Tuesday, December 1, 2009

Orked di Rumah Nenek

Beberapa minggu yg lepas, Orked ada bermalam di rumah Nenek. Masa tu Daddy takde sebab Daddy kerja outstation. Kat sini Orked nak share benda-benda yg Orked suka buat masa pergi rumah Nenek...

Yg ni di garden rumah Nenek. Garden tu Nenek namakan Taman Gemala Sari. Kat garden ada satu pondok wakaf kayu. Orked suka bergayut kat tepi wakaf tu.


Masa ni sambil breakfast. Jadi, ada roti telur dalam mulut Orked. Sorry....


Ini pulak kat sofa rumah Nenek. Orked main lompat-lompat, tunggeng terbalik dan baring-baring. Ni Orked menyorok celah bantal.


Kat rumah Nenek ada satu mangkuk yg Nenek letak kunci rumah dan kunci kereta. Orked suka mengemas kunci-kunci tu.


Orked juga suka bergayut kat telefon. Tapi gaya je lah lebih, suara tak keluar pun. Kalau keluar pun perlahannnnn je suaranya. Masa ni Daddy telefon. Orked cakap dengan Daddy.


Yg ni Orked mengemas buku Cik Yana. Apalah Cik Yana ni, letak buku merata-rata. Meh Orked kemaskan!


Yg ni Orked sangat happy. Happy kenapa ntah. Orked pun dah lupa.


Sweet tak kalau Orked senyum camni?


Orked tengok bayang-bayang kat meja. Orked memang suka tengok cermin.


Wah, Orked dah berjaya panjat atas meja tanpa ada sesiapa yg marah kat Orked. Tak sesia Orked senyum sweet sweet tadi...

Orked tengah tulis nama Orked kat atas buku.


"Takde dah!" Salah satu bahasa isyarat yg Orked pandai. Apa yg dah takde ntah....


Ini pun favourite spot Orked, panjat tangga! Orked boleh turun naik panjat tangga banyak kali tanpa penat. Tapi Nenek lah yg penat tak larat nak ikut Orked. Mummy mmg dah surrender, tak larat nak jaga Orked panjat tangga. Sib baik Nenek rajin layan Orked.


Rumah Nenek ni kadang-kadang bersepah. Kertas merata-rata. Jadi, Orked kena tolong kemas.


Dekat rumah Nenek juga ada playground. Playground situ best, ada slide dan swing yg Orked boleh naik. Orked suka pergi sini. Lagipun sini tak ramai orang, tak payah Orked nak berebut.


Ini masa Orked dah masuk kereta ready nak balik. Walaupun best duduk rumah Nenek, tapi tak bolehlah lama-lama sebab Orked pun ada rumah sendiri. Orked rindu juga rumah sendiri. Thank you Nenek tumpangkan Orked! Muah....


Itulah serba sedikit aktiviti Orked di rumah Nenek. Gambar-gambar ni semuanya Nenek yg ambik. Ada banyak lagi gambar Orked kat facebook Nenek. Kalau nak tengok addlah Nenek sebagai friend. Nama Nenek Orked Hasiah Kadir.

Ok semua, babai....

xoxo

Orked
by Mummy

15 comments:

JMR said...

sweet bangat seyh..

queserasera said...

serius ke ckp telipon tu. ape la yg daddy dia dok pesan agaknye tu hehehe

L@n@ said...

orked yg chummeyy.. jom la dtg umah aunty.. sure sronok.. ade geng leh main ame2..

nard said...

hai orked...
comel sgt..sumer gigi nampak...
bile tgk orked ni tibe2 je windu kat baby antie...rupe ade iras sikit2 cam orked...

utk nenek orked...nnt saya add kat fb ekk...

klu senang singgah la blog antie gak..sbb antie lama dah add orked..

k tata...

Auntyjid said...

Orked, auntyjid frust sgt. sampai hari ni still tak dpt undi orked. hari2 masuk website tu..huuhu...

Rajinnn orked mengemas yer.. nanti dah ada adik, rajin2 lah orked tolong mummy jaga adik pula yer.. (",)

Aunty Bard said...

hi Orked....rajin la Orked tolong nenek mengemas umah yerk. dan sangat comel Orked chit chat ngan daddy via HP....hehheh tapi muka notty ye kat wakaf nenek :-)

mamamiera said...

comel sgt orked..
es0k adik orked gaknye hensemlah ye..
ntah si hensem @ si cantik??

BUYEN said...

unty suka tgk gg orked...time ni dulu bb unty dah byk gg tapi ckp peyat.Wowww nenek orked ada fb...

Munirah Abd said...

sengeh orked yg nampak gigi kapak tu remind me masa kakak kecik2x dulu..
cenggini la rupanya..hahah

n bila kakak tunjuk pic orked ni kat umi kakak..umi kakak ckp mcm sama..sesetengah pic la..oh rindunyaaa

Orked said...

JMR: tq :)

aunty queserasera: betul le aunty, masa tu mmg daddy tengah call orked. tapi daddy je la cakap sorang2. orked jawab kadang2 jer...

aunty lana: rumah aunty lana ada geng main eh? ramai ke?

aunty nard: oh, anak aunty pun muka hampir sama dgn orked ye? mesti comey jugak :D

auntyjid: sekarang dah tak boleh vote dah aunty, penyertaan dah tutup. kita tunggu result je ek? ha, nanti ada adik orked nak tolong basuhkan berak adik. hehehhe....

aunty bard: mana de muka notty. muka innocent la aunty. hehhehe...

mamamiera: tak tau lah aunty, adik orked kecik sangat lagi. nanti dia besar sikit baru tau kot boy ke girl... orked tak kisah apa pun boleh.... janji kita ngam hehehe...

aunty buyen: orked pulak gigi sikit dan tak pandai cakap lagi. orked cuma pandai order "nak, nak nak" je. hehehhe. nenek orked mmg advance, dia pandai guna facebook!

Orked said...

munirah abd: ye ke sama? hehehhe... kalau rindu tengoklah pics orked ye? :)

lovelygift said...

hi orked...tomeinya die

Ir in d house said...

waa...ok makin pandai bergambar..comey...


http://funkyindhouse.blogspot.com/2009/12/187-koleksi-resepi-harian-untuk-seisi.html

mariaariffbaby said...

orked ni macam anak auntie, ecah.

mmg aktif..but sekarang she sick
please pray for her yer

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

mummy...

ni summary gambar orked dalam versi pantun.. ahaks

http://www.facebook.com/photo.php?pid=3100587&id=523868896#/photo.php?pid=3240722&id=737332357

take care orked, mummy dan daddy