Thursday, August 30, 2012

Biskut Cornflakes untuk Hari Raya

Kalau dua tahun lepas, Orked dengan Mummy buat biskut cornflakes madu untuk Hari Raya, tahun ini projek kami berdua ialah biskut cornflakes pula. Biskut cornflakes juga, tapi yang ini biskut cornflakes yang menggunakan tepung. Maknanya, susah sikitlah berbanding yang dulu. Mummy ni tak pandai buat biskut raya, sebab tu lah rasa susah. Hehehe.... Anyway, biskut ni kitorang buat masa puasa hari tu, cuma tak sempat nak blogkan je... 

Sebenarnya Orkedlah yang beria-ia sangat nak buat biskut raya nih. Orked tengok dalam cerita Upin Ipin, diorang tolong Kak Ros buat biskut raya. Jadi HARI-HARI Orked tanya kat Mummy, bila nak buat biskut raya. Biskut raya yang bunga-bunga macam Upin Ipin. Orked nak tolong Mummy ambikkan barang-barang macam Upin Ipin tolong Kak Rosnya...

Akhirnya Mummy pun setuju nak buat biskut raya walaupun Mummy tak pandai pun buat biskut raya. Sebelum buat biskut ni, Mummy google dulu resepi biskut cornflakes, dan akhirnya resepi ini telah jadi pilihan, sebab paling mudah dan menggunakan sukatan cawan je. Hehhe.... Selepas Daddy beli bahan-bahannya di Tesco, bermulalah projek kitorang...

Bila Mummy ajak Orked buat biskut hari raya, Orked rasa happy sangat. Tak sabar-sabar nak tolong Mummy. Adik Seri pun tumpang sama nak tolong. Maklumlah adik ni kan sekarang suka ikut apa yang kakak buat. Kakak nak buat kuih raya, dia pun sama lah nak buat kuih raya juga.

Mula-mula kita kena sediakan semua bahan-bahannya di atas meja. Kita perlukan 1/2 cawan butter, 1/2 cawan gula kastor, 1 biji telor, 2/3 biji cawan kismis hitam (Mummy tak letak), 1 cawan tepung naik sendiri yang telah diayak, dan 2-3 cawan cornflakes yang diramas-ramas agar hancur sedikit.

Ini bahan-bahan untuk biskut raya kitorang tahun ni
 Mula-mula sekali kita kena pukul mentega dan gula tu sehingga dia kembang. Kembang tu Nenek kata sampai ia jadi warna putih.

Pukul mentega sampai kembang
Tangan Orked dah sakit, adui! Menteganya tak kembang-kembang jugak lagi huhu
Lepas dah kembang tu, masukkan campuran tepung dan kismis dan gaul sampai rata. Tapi masa ni Orked dah cabut lari sebab dah tak larat nak pukul mentega tu tak kembang-kembang. Maka tinggallah Mummy sesorang terkontang-kanting pukul mentega. Sorry Mummy... Mesti tahun depan Mummy tak nak buat kuih raya dengan Orked lagi kan?

Lepas tu kena cedokkan campuran tu jadi ketulan, dan masukkan ke dalam cornflakes untuk salutkan campuran tu. Seterusnya masukkan ke dalam paper cup. Paper cup Orked besar sikit, patutnya guna yang lebih kecil untuk jadi lebih cute.

Inilah rupanya kuih raya Orked sebelum dibakar.
Masukkan ke dalam oven bersuhu 180oC selama 12-15 minit, atau sehingga ia berwarna kuning keemasan. Dan bila dah siap.....

Tadaaaa!!! Inilah hasilnya...
 
 Yes, menjadi pun biskut raya Orked. Sedappp!!!

Very good!

Harap-harapnya tahun depan Mummy tak serik, dan sudi nak buat biskut raya dengan Orked lagi.

xoxo
Orked
by Mummy


Wednesday, August 29, 2012

Rendang Daging Nenek Ros


Sempena nak Hari Raya, Mummy masakkan rendang daging untuk kami semua. Rendang daging ni favourite Daddy, dan resepinya adalah resepi Nenek Ros. Mummy tak sempat belajar dengan Nenek Ros, tapi nasib baiklah Pak Lang tau resepi ni. Jadi, Mummy belajar dengan Pak Lang. Sukatannya diagak-agak je, dan ikut reference dari internet. Resepi ni ialah untuk 2 kg daging.

