Ini kawan katil sebelah Orked, Kak Zaara. Kak Zaara masuk lepas Chinese Boy tu pindah bilik. Kak Zaara pun demam, tapi lagi lama dari Orked. Selain demam Kak Zaara ada asma jugak. Kesian Kak Zaara.

Orked dah sembuh, jadi Orked boleh visit Kak Zaara. Orked nak hiburkan Kak Zaara supaya dia tak boring. Mula-mula Mummy Kak Zaara offer Orked pinjam mainan Kak Zaara dan main dgn Kak Zaara. Orked pun apa lagi, on je lah. Pastu Mummy Kak Zaara offer Orked makan kuih jugak, dgn Kak Zaara. Orked lagi sekali on je. Hehhehe....


Sebelum balik Orked kena settlekan bil hospital. Nasib baik Orked ada medical card Prudential. Orked rasa baguslah medical card tu, dia cover bil hospital Orked. Rasanya sikit je yg Daddy kena bayar sendiri, lain semua covered. Orked mmg suggest kat kawan-kawan Orked, kalau ada duit lebih, tak rugi invest kat medical card. Insya Allah berbaloi bila diperlukan. :)


Orked dah nak balik. Dah boleh jalan sendiri. Yeayy.... Gembiranya to be home. Alhamdulillah.


Sebab dah lama kena makan makanan hospital, Daddy bawak Orked dan Mummy lunch best. Tapi muka Orked moyok lagi masa tunggu makanan sampai. Eh, macam tak sihat lagi je nih?


Tak lah, Orked saje je buat suspens. Orked dah sihat dah lah! :D

Orked sebenarnya demam dari jangkitan kuman kat tekak. Mula-mula suspect denggi tapi darah Orked normal je. Cuma demam kali ni lama sikit dari biasa. Lama banyaklah dari biasa. Selalu sehari dua je kalau demam. Tu pun tak selalu demam. Tapi takpe, Orked dah makin tough lepas ni.

Pada semua yg tau Orked sakit, dan telah mendoakan kesihatan Orked, Orked nak ucap terima kasih, toche toche, thank you, arigato gozaimas....

Sekarang Orked nak pergi dapatkan Orked punya beauty sleep. Orked still needs to rest walaupun dah tak demam sebab energy dah banyak hilang.

Tata and nite nite all....
Muah....

xoxo

Orked
by Mummy

Thursday, March 11, 2010

Afro

Hai semua....

Tahu tak, Orked sekarang dah ada fesyen rambut baru? Fesyen afro. Walaupun fesyen ni dah agak ketinggalan zaman, Mummy kata zaman Alleycats dulu (Orked tak kenal lagi sape Alleycats ni), tapi Orked rasa ia agak sesuai dgn muka Orked yg bulat. Muka bulat, rambut pun bulat lagi besar, sesuailah tu kan? Hehehehhe...

Mula-mula Orked tengok rambut ni Orked nangis. Huuu huuu... Mana pergi rambut Orked yg lurus dulu tu? Sebenarnya masa first time tengok rambut ni, Orked takut dekat rambut sendiri. Tinggi dan menggerbang cam apa... Tapi Orked tak tau nak buat apa, nangis je lah. Tapi Mummy dan Daddy ketawa je. Kesian Orked tau...


Tapi lama sikit lepas tu Orked dah ok. Dah suka pulak. Eh, cam ok jugak fesyen afro ni untuk Orked.


Smiiiilleeeee..... :)

Jadi esok harinya, Orked dah pakai comel-comel nak pergi rumah Pengantin yg Orked cerita semalam, dan set rambut comel-comel macam semalam... Nak kena jalan atas red carpet mesti kena ready...


Dan majlis perkahwinan pun berjalan dgn jayanya. Dah cerita semalam kan?

Dan ini masa dah nak balik, bila masuk kereta. Macam Orked cerita semalam, Orked penat sangat lepas wedding tu. Bukan penat apa, penat kepala menanggung rambut yg berat! Hehehe... Gambar kat bawah ni adalah beberapa minit sebelum Orked zzzzzz.... Gambar Orked zzzzzz... dgn rambut dah senget benget tu tak yah tunjuk lagi lah, semalam dah tunjuk, maluuuuu jeeerrr.... Hehhehe....


Itu je lah cerita Orked dgn rambut baru. Tapi rambut baru tu kadang-kadang je Orked buat. Senang je, tak yah gi salun pun. Sarung aje, macam topi. Hehehe.... Rambut ni souvenir Daddy beli kat Brunei sebenarnya. Daddy beli utk dia pakai, tapi Orked rasa Orked lebih sesuai pakai. :D


Tata
Luv u allll....

Mmuaahhh....



xoxo
Orked
by Mummy

Wednesday, March 10, 2010

Selamat Pengantin Baru

Last weekend Orked telah menjadi wedding guest seseorang. Haaaa.... Siapa orangnya, kita tungguuuuu....


