Monday, March 30, 2009

Orked menyokong Earth Hour


Sabtu malam yg lepas, Orked turut sama rakyat Malaysia yg lain tutup lampu rumah. Pukul 8.30 malam Mummy tutupkan semua lampu. Lepas tu rumah jadi gelap dan Orked tak nampak apa-apa. Jadi Mummy pasang lampu handphone untuk Orked tengok. Tapi Orked tak gunakan lampu tu untuk melihat. Orked salah guna. Orked pergi makan handphone tu. Orked memang camtu, suka makan handphone. Kalau nampak handphone Mummy dan Daddy Orked mesti nak ambik dan masuk mulut. Sedap rasanya kalau dijilat. Nyum nyum...

Alamak, dah lari topik. Balik kepada cerita tutup lampu. Mummy kata kalau tutup lampu ramai-ramai tu boleh bantu menangani pemanasan global. Orked pun tak tau lah apa pemanasan global tu. Yg Orked tau tengahari kalau tak hujan rumah mesti panas. Itu lah kot. Apa pun, sekurang-kurangnya Orked dah pernah dengar perkataan pemanasan global walaupun belum faham maksudnya. So, kiranya kempen tu berjaya lah untuk bagi kesedaran kepada orang ramai tentang isu pemanasan global.

Selepas Orked faham, Mummy pun buka lampu. Sekejap je tutup lampu. Sebab kitorang nak keluar lepas tu. Nak keluar rumah malam-malam tak boleh tutup lampu. Nanti ada orang lain pulak yang masuk rumah. Uuu.... Bahaya.....

Selamatkanlah bumi kita!

Orked
Oleh Mummy

12 comments:

mummy Arissa & Aydin said...

he..he..bagus Orked. InsyaAllah..semoga bumi kita terus terselamat yer Orked.p/s Agaknya hp mummy & daddy Orked pakai blackberry kot?? Itu yg Orked rasa 'sedap' utk dimasukkan dlm mulut...jaga2 yer Orked jgn salah guna hp mummy & daddy..

nmmy84 said...

bagus2 aunty pulak in advance da earth hour.umah aunty black out kol 7 sampai 8.30..hehe.jadi time earth hour aunty kluar g makan.jadi aunty kene gak pasang lampu utk keselamatan :))

orked, klu la dapat jumpe orked kan bestnye..geram :)

ryani said...

orked..acik yan dah beli pa & ma..cpt2 beli sbb nak tgk gambo orked...uncle azam ckp orked cooooomel sgt!!!nanti kalo acik yan ngan uncle azam ada baby...nak comel mcm orked gak..nak pipi gembol mcm orked gak yer...muah2 utk anak dara acik yan ni....

misz beauty said...

yes... selamatkan bumi... tapi untie beauty tak sempat nk join same dat kempen coz duk dalam kete come back from perak... so rugi sangat... juz sempat tengok jusco bukit raja bergelap on dat time... bagus2... =)

orked dalam gelap pun comey amik gambar... ;-)

madoka miyajima said...

Mujur Orked sempat possing dlm gelap tu yer. Kalau tak... rugi ketinggalan peluang tu.. AuntyJid pegi kenduri mlm tu. kat kenduri pun turut sokong dgn buat candle light dinner 2 min. Tp 2 min je la, takut pengantin tercekik tulang.. (",)

**cantiklah pic Orked yg ni. Kreatif mummy orked amik gambar...**

Aunty Bard said...

wah ORKED pun sokong earth hour....aunty tak dapat nak bergelap sebab tgk sibuk dengan kenduri adik ipar aunty kat perak. takpe, kalau next year ada lagi, nanti aunty bersama2 ORKED sokong earth hour ok!

hasiahkadir@yahoo.com said...

Nenek bangga sangat dengan cucu nenek sorang ni. Kecik2 lagi sudah ada kesedaran. Semoga ramai lagi kanak2 macam Orked dalam dunia ini, yang akan menyelamatkan bumi dari malapetaka maha dahsyat. We only have one world Orked, together we can save our world from destruction!

Ummi Salsabila said...

cutenyer orked..:)

Pnut said...

lahai..untung Order jadi anak sepol ngan intan, coz pic orked sumer lawa-lawa...

orked makin comeeiiii sangat...

IdzaRis79 said...

orked...

syabas!!!
(tp lagi syabas pada mummy yg rajin taip..heheh,yer x doc?)

ibu@nadia-arif-najiha said...

nadia-najiha n arif lupa tutup lampu lah orked..sebab mlm tu ayah sibuk buatkan flash card ali -ba -ta utk kitorang..susah na nak baca iqra ibu kata...so kasi kenal huruf dulu......huhuhu...tp ayah n ibu kata tahun lepas kami tutup....

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

berminggu tak tengok orked.. comel sngat! geram nak cubit-cubit.. dulu tak sempat nak cubit-cubit...

mummy, datang manchester tak may ni?