Rendang Daging Nenek Ros

Bahan-bahannya:

2 kg daging lembu
Cili boh: 20-40 tangkai cili kering + 3 labu bawang besar + 5 ulas bawang putih -- direbus dan dikisar
Rempah sate: 1 sb ketumbar + 1 st jintan putih + 1 st jintan manis -- disagan satu persatu, kemudian dicampurkan dan diblend
Bahan A:
     2 inci lengkuas
     6 batang serai
     8 ulas bawang merah
     5 ulas bawang putih
     2 inci halia
     2 inci kunyit hidup
     -- semuanya diblend
2 keping asam keping
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam
Serbuk kunyit
200 g kerisek
1.5 liter santan
Daun kunyit yang dihiris halus

Bahan-bahan untuk rendang daging
Cara memasak:

Gaulkan daging + Bahan A + cili boh + rempah sate + bunga lawang + kulit kayu manis + garam + serbuk kunyit + santan cair di dalam kuali. (Apabila daging dah empuk baru masukkan santan pekat)

Pasangkan api. Masukkan juga asam keping.

Bila dah hampir masak dan rendang dah hampir kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris halus.

Dah siap! Tadaaa!

Rendang daging dengan ketupat nona
xoxo
Orked, Seri dan Lela
by Mummy

Puzzle

Salam Aidilfitri semua!

Tak sempat Orked dan family nak wish Selamat Hari Raya. Tau-tau je dah minggu kedua Syawal rupanya kita. Gambar raya kami nantilah baru diupdate. Banyak sangat. Tak sempat Mummy nak belek gambar, apatah lagi nak select, edit, upload dan seterusnya blogkan gambar raya kami tu.

Tapi apa pun, untuk short update hari ni, Orked nak share yang Orked dah pandai buat puzzle. Wah, happy Orked (Mummy ler sebenarnya). 2-3 bulan yang lepas, Orked hanya mampu sepahkan puzzle dan tengok Mummy buat. Lepas tu Mummy sorokkan je puzzle tu sebab tak larat nak solvekan. Tapi semalam, Orked keluarkan balik puzzle tu dan cuba buat. Dengan bantuan Mummy, kami berjaya selesaikan. Hari ni pula, Orked dapat buat sendiri! Yeay! Orked excited sangat. Jadi, Orked pecahkan, buat, pecahkan lagi, buat balik, dan pecah-buat banyak kali puzzle tu. Walaupun masa yang diambil agak lama pada awalnya, tapi lama-kelamaan makin cepat Orked dapat solvekan. Tapi of course lar, masih tak boleh lawan Mummy. Mummy buat lajuuu jer. Camne ye? Bila Daddy balik dari work, Orked tunjuk kat Daddy macam mana buat puzzle. Daddy pun bangga dengan Orked, dan janji yang Daddy akan bawa Orked pergi kedai beli puzzle gambar lain pula. Yeay, thank you Daddy!

Inilah puzzle pertama Orked.
Mummy kata, mula-mula kita kena buat kat tepi dulu. Cari cebisan yang ada bahagian lurus kat tepi dia.
Dah siap kat tepi-tepi semua, barulah boleh buat bahagian tengah sampai siap.
Ini pulak gambar Adik Lela yang Mummy ambil semalam. Makin hari makin bulat Adik Lela ni. Comel. Geram Kak Orked tengok adik kesayangan kakak ni. Adik Lela dah pandai senyum tau, bila kita bercakap dengan dia. Lepas tu dia akan buat bunyi "uuu... uuu". Tapi Mummy belum berjaya ambik gambar dia senyum lagi... Nanti dah dapat bolehlah Orked blogkan.

Sesi berlatih meniarap
Sesi membuli adik. Marah dia. Terpusing-pusing kepala dia, cuba nak buat bunga kat mata dia... Hehehe...
Kat pipi adik ni macam ada tulis "lempang di sini" kan? Eii geram, rasa nak penyet-penyet aje pipi dia...
Ok, jumpa lagi nanti!
 Sampai di sini sahaja. Sampai jumpa lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

xoxo
Orked, Seri dan Lela
by Mummy

Sunday, August 5, 2012

Lela - Sebulan

Diam tak diam, dah sebulan dah umur Adik Lela. Cepat betul masa berlalu. Jadi, Mummy dan Daddy telah bawa Adik Lela ke klinik untuk suntikan Hepatitis B dos kedua dan juga untuk check-up.Macam biasalah, pergi ke Klinik Dr. Ling kat depan rumah. Kitorang rasa Dr. Ling mesti happy tengok Adik Lela sebab selama 2 tahun lagi Adik Lela akan selalu datang jumpa Dr. Ling untuk dicucuk. Mula-mula kakak Orked jumpa Dr. Ling, lepas tu kakak Seri pulak, dan sekarang ni adik Lela pulak. Ada je supply untuk Dr. Ling cucuk. Hahahah.... Kalau demam pun jumpa Dr. Ling jugak, kecuali kalau klinik dia tutup.

