Wednesday, June 30, 2010

Gambar Keluarga Baru Orked

Hai hai....

Senang sangat ye teka-teki yg Orked bagi tu ye? Hehehe... Semua dgn senang boleh tau dgn betul yg mana satu Orked dan mana satu Adik Seri. Maknanya, muka kami takdelah sama sangat...

Hari ni Orked dah ada gambar keluarga yg terbaru. Sebelum ni kalau gambar keluarga ada 3 orang je, tapi kali ni dah ada Adik sekali. Umm... Nanti kena suruh Mummy printlah gambar yg latest ni. Nanti Adik Seri kecik hati bila tengok kat rumah takde lagi gambar dia dalam frame gambar. Kesian Adik...

Daddy, Orked dan Adik

Kami berempat, Daddy, Mummy, Orked dan Adik Seri

Tapi, lepas ambik gambar ni, Daddy tinggalkan kami. Daddy pergi U.S. Jauh tu... Lama pulak tu, dekat 2 minggu Daddy nak pergi. Lagi tak best sebab Daddy tak bawak kitorang sekali. Daddy pergi seorang je. Jadi, sekarang Orked dgn Mummy dan Adik sambung pantang kat rumah Nenek pulak. Orked harap 2 minggu ni akan cepat berlalu supaya tiba-tiba Daddy dah balik. Wah, bestnya!

Untuk Daddy, jaga diri baik-baik tau kat tempat orang tu. Orked nak Daddy selamat pergi dan selamat balik. Next time pergi U.S. bawak kitorang sekali tau! Orked nak pergi Disneyland kat Florida ye Daddy?

Muah muah.... Love you Daddy

Ok, sampai jumpa lagi.

xoxo
Orked
by Mummy

Monday, June 28, 2010

Orked dan Adik

Haaa....

Mari kita main teka-teki...

Yang mana satu Orked, dan yang mana satu Adik?

:D



xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, June 24, 2010

Kaki Tido

Siapa lagi, Adik Seri ler....

Tapi sekarang ni malam-malam Adik dah tido lama. Masa minggu pertama dulu, setiap 1-2 jam Adik akan bangun minum susu. Sekarang ni 3-4 jam sekali baru Adik bangun tengah malam untuk minum susu. So, Mummy dah boleh tido lama sikit malam-malam.

Orked? Orked no problem.... Tak terganggu pun tido Orked. Orked tido sajaaaa... Hehehhehe....






xoxo
Orked
by Mummy

Tuesday, June 22, 2010

7 hari

Hari ni umur adik Orked dah 7 hari. Orked nak wish kat dia,

Selamat Hari Jadi yg Ke-Seminggu Adik Seri.

Sepanjang Orked jadi kakak ni, Orked ni asyik tidooooooo je... Orked ingatkan bila ada adik, Orked akan ada geng nak main. Rupa-rupanya tak. Mummy kata baby baru lahir memang macam tu. Dia tido je. Kalau tak tido, dia minum susu atau nangis atau berak. Dan kadang-kadang, dia terkebil-kebil je tengok siling. Hmmm... Orked kena main sorang-sorang lagi la jawabnya. Tapi sekurang-kurangnya, Orked adalah orang yg nak dicium dan dipeluk selalu. Orked suka cium dan peluk Adik Seri. Tapi mummy tak bagi sangat sebab Orked ganas sikit, takut Adik Seri sakit.

Yg ni masa hari ke-tiga. Tengoklah tu, tido. Tapi Orked suka juga dia tido. Comel bila tengok. Lagipun bila dia tido, bolehlah mummy main dengan Orked. Kalau tak, mummy peluk Adik jee.... :(

Adik Seri yg comel

Adik jugak sedang mengalami proses salin kulit. Masa awal-awal dulu, kaki dan seluruh badan Adik banyak sangat kulit yg menggelupas. Takut Orked tengok. Macam sakit je. Tapi sekarang dah makin kurang, dan kulit Adik pun semakin cantik dan halus dan lembut. Ummm... Bestnya pegang....

Hari ke-empat, ada lagi kulit menggelupas

Adik jugak mummy jemur kat tepi tingkap. Mummy kata dia ada kuning-kuning sikit kat badan dia. Jadi, kena selalu bagi dia minum susu dan kena jemur kat tepi tingkap pagi-pagi. Tapi sekarang ni jarang pagi ada sinaran matahari. Selalunya mendung je...


Hari ke-lima, di bawah jemuran

Ingat tak Orked pernah cerita tentang Orked buat kungfu. Haaa... walaupun Adik selalu tido je, tapi bila dia tak tido, Orked dah perturun sikit ilmu Orked kat Adik. Tapi Adik buat secara baring je lah. Praktis dengan tangan dulu. Adik dah boleh diri nanti Orked ajar cara berdiri pulak. Bunyi watcha pun tak jadi sangat bila Adik buat. Bunyi pppoooowww yg keluar! Ada ke pulak macam tu! Hahahahha!


