Wednesday, March 10, 2010

Selamat Pengantin Baru

Last weekend Orked telah menjadi wedding guest seseorang. Haaaa.... Siapa orangnya, kita tungguuuuu....


Orked sampai ke Kelana Jaya dgn Daddy dan Mummy dalam jam 12.30 tengahari. Masa ni panas tapi bila sampai kat rumah Pengantin, jadi cool je. Cantik tau decoration kat rumah Pengantin ni. Orked rasa yg paling cantik utk decoration wedding kat rumah. Diorang buat weddingnya kat laman rumah, kat garden. Dan decorationnya mmg jadi cam kat garden betul. Ada bunga Orked atas meja, pastu bunga melur dan dedaunan berjuntaian, pastu kanopinya pun mmg cantik giler, tak cam kanopi, tapi cam dalam dewan dgn ropol-ropol dan siap chandelier lagi. Ha, abis ayat Orked tunggang terbalik nak susun ayat. Pastu kipas kat situ, kipas cam kat kedai mamak, yg boleh keluar-keluar air tu. Tu yg jadi sejuk sikit tu walaupun cuaca kat Malaysia sekarang ni panas yg teramat.




Ini Orked berjalan atas red carpet, cam artis kat Anugerah Oscar pulak. Siap ada paparazzi (Mummy ler, sape lagi!) Heheheh.... Cantik tak baju yg Orked pakai hari ni? Orked pakai baju yg Nenek baru beli kat Pattaya. Thank you Nenek. Nenek Orked kalau gi jalan-jalan mmg rajin belikan baju utk Orked.



Haaa... Inilah pengantinnya, Uncle Aris dan Aunty Salha. Aunty Salha ni kerja dgn Daddy, sebab tu Orked boleh kenal. Cantik Aunty Salha hari tu. Hari-hari lain pun Aunty dah mmg cantik, hari tu laaaggiiii cantik! :)


Masa kat wedding tu, Orked jumpa Aunty Ayu. Aunty Ayu kata dia selalu tengok blog Orked. Sejak Orked belum lahir lagi, dari Mummy dan Daddy belum kawin lagi, Aunty Ayu dah mula baca blog kami. Uuuu uuuu uuuuu... Malu lah Orked camni. Abis rahsia Orked kantoi. :D Terima kasih Aunty Ayu sebab rajin ikut perkembangan Orked. Nanti panjang umur kita jumpa lagi kat mana-mana ye?


Lama jugak Orked duduk kat wedding tu, dari Pengantin belum datang saaaaaammmmmpailah Pengantin dah siap potong kek. Sebabnya, selain dari datang makan-makan isi perut, Daddy ambik gambar Uncle Aris dan Aunty Salha juga. Jadi, Orked kenalah tunggu Daddy abis kerja dulu baru balik. Sementara menunggu, Orked makan dan minum sampai kembung perut, dan Orked main souvenir coklat yg Orked dapat.

Bila nak balik tu, Orked peeeenaaattt sangat... Masuk je kereta, Mummy bagi susu, susu masih kat mulut lagi Orked dah zzzzzzz.... Selalunya Orked kalau minum susu, dah abis susu Orked bagi Mummy dulu botol, lepas tu baru lah tido. Tapi kali ni sebab penat sangat, susu kat mulut pun Orked dah zzzzzzzz tak sedar....


Eh, apa jadi kat rambut Orked? Takkanlah penat sangat sampai jadi gini? Mata pun dah hilang? Nak tau apa kenanya dgn rambut Orked, nanti Orked cerita lepas ni ye?


Orked nak wish

SELAMAT PENGANTIN BARU

kat Uncle Aris dan Aunty Salha

Stay sweet forever, dan jangan gaduh-gaduh ye? Nanti dapat baby boleh jadi adik Orked. :)


xoxo
Orked
by Mummy

7 comments:

myfuzzyworld said...

Salam Mummy & Daddy Orked dan semua pembaca blog orked saiful yg comel ni,

Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.

Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/

atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation

TQVM
-zu-

Aunty Bard said...

makin hari Orked makin sweet....tgk Orked tido aunty rasa pun macam nak tido gak, boleh temankan Orked tido hehehhe tapi takleh tido la sebab aunty kat ofis, kena buat keje...tapi boring2 aunty baca la blog Orked.... Selamat Pengantin baru jugak untuk Uncle Aris & Aunty Salha :-)

AuntyJid said...

tak sabarnyaaa nak dgr citer rambut orked tu lah...nampak mcm rambut afro jer... orked..cepatla minta mummy citer...mcm menarikkkkk jer citer tu...hahaha...

ada gaya start la orked kat red carpet tu... dgn 'handbag' gold paperbag tu...hehehe

Liea said...

Cntiknyer deco khemah pengantin tuh,kan Orked?
Gmbr Orked bjln kt carpet merah tu mmg class,mcm artis Hollywood..So sweet...^__^

p/s:xsabar nk bce the next entry..jwpn utk rmbut Orked lerr.hehehe

Orked said...

aunty bard: nak tido jugak? ummm.. aunty tido lah time lunch hour. hehehhe... mesti boss tak marah...

aunty jid: beg tangan tu goodies bag yg orked baru dapat. dalam tu ada banyak llllaattt... :D

aunty liea: mmg cantik klu aunty tgk sendiri. dalam gambar ni tak nampak sangat sbb mummy focus kat orked je. heheh....

Hantu Ulam said...

o0o kak Salha kat kawen..my senior during study kat MMU dlu..tahniah :)

comey la Orked pakai rambut Alleycats tu..kiut miut sgt...

sri said...

wahhhh gambar untie ada dlm blog Orked la...
best la dpt jumpa orked yg comel tu... n mummy orked jugee