Mula-mula cam biasa lah, lepas register kena timbang. Berat adik Lela sekarang dah 4.45 kg. Naik hampir 1 kg dalam sebulan. Patutlah makin chubby dan makin bulat je rupanya. Muka adik Lela ni mestilah kena bulat, sebab dia lahir masa bulan mengambang, 15 Syaaban hari tu... Bulat macam bulan.




Lepas tu masuk jumpa doktor. Doktor cek bunyi jantung dan pernafasan, dan cek suhu. Alhamdulillah sihat... Lepas tu doktor ukur panjang dan ukur lilit kepala adik juga. Sekarang ni adik dah 55 cm panjang dan ukur lilit kepala 37.75 cm. Dah makin panjang dah adik. Patutlah ada jumper newbornnya yang macam dah ketat nak pakai.



Dan last sekali, kena cucuk ler. Apa lagi. Nangislah jugak, tapi berjaya ditenangkan oleh Mummy. Nasib baik ada Mummy untuk pujuk. Sebelum balik, doktor bagi belon, tapi kat kakaknya. Sorry, adik tak dapat sebab adik tak pandai main belon lagi. Heheheh... Tak rugi kakak ikut pergi klinik, dapat belon!

Dan kat bawah ni pulak, seimbas lalu apa yang berlaku kat rumah masa Mummy tak update blog. Cuti pun tak sempat nak update blog. Oh ya, adik Lela ni masa baru lahir banyak tidur waktu siang. Tapi malam.... Huh... Lama dia berjaga. Satu dia tak ngantuk. Satu lagi dia asyik muntah susu. Dah tido elok-elok, bila Mummy letak atas tilam, dia muntah. Dah terjaga.... Dan berulang-ulang. Mummy dah cuba burpkan dia. Kadang-kadang dia tak nak burp. Kadang-kadang dah burp, tapi keluar susu jugak bila baring. Kadang-kadang, masa burp tu keluar angin campur susu sekali. Asyik bertukar baju jelah adik dengan Mummy dalam gelap tengah malam tu.... Dalam minggu ni je, nampak cam berubah sikit. Dia dah kurang sikit muntah (tapi muntah lagi). Jadi malam dia tak berjaga lama sangat (tapi berjaga gak lagi). Harapnya bila dia makin besar akan berhenti lah muntah susu dia tu.. Amin... Boleh lah Mummy tido elok sikit.



Yang ni hujung minggu lepas, masa kami semua balik kampung jumpa Atuk Nang dan Nenek Rohaya berbuka puasa sama-sama.


Kak Orked dan Kak Seri ni suka jaga adik. Kalau adik berjaga dan Mummy nak pergi toilet ke, mana ke, nanti kakak Orked tunggu tepi adik tengok kalau adik muntah ke, nangis ke, dan jaga takut Kak Seri penyet adik. Masalahnya masa tido pun dia nak jaga adik! Tapi Mummy selalu marah sebab kakak-kakak ni bukan jaga, tapi buat adik terjaga! Cakap kat Mummy nak tengok je adik, tapi sembunyi-sembunyi ciumlah, peluklah, peganglah, cucuklah. Ishh...


Kakak Seri ni pulak, selalu cakap nak tengok adik. Kadang-kadang adik kat depan mata pun dia kata tak nampak adik. Kalau adik pandang muka kat dia, barulah dia puas hati. Kalau nampak belakang adik je ke, kaki adik je ke, dia kata tak nampak adik! Pening, pening, pening...


Ini contoh kakak yang penyayang tapi merimaskan adik! Ehehehe... Adik dah meronta-ronta nak melepaskan diri pun dia nak cium lagi. Hehehehehe....

Ok, adik dah banguuunnnn!

xoxo
Mummy