Thursday, August 18, 2011

Pantai di Port Dickson

Masa kat PD, petang hari terakhir Daddy bawak kami semua ke tepi pantai. Kalau tengok sejarah Orked sebelum ni, Orked fail kat tepi pantai sebab Orked takut pasir. Jadi, kali ni berdebar-debar lah jugak Orked masa nak pergi ke pantai tu.

Tapi sebelum pergi main pasir dan air laut, kitorang pergi ambik gambar kat jambatan kat tepi tu. Saje jer.....


Lepas abis posing-posing kat atas jambatan tu, barulah kitorang pergi ke pantai. On the way tu ada jugak singgah kat playground dekat situ, tapi tak ambik gambar sebab kitorang main sekejap je. Playground tu tak best, tak bersih dan banyak dah rosak mainannya.

Bila kat pantai, ada magic yang berlaku. Surprise, Orked dah tak takut pasir, yeay! Adik pun sama, boleh jalan atas pasir dengan relaksnya. Jadi, tak ada adegan paksa-memaksa yang berlaku pada hari itu. Hehhehehe.... Yeahoooo! Kami dah jadi budak normal!

Masa ni, Adik jalan kaki dengan Mummy dan Orked jalan kaki dengan Daddy. Ni nampak Orked dan Daddy keciiikk je sebab kitorang dah tinggalkan Mummy dengan Adik jauhhhh kat belakang. Adik jalan lambat sangat, tu yang kena tinggal. Itu pun nasib baik Mummy sanggup tunggu Adik jalan. Kalau tak dia kena tinggal sorang-sorang dah kat belakang.


Finally, sampai pun Adik ke gigi air. Adik, jom main air!



Berani kan Adik, jalan atas pasir. Tak macam Kak Orked dulu *shy*


Kaki kami semua...


Angin ni tiup rambut Orked masuk mata jer...





Adik dah penat dah. Dia dah tak nak jalan, nak suruh Mummy dukung pulak....


Best ooo main air!


Eiiii... Budak manja niii!


Dah tak penat dah lepas rehat, boleh main air...




Dah puas main air dan dah nak senja. Boleh balik dah...


Our family by Daddy...



Akhirnya habis jugak cerita Orked kat PD. Macam lama je pergi sampai ada tiga entry. Hehhehe....

Love u all....

xoxo
Orked
by Mummy

6 comments:

SN said...

Hehehehhe....Adikkkk Comelll. Kak Ket Comelll...Mummy Comellll...keluarga kita semua comel (daddy jer hensem)

pyejal said...

gambar banyak tu..acceptable utk 3 entri..:)

Filla ~ Kasihs said...

bestnya.. tak sabar nak bawak budak-budak ni cuti.. nak bagi berendam dalam air.. hahah

AuntyJid said...

wahhhh.. TAHNIAH! Orked.. lepas ni boleh lah main tepi pantai buat sand castle kan? heheh... Semua pic cantik sangat2. Tapi antara banyak2 tu AuntyJid paling suka pic yang pertama tu. Effect dia nampak sangat nostalgia. Nanti bila Orked dah besar2 mesti rasa sweet sangat bila tengok pic tu kan? hehe...

Sorry, AuntyJid nak tanya Mommy Orked 1 soalan boleh? hehe..
Kat mana Mommy Orked beli tudung yang labuh macam tu? Cantiklah.. Ada tak yang labuh macam tu tapi tak ada awning. :-)

✿MisS NadRAH♥ said...

Salam..

ala2..comel orked ikat rambut...=)

Orked said...

Daddy: kesian Daddy sorang-sorang hensem...

uncle pyejal: hehhehe... sebab tu jadi banyak entry...

aunty filla: bawaklah Kak Kasih dan Adik Amaani main air. best tauuuu!

Aunty Jid: hheheh... saje je Mummy edit ala nostalgia... kasi lain sikit... tudung tu mummy beli kat bangi, sebelah kedai manjaku yg jual barang baby tu. tapi takde pulak yg takde awning. situ tudung labuh ada awning je yg dia jual...

aunty nadrah: tq.... hehhe... rambut orked dah makin panjang, kan?