Monday, May 9, 2011

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Dua, tiga minggu lepas, masa duduk di rumah Atuk sebab Daddy outstation ke Perth, Atuk telah bawa Orked dan family ke Bukit Malawati, Kuala Selangor. Orked ni biasa buat cerita 2-3 minggu lepas, kan? Cerita terbaru pulak, peram untuk publish 2-3 minggu lagi. Haha. Ok, balik semula ke cerita. Atuk saja je ajak pergi sana, sebab nak bawa Orked jalan-jalan. Lagipun Atuk dah boring kot, duduk rumah je sejak Atuk dah bersara full time ni. Jadi, bila Orked datang rumah Atuk, Atuk bawalah Orked jalan-jalan.

Kat atas Bukit Malawati ni ada rumah api, meriam dan banyak monyet. Dulu tempat ni adalah istana dan juga kota yang mempertahankan Selangor dari serangan orang asing dari laut. Dari atas bukit ni memang boleh nampak sungai dan selat. Biasanya ada ramai pelancong kat sini, dan ada keretapi kecik untuk naik ke atas bukit. Tapi hari tu takde keretapi, dan orang pun tak ramai sebab hujan.

Memandangkan masa sampai kat sana, hujan renyai-renyai. Jadi, tak bolehlah nak pusing-pusing sangat Bukit Malawati tu. Kat sana Orked tengok ada rumah api, ada meriam, dan ada monyet. Dalam perjalanan pulang, kitorang berhenti makan Pizza Hut nyum nyum.... Tengok gambar ye?

Atas car seat dalam kereta. Orked sekarang suka masuk jari dalam mulut yang menyebabkan Mummy sangat tak suka

Adik Seri tido termenung dalam car seat dia

Adik dengan Atuk

Adik nampak keciiikkk aje

Ramai-ramai bawah payung. Hari tu hujan, langit pun mendung je.

Adik Seri tak padan dengan kecik, sibuk nak bawak payung sendiri

Mummy, Adik, payung dan meriam di puncak Bukit Malawati

Adik meronta nak turun sebab taknak Cik Yana dukung. Adik ni kalau x nampak Mummy, dia ok orang lain dukung. Tapi kalau nampak Mummy, dia nak Mummy

Mummy dukung dia happy je kan? Padahal Mummy ni tulang je pun...

Terbang di bawah rumah api

Join Adik terbang di bawah rumah api. Perangai Orked sejak ada Adik ni ialah, apa Adik buat/dapat, Orked pun mesti buat/dapat juga. Tak leh kurang...

Happy together-gether. Kebetulan pulak, Mummy dan Nenek sama pakai baju purple. Gambar jadi simetri.



Cik Yana pun nak join the club terbang bawah rumah api

Anak Mummy


Main buai-buai kat tengah jalan. Kereta takde takpe....

Jalan dengan Nenek.

Dah penat jalan, makan kat Pizza Hut pulak. Nak manja dengan Nenek, Nenek suapkan makanan. Sekarang ni rambut depan Orked dah panjang, dah masuk mata. Daddy kata xnak potong, nak biarkan panjang. Kalau masuk mata, sepit atau ikat je.

Itu sahajalah perkongsian Orked untuk kali ini.

xoxo
Orked
by Mummy


8 comments:

Mama AA's said...

cantik gambar... pakai kamera ape ye

untie liza said...

wahhhh...leganye dapat baca blog ni...lama untie liza tunggu ..suka nmpk gambaq orked ngan adiknye....tk berat ke nenek orked dukung orked?...Okler apapun untie liza ucapkan Selamat Hari Ibu untk mama orked...dan juga utk nenek orked...

ainiyah said...

seri sangat copy kak intan.

Aunty Bard said...

hehheheh mmg anak mommy la Serini sebab nak dgn mommy jerk :-) gaya senyum n rupa pun mcm mommy gak hehe. cantik2 gambar Orked jalan2 kat bukit melawati ni la.

mommy, cantik baju. beli kat mana? :-)

auwcak said...

suka pic atas jalan tu...

pyejal said...

comel blog ni..
nanti orked suruh mummy rajen2 tulis blog ek..:)

Orked said...

Mama AA's: Pakai kamera Nikon D50 (Mummy punya) dan D90 (nenek punya)

Auntie Liza: Berat le jugak. Boleh dukung sekejap je. Lama-lama tercabut tangan Nenek kot. Hehehhe... Terima kasih sebab wish dekat Mummy dan Nenek Orked... :)

Aunty Ainiyah: Dia memang anak Mummy

Aunty Bard: Aunty pernah pergi sini tak? Baju Mummy tu hadiah dari Cik Yana. Rasanya dia beli kat pasar pagi yang dekat Stadium Shah Alam tu kot. Mummy kirim dia belikan, tapi dia bagi free je. Hehehhe...

Auwchak: TQ :)

Uncle Pyejal: Orait Uncle. Thank you sebab baca blog Orked.

Anonymous said...

bleh x nk tny peta dr tanjung malim ke bukit malawati cne bleh x nk tny peta dr tanjung malim ke bukit malawati cne ye