Wednesday, October 13, 2010

Finger Painting

Masa Daddy belikan kepak butterfly kat Orked, Daddy sebenarnya ada belikan benda lain juga. Kenapa ntah, hari tu Daddy murah hati pulak belikan banyak mainan untuk Orked. Sebab dah lama tak belikan kot? Tak pun sebab Daddy rindu kat Orked. Daddy dah jarang main dengan Orked sebab Daddy banyak keje.

Satu lagi mainan yang Daddy beli untuk Orked tu ialah colour untuk Orked buat finger painting. Wah, bestnya! Colour ni washable. So, tak yah risau dia melekat kat mana-mana, sebab boleh basuh. Orked gembira boleh mewarna, Mummy pun senang hati sebab baju dan rumah tak kotor. Hehehehe....

Gambar ni Mummy ambik masa hari pertama main. Mummy sayang dengan colour tu, takut habis. Jadi Mummy bagi colour hijau dan merah je. Ada 4 colour sebenarnya; merah, hijau, biru dan kuning. Hari ke-2 dan seterusnya baru Mummy bagi main semua colour.


Namanya finger painting, so kenalah guna jari untuk mewarna. Tapi sebenarnya boleh juga guna tapak tangan, berus, dan benda-benda lain juga. Cuma masa tu Mummy belum ajar Orked lagi. Mummy baru ajar guna jari je.


Khusyukkan Orked mewarna? Orked nak belajar lukis cantik-cantik. Orked nak jadi artist macam Daddy. Eh, bukan artist yang menyanyi, berlakon tu tau! Artist yg pandai melukisss.... Hehehhe... Daddy kalau lukis, cantik. Mummy pulak... Emmm... Booolleehhh laaaa... (Ambik hati je ni, takut Mummy dah tak nak lukis I Love U kat Orked lagi dah pasni).


Hari tu Mummy tunjuk video kat youtube. Ada sorang budak tu, umur 3 tahun dah pandai lukis cantik guna finger painting ni. Orked nak cuba buat jugak. Tp jadi camni jer....


Dah namanya orang kidal, dah elok-elok guna tangan kanan pun, terselit jugak guna tangan kiri. So, jadilah both hands painting. Hehehe...


Bila tambah warna merah baru la cantik sikit lukisan Orked. Ha, I Love U kat belakang tu la yang Orked selalu suruh Mummy lukis...


Camni lah rupanya tangan Orked lepas mewarna. Tapi jangan risau, colour ni senaaaaanggg sangat tanggal. Gosok-gosok sikit bawah air pun dah bersih dah. Tak yah nak susah kena sabun dan tonyoh-tonyoh kuat sangat pun. Kat baju Orked yg kotor pun senang hilang juga bila basuh. Kat kerusi dan meja Orked pun, Mummy lap guna kain basah je dia dah hilang. Betullah washable seperti yg ditulis kat label. Heheh....

Itulah dia pengalaman pertama Orked buat finger painting nih. Seronok! Lepas tu hari-hari Orked minta kat Mummy nak colour. Tapi Mummy bagi buat sekali sehari je. Mummy sayang takut colour habis lah tu... :p

Tata!
xoxo
Orked
by Mummy

8 comments:

Aunty Bard said...

wah Orked explore benda baru lg iaitu finger painting :-). dah practice bnyk kali nnti mesti lawa painting Orked tu....go go Orked!

Auntyjid said...

Wahhh...Bagus Orked!!! mewarna ini boleh tambah skill dan kreativiti. Mainan yang sangat baik untuk otak ni... heheh.. Auntyjid pernah tgk video 3 yrs old kid kat youtube yg buat finger painting ninja turtle cantik sgt. Nanti Orked pun boleh buat finger panting yang cantik2 juga! chayok2 orked! mwahhh!!!

susudalambotol said...

Nasib tak comot sampai muka. Heeee. Kiut!

mariaariffbaby.com said...

wah..orked dah buat la finger painting ni..good exposure la !

SN said...

kesian anak daddy kebelakangan ni kurang dapat jumpa dan main2 dgn daddy :(

IbuHanna said...

wah! mcm best je..mana daddy orked bli benda ni ek..nk cari gak la..

Orked said...

aunty bard: practice makes perfect kan? okkeyyy...

aunty jid: haa.. video tu la yg Orked tgk. nanti Orked nak lukis Minnie Mouse.

mak lang: heheheh... muka terselamat lg masa nih....

mariaariffbaby: daddy beli, Orked pun... main ler... :)

daddy: bukan Orked jer... mummy pun dah jarang jumpa daddy gak... :(

IbuHanna: colour Orked ni Daddy beli kat Toys r Us.

Daddy said...

orked...update lah blog. Daddy boring orked tak ikot gi singapore :D