Tuesday, December 22, 2009

Orked Main Langsir - still version

Hai hai.....

Hari tu dah tengok gambar Orked yg bergerak kan? Hari ni Orked letak gambar Orked yg tak bergerak pulak. Huish, susah tau Mummy nak ambik gambar ni, pasal Orked sebenarnya bergerak je, tak boleh berhenti. Jadi banyak gambar Mummy kata blur blur.






Seronok tau, main langsir ni. Lagipun kat rumah baru ni Orked takde mainan, takde benda nak disepahkan. Kalau kat rumah lama ada banyak tempat Orked boleh korek-korek untuk "kemas". Tapi kat sini limited pulak benda nak korek. Mummy dah tak letak kertas dan magazine dan macam-macam merata-rata dah. Mummy... Janganlah simpan semua dalam almari, Orked nak kemas niiii.... Mummmyy.... Tangan Orked gatal nihhhh....

Muah muah....

Orked
by Mummy

10 comments:

Auntyjid said...

Wahhhhhhhhh... memang betul2 seronok orked main langsir nampaknya...

orked meh tolong kemas umah auntyjid jer lah... byk majalah tak bersusun nih.. hehehe

Lyn said...

Gambar #3 memang nampak muka SN :)

Pnut said...

at least mummy orked ada kamera canggih nak amek gambar orked yang gerak-gerak tu... mama alesya geram gile bila berpuluh amek gmbr semua blur.. tak diam betui duduknya...

misz beauty said...

gigi da semakin banyak... dan orked bertambah shomel.... auntie gerammmm sgt nak cubit.... ;-)

Orked said...

auntyjid: wah, macam best je rumah aunty. banyak magazine merata2 ye? wowwwww....!

lyn: alamak, makin besar makin hilang muka mummy ek?

aunty Pnut: apa lagi, shopping le kamera canggih! hehehhehe

aunty beauty: gigi orked dah 6 sekarang. bila ntah nak penuh. orked nak makan daging!!

Zarpeno said...

kecik2 dah pandai tuleh blog ya Orked.hehe

fifi said...

gmbr orked yg ke 3 tu sebijik mcm daddy dia

Aunty Bard said...

aunty suka betul tgk Ooked ketawa, bersungguh aje Orked ni ketawa tak berhenti. seronok sangat main ngan mummy yerk....

hehehhe sangat comel Orked wat star-jump dalam video tu, tapi practice lagi, nanti boleh ganti mummy :-)

Radin Aminurasyid said...

gigi orked smakin banyak & suke senyum... :)

finie said...

hi..orked..auntie nk tnye kt mummy orked laa...emm..masa mummy orked sekolah rendah dulu, penah sekolah mana ekk? mcm familiar la muka mummy orked and nama pun sama cam kawan auntie dulu tu....auntie dulu sekolah rendah kt parit raja..bt pahat johor..masa tu around years 1988 x silap..Sekolah rendah tu namanya SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS PUDING.. kalo salah org sori ye mummy orked..tp suka baca post n tgk keletah orked dlm blog ni..1st nmpk orked dlm mag PA&MA..Wslm orked n mummy..