Tuesday, June 1, 2010

Orked di Taman Permainan Taman Tasik Perdana

Beberapa minggu yg lepas Orked ada tunjuk sikit gambar masa Orked pergi park kan? Minta maaflah kat abang kakak, uncle auntie semua, sebab hari ni baru Orked nak sambung cerita dan gambar Orked masa kat park tu. Gambarnya ada kat komputer Daddy, tu yg susah sikit nak dapat. Orked selalu tengok Daddy work aje guna komputer, Orked nak ganggu minta gambar dari Daddy pun tak berani. Orked tak mau kacau Daddy work, sebab Daddy work pun, untuk beli nappy dan susu Orked jugak.... kan?

Orked pergi park hari tu, tak lama sangat. Setengah jam lebih sket je kot. Hari pun dah petang. Bila dah gelap kena balik, sebab tak elok merayau-rayau kat luar masa maghrib. Nanti kena gigit nyamuk. Nanti Orked jugak yg tergaru-garu tak abis...

Masa kat sana, Orked suka main buaian dan main slide. Kat sana ada dua jenis buaian, satu yg tempat duduk dia bulat dan ada tempat sandar. Satu lagi yg ada tempat duduk je, takde tempat sandar. Mula-mula Mummy bagi naik yg ada sandar, yg sesuai untuk baby. Yg ni Orked boleh buai laju-laju. Lepas tu Orked try jugak naik yg takde sandar tu. Orked boleh naik, tak jatuh, tapi tak boleh buai laju-laju lah sebab bahaya untuk budak kecik cam Orked yg tak berapa nak pandai lagi ni...

Laju je bila Mummy buaikan...

Tapi bila nak buai sendiri, uuuuuuggggghhhh, tak gerak puuunnn!

Ni dari atas slide sebelum turun bawah.... Takde pulak gambar Orked turun slide...

Slide ni besar, ada macam-macam benda. Ada cermin bulat pun...

Ada jambatan 1, 2, 3 jugak...

Yg dalam tummy Mummy ni adik Orked. Masa ambik gambar ni, adik umur +/- 2 bulan sebelum lahir. Tapi hari ni, Orked cuma kena tunggu +/- 14 hari je lagi untuk tengok adik. Weeeeehhhoooooooo!!!

Inilah dia buai yg takde tempat sandar tu. Orked kena hati-hati lebih...

Bila ada Mummy kat sebelah barulah Orked rasa lebih selamat... Mummy, hayun la laju lagi!

Dan sebelum balik, Daddy belanja aiskrim! "Aceh Daddy...!"
Tengok ler rambut Orked yg basah dan serabai tu, akibat tak berhenti bergerak sana sini!

Aunty-aunty tau tak, dah tinggal 14 hari je lagi Orked kena tunggu adik lahir. Dah sekejaaappp je lagi. Haish, lambat pulak rasanya 14 hari ni. Hari-hari Orked tertanya-tanya, hari ni ke Adik nak keluar? Tapi tak keluar jugak lagi... Kat rumah, semua benda dah siap untuk Adik. Tunggu Adik datang je.

Kat Rumah Prihatin yg Orked pergi hari-hari masa Mummy dan Daddy work tu, ada dua baby baru. Satu adik Udin, umur dia dalam 9 bulan, dia baru datang. Satu lagi baby Hajar, dia baru lahir. Umur dia sebulan lebih je baru. Orked dah belajar main dan jaga baby-baby tu. Semalam Mak Long dan Mak Sofea bagitau kat Mummy, Orked dah boleh diharap jugak jaga Adik. Kembang hidung Orked kejap... Mak Sofea kata, Orked pandai hayunkan buai adik, letak puting dalam mulut adik, tepuk-tepuk adik bila adik nak tido (cuma Orked kasar sikit, tertepuk kuat sangat, mana Orked tauuu....) dan suruh adik "diam...! diam...!" bila adik nangis. Kat rumah pulak, Orked dah praktis pakaikan nappy kat hippo dan bear. Sekarang hippo Orked dah pakai nappy selalu supaya dia tak kencing merata-rata. Hehhehe....

Ok, c u later. Bila Adik lahir nanti, Orked ingat nak suruh Mummy dan Daddy ambik gambar Adik banyak-banyak, lepas tu nak letak sini banyak-banyak jugak. Adik.... Cepat ler keluar....

Tata....

xoxo

Orked
by Mummy

8 comments:

ainiyah said...

selamat tunggu hari kak intan
kite lg 3months :D

mama zharfan said...

salam ziarah :) me blogwalking...orked is sooo cute!!have a nice day!

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

amboi sukanyer dier main buaian

fazlinil irma said...

sekejap je masa berlalu. moga Allah permudahkan urusan kak long bila nak bersalin nanti..

~doa in advance~ ;)

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked...
Alalalalala.. comeynya dia..
Syoknya main buai.. Cute!
Tak Sabar juga nak tunggu adik orked ni ^___^ jom kita bilang hari otet.. 1,2,3,4,5,6,7,8......14 "ehhhh adik"

Selamat membilang hari kak Intan, take care ^___^ muahh to you

Aunty Bard said...

muah untuk Orked and take care untuk mummy Orked yerk.....moga mummy and adik selamat and sihat ameen

nenekOrked said...

Nenek pun tunggu adik Orked juga. Nenek tak pergi Bangkok lagi dah, takut nanti adik Orked tiba masa nenek kat Thailand.

Auntyjid said...

auntyjid pun tak sabar rasanya nak tgk wajah adik orked nanti dan tak sabar jg nak tahu nama adik orked nanti.. adakah mawar? adakah dahlia? ataupun adakah ???

take care to mummy orked juga. moga segalanya dipermudahkan dan selamat.. ameennn...