Sunday, March 28, 2010

Mandi manda

Minggu lepas, lepas je keluar dari hospital, dan tido sekejap kat rumah, Daddy bawa Orked dan Mummy ke Ipoh. Daddy ada shooting orang kawin kat sana. Orked dan Mummy duduk kat hotel je, tak keluar ke mana pun, sebab kami sampai pun dah malam, esok paginya Daddy shooting, dan petang sikit dah balik. Lagipun, kat Ipoh takde apa sangat nak tengok, kan?

Masa kat hotel, Orked mandi kolam untuk mengisi masa lapang. Lagipun masa kat hospital Orked mandi sikit-sikit je. Jadi, Orked kenalah buang daki-daki kat badan Orked tu dgn mandi bersih-bersih. Tapi Orked tak mandi kolam yg besar tu, sebab takde Daddy nak jaga Orked. Mummy tak boleh mandi kolam, sebab nanti seksi. Hehehhe... Jadi, Orked mandi kat kolam bath tub je la. Bagi Orked kolam dah lah tu sebab dah besar dah tu. Cuma tak leh swim je. Alar, Orked bukan pandai swim pun.......

Mummy ni, apa saja Orked buat, nak ambik gambar. Orked mandi bath tub pun Mummy ambik gambar. Ada ke patut.... Malu ler Orked. Mummy kata nak upload kat blog Orked. Isshhh... Tapi Orked dah pilih dah, gambar yg tak seksi je boleh letak. Erm, ni lah gambar yg Orked rasa paling tak seksi. Tu pun kena crop sikit dulu. Hhehehhehe.... Mummy, bila Orked lagi besar nanti gambar macam ni pun tak boleh letak kat blog tau!

Seronok mandi bath tub ni. Kat rumah takde sebab bilik air kecik je. Lain kali kalau Daddy bawak Orked pergi tempat ada bathtub lagi, Orked nak mandi lagi lah.... Bestt....

Ok, tata

Muah muah.....

xoxo

Orked

by Mummy

6 comments:

Anonymous said...

Alamakk Orked,gmbr yg mummy upload tu xder ahh..Melepas Auntie Liea nk tgk gmbr Orked yg x seksi sgt tuh.Hikhikhik...Psan kt mummy tau..^___^"

mariaariffbaby said...

wah..seronoknya dia mandi kat bathub hotel..
suruh la daddy pasang 1 kat umah
=D

Aunty Bard said...

amboi Orked, siap ada gayung lagi hehehhe...comellllllllllllll

auntyjid said...

cute la orked pakai topi gayung merah nih...hehehe... orked minta la mummy letak pic yg ada gambar bath tub skali... baru best! :)

Orked said...

anon: sorry sorry... buat keje masa mengantuk camtu le jadinya. hehehhe... dah ada gambar dah :)

aunty maria: tak muat lah aunty. kalo nak pasang jugak kena letak kat ruang tamu. hehehhe

aunty bard: gayung ke, ingatkan hat? heheheh

aunty jid: gambar ada bath tub censored la aunty. hihi....

Anonymous said...

Cian kt mummy Orked,pnat2 pon smpt nk upload gmbr utk blog Orked.So..biler Orked bsar nnti,hrgai yer hasil kja mummy tau sbb nie sumer utk Orked bce pd mse hdpn nnti..^___^

Auntie Liea