Hari ke-enam. Powwww!

Tapi ilmu pertahankan diri tu untuk pertahankan diri je. Orked cakap kat Adik, tak boleh salah guna. Guna bila perlu je. Orked ingatkan kat Adik, yg kita ni girl. Girl kena sopan santun, lemah lembut, dan berbudi bahasa. Barulah manis dipandang orang. Hmm.... Nampak manis pulak bila Adik Seri dibedung macam ni. Sweeetttt kannnnn?

Hari ke-enam. Tido lagiiiiii.....

Akhir kata, Selamat Hari Lahir yg ke-Seminggu Adik Seri. Kak Orked loves you very very much! Cepat besar, kita main sama-sama ye?

Hari ke-tujuh, dengan birthday girl...

Muah muah...... (ni yg mummy tak bagi kiss ni, nak tercekik Adik...)


Love,
Orked
by Mummy

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day, Daddy!

Dear Daddy sayang,

Both of us want to wish you Happy Father's Day!

Both of us agreed that you are the bestest and the most caring and the most loving and the greatest and the hottest Daddy that has ever ever exist in the universe. We love you very very much that we will never want to replace you with any other Daddy, not even Brad Pitt, to be our Daddy.

I love you Daddy!

I love you Daddy!

Love,

Orked & Seri

by Mummy

Thursday, June 17, 2010

Seri Adikku

Salam semua....

Yes, Orked is back! Dan kali ni Orked tak berseorangan lagi, dan Orked bukanlah Orked yg dulu lagi. Orked kini dah berdua dgn adik, dan kini Orked adalah Kak Orked kepada Adik Seri...

Ini Orked nak share gambar masa Adik Seri lahir. Masa ni Orked takde kat tempat kejadian, tapi ada kat rumah Nenek. Tapi bila jumpa Mummy, Mummy dah cerita kat Orked.

Orked mula nak jadi kakak masa pagi Isnin. Masa tu Mummy dah keluar darah sikit-sikit, tapi tak pergi hospital lagi. Orked pun masa tu dah ada instinct nak jadi kakak. Jadi, hari Isnin tu Orked punya perangai Mummy kata, adalah sangat mengada-ngada. Orked rasa biasa je...

Petangnya Mummy ajak Daddy gi cek kat hospital sebab ada kawan Mummy cakap kalau dah ada darah kena pi cek. Orked pun ikut temankan Mummy cek. Orked dengar bidan cakap "baru 1 cm". Orked tak tau apa maksudnya, tapi Mummy dan Daddy dan Orked balik rumah semula. Suspens je, ingatkan Mummy nak beranak dah...

Lepas dinner malam tu, Mummy cakap perut dia dah sakit sikit-sikit. Bila tengah malam, makin kerap pulak Mummy sakit perut. So, kitorang pun pergi hospital sekali lagi. Sampai kat sana kol 1 pagi. Nenek dan Cik Yana pun datang hospital jugak. Pastu bidan cek lagi. Orked dengar dia cakap, "dah 6 cm dah...". Pastu Nenek dan Cik Yana bawak Orked balik rumah Nenek. Sebelum tu Orked dah kiss dan hug dan salam Mummy dah sebab Daddy cakap Mummy dah nak lahirkan Adik dah.... Dan kisah bergambar kat bawah ni, Mummy cerita kat Orked pagi tadi sambil Daddy tunjuk gambar.

Mummy mula masuk labour room pukul 2 pagi. Pastu nurse letak ubat tahan sakit yg mengantuk. Mummy pun tertido, Daddy pun tertido. Mummy tido tido ayam je la, sebab kadang-kadang rasa sakit. Tapi masih boleh ignore sebab ngantuk dan boleh tahan lagi sakitnya. Pastu dah dekat pukul 4, bidan cek dan dah 8-9 cm. Pastu bidan pecahkan air ketuban Mummy. Lepas tu, Mummy kata sakitnya dah betul-betul sakit. Dah tak boleh buat-buat tak sakit lagi dah....




Masa ni bidan tengah siap-siapkan barang-barang sebelum Doktor datang


Masa ni Mummy tengah rehat antara contraction kot... Contraction tu apa ek? Macam kesian je muka Mummy...


Masa ni Doktor tengah nak keluarkan Adik....


Adik dah keluar!!! Masa ni kol 4.24 am. Eh Doktor, tak tercabut ke kepala Adik pegang macam tu?


Tahniah Cik Orked, anda dapat adik perempuan!


Pastu Doktor terus letak Adik atas perut Mummy...


Ini Doktor tengah bersihkan saluran pernafasan Adik.


Doktor timbang Adik. Berat Adik 3.32 kg je. Ringannya... Macam ni Orked pun boleh angkat!