Orked sampai ke Kelana Jaya dgn Daddy dan Mummy dalam jam 12.30 tengahari. Masa ni panas tapi bila sampai kat rumah Pengantin, jadi cool je. Cantik tau decoration kat rumah Pengantin ni. Orked rasa yg paling cantik utk decoration wedding kat rumah. Diorang buat weddingnya kat laman rumah, kat garden. Dan decorationnya mmg jadi cam kat garden betul. Ada bunga Orked atas meja, pastu bunga melur dan dedaunan berjuntaian, pastu kanopinya pun mmg cantik giler, tak cam kanopi, tapi cam dalam dewan dgn ropol-ropol dan siap chandelier lagi. Ha, abis ayat Orked tunggang terbalik nak susun ayat. Pastu kipas kat situ, kipas cam kat kedai mamak, yg boleh keluar-keluar air tu. Tu yg jadi sejuk sikit tu walaupun cuaca kat Malaysia sekarang ni panas yg teramat.




Ini Orked berjalan atas red carpet, cam artis kat Anugerah Oscar pulak. Siap ada paparazzi (Mummy ler, sape lagi!) Heheheh.... Cantik tak baju yg Orked pakai hari ni? Orked pakai baju yg Nenek baru beli kat Pattaya. Thank you Nenek. Nenek Orked kalau gi jalan-jalan mmg rajin belikan baju utk Orked.



Haaa... Inilah pengantinnya, Uncle Aris dan Aunty Salha. Aunty Salha ni kerja dgn Daddy, sebab tu Orked boleh kenal. Cantik Aunty Salha hari tu. Hari-hari lain pun Aunty dah mmg cantik, hari tu laaaggiiii cantik! :)


Masa kat wedding tu, Orked jumpa Aunty Ayu. Aunty Ayu kata dia selalu tengok blog Orked. Sejak Orked belum lahir lagi, dari Mummy dan Daddy belum kawin lagi, Aunty Ayu dah mula baca blog kami. Uuuu uuuu uuuuu... Malu lah Orked camni. Abis rahsia Orked kantoi. :D Terima kasih Aunty Ayu sebab rajin ikut perkembangan Orked. Nanti panjang umur kita jumpa lagi kat mana-mana ye?


Lama jugak Orked duduk kat wedding tu, dari Pengantin belum datang saaaaaammmmmpailah Pengantin dah siap potong kek. Sebabnya, selain dari datang makan-makan isi perut, Daddy ambik gambar Uncle Aris dan Aunty Salha juga. Jadi, Orked kenalah tunggu Daddy abis kerja dulu baru balik. Sementara menunggu, Orked makan dan minum sampai kembung perut, dan Orked main souvenir coklat yg Orked dapat.

Bila nak balik tu, Orked peeeenaaattt sangat... Masuk je kereta, Mummy bagi susu, susu masih kat mulut lagi Orked dah zzzzzzz.... Selalunya Orked kalau minum susu, dah abis susu Orked bagi Mummy dulu botol, lepas tu baru lah tido. Tapi kali ni sebab penat sangat, susu kat mulut pun Orked dah zzzzzzzz tak sedar....


Eh, apa jadi kat rambut Orked? Takkanlah penat sangat sampai jadi gini? Mata pun dah hilang? Nak tau apa kenanya dgn rambut Orked, nanti Orked cerita lepas ni ye?


Orked nak wish

SELAMAT PENGANTIN BARU

kat Uncle Aris dan Aunty Salha

Stay sweet forever, dan jangan gaduh-gaduh ye? Nanti dapat baby boleh jadi adik Orked. :)


xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, March 4, 2010

Nasi Kandar Line Clearrrrrr

Ini masa kat Penang hari tu. Daddy bawak Orked makan nasi kandar kat Nasi Kandar Line Clear. Daddy cakap tempat tu popular, sebab Saiful Apek pernah berlakon kat situ. So, nak rasalah sedap ke tak nasinya.

Ini nasi Orked, yg dishare bersama Mummy

Uuuiii.... Nampak Mummy makan cam sedapppp jeerrrr....

Bila Mummy nak pass kat Orked ni, dia makan sorang je ke?

Mummy ni biar benar.....

Aaaa.... Finally.... Nyum nyum....

Rasanya ok lah. Macam takde special sangat pun. Mungkin sebab Orked (Mummy) bukan peminat nasi kandar kot. Tapi kalau orang tanya, boleh lah cakap dah pernah pergi makan kat Warung Nasi Kandar Line Clear.... Hhehehhe... Hmm... Gambar Orked dgn Mummy kat depan warung tu ada, tapi kat kamera Daddy lah pulak. Kena tunggu Daddy rajin, minta tolong uploadkan. Hhehehe.. Orked nak tunjuk kedudukan warung tu. Kat lorong celah kedai je, belakang rumah orang juga. Pun boleh popular. Hihihihi.... Saiful Apek punya pasal la nih....

Dessert, jeruk buah

Kat sebelah tu ada kedai jual macam-macam jeruk. Macam-macam kaler jugak jeruknya. Macam-macam preservatives, colouring dan chemicals jugaklah ada jawabnya. Cheh, Orked cakap bahasa Inggeris.... Hhhehhehe... Tak bagus makan jeruk ni. Tapi Mummy beli utk Mak Sofea yg jaga Orked sebab dia teringin. Mummy pun beli untuk diri sendiri jugak, jeruk mangga, tapi siiiikkkiiitttt jerrr... Buat rasaaaa... Hhehehe... Mummy pregnant, tak boleh makan makanan tak bagus, nanti efek kat adik. Orked nak adik Orked bijak macam Orked, barulah best kawan. :)

Ok, tata...

xoxo
Love,
Orked
by Mummy