Sunday, October 17, 2010

Girlish

Salam semua...

Atuk, Nenek dan Cik Yana Orked baru je balik dari Bandung dan Jogjakarta minggu lepas. Semalam Orked pergi visit Atuk dan Nenek kat rumah mereka, dan Orked dapat hadiah! Banyak pulak tu... Macam-macam Atuk dan Nenek belikan untuk Orked.

Malam ni, walaupun kat rumah, Orked seronok dan tak boleh lepas pakai 2 hadiah cute yg Atuk dan Nenek belikan. Jadi, Mummy pun ambik gambar sebab Mummy kata Orked nampak cute dan girlish. Ala Mummy tu, apa Orked buat pun cute kan? (kecuali time nangis dan notty). Hehehhe...


Selipar bulu-bulu dan beg strawberry tu lah yg Atuk dan Nenek bagi kat Orked. Cuteeee... Selipar tu bulu-bulu dan lembut. Beg strawberry tu boleh jadi beg dan jadi bantal. Tapi kan, orang buat beg tu dah salah eja, dia eja strawwberry. Terlebih w! Heheheh....

Kalau tengok gambar yang kat atas ni pulak, boleh perasan tak ada sesuatu yang telah terjadi? Jeng, jeng, jeng... Orked dah terpotong rambut sendiri. Kat tengah-tengah tu. Nasib baiklah masih boleh cover lagi... Huhu...


Dan ini pulak ialah gambar adik yang latest. Adik dah 4 bulan. Sekarang ni dia suka buat muka kelakar macam ni. Dia ketap bibir dengan gusi yang takde gigi dia tu. Hehehe...

Ok, Orked dah nak tidur. Esok Mummy kerja. Mummy dah start kerja sejak Jumaat lepas. Nite nite!

xoxo
Orked
by Mummy

9 comments:

rara.aira said...

orked sangat comel laa ngn strawwberry tue . .hihihi

SN said...

alaaa comellll anak2 daddy ni.
Orked punya muka macam Saiful Nang lah hahahaha. Rindu kat anak2 dan mummy...esok daddy balik Malaysia kay. Orked, Adik dan mummy ambik daddy kat airport :D

Zila Ahmad said...

Comel lah beg Orked...nanti Auntie nak pinjam bleh ker...ehehehe

Aunty Bard said...

hehehhehehe nasib baik maintain cute walaupun Orked dah terpotong rambut sendiri. camne boleh terpotong ni Orked? wah bnyknya Orked dapat present dari atuk, nenek n cik yana. bestnyaaaaaaaaaaaaaaa....adik Seri dapat hadiah apa pulak? alahai comel muka cute Seri la, macam muka mummy :-)

Anonymous said...

comelnya orked!!!!
and adik pun dah pandai possing gak tuh..

nenekOrked&Seri said...

Wah bergaya sakan cucu nenek ni! Lain kali nenek beli lagi barang2 yang Orked dan Adik Seri suka.

Sesumpah said...

hohoho orked dan adiknya comel giloos!

N U R U L said...

orked dgn adik comelllll! geram je tgk baby 2 orang nih.. ;p

Emmy said...

pandainya dia posing!