Dan inilah dia kaki Adik yg keciiikk sangat. Orked nak pegang pun seram, takut terpeleot!

Ada banyak lagi gambar Adik, tapi kena tunggu Daddy siapkan dulu. Daddy kata dia nak buat special...

Ok, Orked nak tolong Mummy basuh berak Adik. Berak pulak dia masa Orked update blog. Orked tolong teman dan tengok je lah tapi...

xoxo

Orked

by Mummy

Monday, June 14, 2010

Adik nak keluar

Mummy dah nak ke hospital ni, Adik Orked dah nak keluar - Orked

Sunday, June 13, 2010

Birthday Alesya

Hari ni birthday kawan blog Orked, Alesya. Alesya dah 2 tahun. Tahun ni Alesya celebrate birthday dia kat Rumah Pengasih, Kajang. Jadi, dapatlah Orked celebrate sama-sama. Tu pun nasib baik Mummy tak beranak lagi. Kalau tak, Orked pun tak dapat nak join.


Alesya datang bawak kek-kek (bukan 1, tapi 3 kek!) yg cantik dan sedap, macam dalam gambar kat bawah ni.

Kek birthday bergambar Alesya dan birthday boy n girls bulan Jun

Kek Barbie Doll. Percaya tak, kek ni Mummy dia yg buat sendiri tau!

Cupcakes pun ada. Mummy Alesya jugak yg buat.

Kek-kek Alesya mmg sedap dan caaannnttikkk sangat! Lagi best sebab semuanya Mummy Alesya, Aunty Pnut, yg buat. Ish, Orked mmg jeles lah kat Alesya. Kalaulah Mummy Orked pun pandai buat kek macam Mummy Alesya, wah, dunia ini seperti Orked yg punya! Huhu..... Tapi takpelah, Mummy pandai masak utk Orked makan dinner pun Orked dah bersyukur sangat dah....

Ikutilah cerita bergambar majlis hari jadi Alesya ni ye....

Inilah dia Alesya!

Bila lah nak boleh makan kek ni?

Tengok, budak-budak lain pun tak sabar dah...

Inilah dia, pengacara majlis, Daddy!, dan DJ majlis, Abg Syafaat.

Ramai-ramai nyanyi lagi Happy Birthday sebelum potong kek.

Tunjuk lagi sekali, kek yg ccaannnttiiiikkkk!

Alamak, dah kena potong! Bye bye kek cantik...

"Orked, kalau awak nak kek ni, mintak dekat Kak Intan. Ini saya punya..."

Dan cerita ini pun tergantung sebab Mummy pun sibuk pergi makan kek. Hihihi..... Sebenarnya lepas tu ada sesi ucapan, ada persembahan nasyid dari abang-abang dan kakak-kakak, borak-borak dan sesi makan-makan. Tapi disebabkan Mummy pun tak tahan tengok kek yg sungguh menggoda tu, Mummy telah pergi makan dan tak ambik gambar. Maafkan Mummy saya ye....

Dan akhir kata, Orked nak wish kat Alesya...

Selamat Hari Lahir Alesya!

Akhir kata, Orked nak ucapkan terima kasih sebab sudi celebrate birthday Alesya dgn Orked dan kawan-kawan kat Rumah Pengasih ni. Orked juga harap kita boleh sama-sama berusaha jadi anak yg baik dan soleh dan yg disayangi oleh Mummy dan Daddy kita. Lain kali kita jumpa lagi ye, Alesya!

love,
Orked
by Mummy

Wednesday, June 9, 2010

Kejadian Semalam...

Semalam....

Balik dari work....

Mummy masak kat dapur....

Orked sepah rumah...

Pastu Orked berlatih menulis guna Aqua Doodle (dakwat pen tu air, selamat, tak boleh conteng rumah)...

Sekali......




Laa.... Tertido pulak....


xoxo
Orked
by Mummy

Monday, June 7, 2010

Boolat...

Apa yg boolat warna hitam tu?


Tummy mummy ler....

Addekkkkkkkk....!

xoxo
Orked
by Mummy

Thursday, June 3, 2010

Pakai Nappy 101

Hari ni Orked nak share cara-cara memakai nappy Adik. Disebabkan Adik belum ada, Orked demo guna Hyppo dulu lah ye?

Mula-mula bentangkan nappy elok-elok
(kalau Adik betul, jangan pegang kaki dia camtu tau!)

Lepas tu letak Hyppo kat tengah-tengah nappy

Lipat nappy

Eh, lupa pulak letak minyak Yu Yee Cap Limau. Jadi, kena buka balik dan letakkan...

Lepas tu lipat balik ye...

Dah, siap!

Tepuk-tepuk dia bagi dia tido. Kalau nyanyi-nyanyi sekali, lagi cepat dia tido...

Bila baby dah tido, bolehlah kakaknya tido sama....


Senang, kan? :D


Ok, nite nite!


xoxo
Orked
by Mummy