Thursday, May 19, 2011

Mummy Cuti Part 2

Sambung lagi entry semalam.

Lepas balik dari Alamanda, duduk kat bilik je sampai malam. Kat bilik takde mainan, jadi Orked dan Adik main ler dalam laci almari...

Adik intai-intai je benda kat tangan Orked. Dia teringin la tu...

Main panjat-panjat kat dalam laci. Adik ni bukan boleh duduk diam, bergerak je kerjanya.

Dia cuba nak keluar dari laci

Tak sedar kaki dia pendek tak sampai. Pastu marah sebab tak pandai nak turun. Hi hi hi

Lepas main kat laci, Adik sepahkan beg sekolah Orked pulak. Dalam beg sekolah Orked ada macam-macam. Buku tulis, buku warna, pencil box, kertas, anak patung, getah rambut, buku bacaan dan macam-macam lagi. Nasib baik beg Orked kecik. Kalau lagi muat, memang macam-macam lagi Orked nak sumbat kat dalam beg tu.

Adik konon-konon baca buku.

Lepas tu konon-konon berfikir nak faham buku pulak.

Lepas tu...... Eh, makan buku?

Makan getah rambut pulak. Adik ni semua dia nak masuk mulut

Tak sedap? Tau takpe...

Dia jumpa pemadam Orked, dia nak padam kertas pulak.

Lepas tu tengok tv...

Adik dah blur-blur, dah ngantuk.

Dan akhirnya semuanya pun pengsan... Macam-macam gaya tido.
(Mummy tutupkan pampers Orked yang terselak sebab Orked malu)

Masa kitorang tido tu dapat la Mummy pun rehat sama sekejap.

2-3 jam kemudian, bila bangun, yeah, sambung buat "kerja" semula! Masa ni Daddy pun dah balik dari work Daddy.

Adik dah nampak komputer Daddy! Dah siap mandi tapi tak sempat nak pakai baju tido dia dah lari.

Daddy bangun sekejap je terus dia take over komputer Daddy.

Tapi bila Daddy balik... Ha ha ha... Kesian, Daddy tak bagi main. Frust nak nonggeng dah tu!

50% Mummy and 50% Daddy ye? Kalau camni rasanya 100% Daddy kot? He he he he...

Itu je lah sehari bersama Mummy sempena Mummy cuti dan Daddy work dekat Residence Hotel, Uniten. Harap enjoy tengok gambar banyak-banyak ni. Mummy suka letak gambar dan cerita kat blog supaya esok-esok nanti senang nak tengok balik perkembangan Orked dan Adik.

tata titi tutu

Orked
by Mummy

5 comments:

untie liza said...

salam...bestnye tgk gelagat 2 beradik ni....paling suka gambar adik yg tak boleh turun dr laci tu....

Filla ~ Kasihs said...

best nye orked ngan adik gi cuti ;)
adik naik eczema kat pipi ke? cuba guna cetaphil intensive cream kot nama dia? filla gi pakar kat puchong dia bagi tu.. pastu dah habis.. cari kat pharmacy takde.. so filla beli yang lotion cetaphil tu je.. tapi yang intensive cream tu lagi bagus kot.. pekat.. kadang kulit dia jadi kering tu yg dia jadi gatal dan melarat.. utk mandi pon filla guna cetaphil tu.. sekarang Alhamdulilah takde dah kulit kering kat betis and pipi.. kalau nampak kat kaki dah start nak kering.. rajin-rajin sapu cream tu...

Aunty Bard said...

hahahhahah tang nangis kuat tu mmg 100% daddy kot hehehe....comel anak2 dara mommy ni la. lawa rambut Orked :-)

misz beauty said...

ehehehe.. comel je dua2.... rasa nak cubit2 geget2 pipi dua2..=)

Daddy said...

pasal mummy tukang tulis patut lah cakap 100% daddy....mana ada daddy nangis...huisshhh