Wednesday, May 11, 2011

Model Muslimah

Orked sekarang ada banyak baju kurung baru. Maklumlah, Nenek Orked pandai jahit baju kurung. Mummy pun best le, beli kain Nenek tolong jahitkan. Selalunya Orked pakai baju kurung ni hari Ahad. Hari Ahad ada aktiviti di Prihatin. Ataupun, kalau pergi ke kenduri, Orked pakai baju kurung juga.

Disebabkan Orked suka pakai tudung, tudung pun Orked dah ada banyak juga. Macam-macam warna Mummy belikan. Dulu Mummy suka belikan yg ada renda dan ada getah kat kepala tu. Sekarang ni Mummy suka belikan yg jenis Syria pulak. Tudung Syria ada anak tudungnya sekali. Jadi, Orked tak lah selekeh sebab rambut Orked dah tak keluar dari tudung lagi dah...

Ini cara-cara memakai tudung bila Mummy yang pakaikan. Selalunya orked nak pakai sendiri. Tapi bila pakai sendiri senget-benget le jadinya...

Mula-mula pakai anak tudung. Lepas tu baru pakai tudung. Nak masukkan muka kena pastikan garisan jahit tu kat bawah dagu, baru betul...

Lepas tu, tarikkan ke belakang sampai ketat

Pastikan telinga tak terpenyet. Kalau tak, nanti sakit kepala

Yeah, dah siap

Model tudung kanak-kanak butik Mummy

Camtu le caranya...

Masa mula-mula pakai tudung dulu, Orked boleh bertahan sekejap je. Pakai sekejap, sejam dua dah nak buka. Sekarang ni seharian suntuk pun dah ok. Cuma kalau masuk dalam rumah atau baring nak minum susu/tido Orked nak buka. Tapi lepas tu pakai semula. Alhamdulillah...

Selingan: Orked bagi Adik minum Milo. Dia tak pandai hisap straw, tapi teringin. Orked bagi je le... Tapi dia gigit-gigit je straw tu. Tak minum pun...


Orked sekarang hari-hari dalam kereta on the way balik rumah lepas kerja, akan minta Mummy beli air Milo/Susu kotak kat stesen minyak. Siap pesan nak kotak kecik, sebab Orked kecik lagi, kotak besar tak habis. Hari-hari. Tapi kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Tengok keadaan perut Orked; dah buncit ke kempis dan mood Mummy. Hehehe...

Love,

Orked
by Mummy

17 comments:

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah. comel je orked yg solehah bila pakai tudung syria.

pandai mummy. ikut trend skrg.

lepas ni orked versi hana tajima pulak. hehe.

Orked said...

hehehhe... tudung hana tajima untuk kanak-kanak takde lagi kot kat kedai. tak pun mummy yang tak jumpa.

kak liza said...

Makin comel orked pakai tudung....

ishamizu said...

cute tudung syria Orked mcm tuannya lah. :)

{ finieViolet} said...

bagusnya orked nak jugak pakai tudung..siap pakai inner syria lagi.. my daughter kejap je nak sarung tudung, tak sampai 10 minit dah dilempar tudung tu.. Kan comel kalau bertudung..

nenekOrked&Seri said...

Comelnya cucu nenek ni!!

Auntyjid said...

Sejuk hati tengok Orked pakai tudung macam ni. makin terserlah kecomelan Orked...:-)..mwahhh!!!

sizuka[Izzati] said...

olololo comeynya orked pakai tudung.hehe.

strawberi said...

ala..comeynya orked..good girl!!.. be a good muslimah ..k

nurayunni said...

1st singgah blog nie...orked yg comel..suke tgok..:)

su su said...

moga orked menjadi anak yg solehah...amin

misz beauty said...

comel... love orked!!

yanie anuar said...

comelnya orked pkai tudung..salam ziarah n follow

Orked said...

*blushing*

*blushing*

I.N.T.A.N said...

sungguh la comeinyer bile tgk budak2 pakai tudung ni...orked pakai tudung ngan baju kurung, muslimah dan solehah gayenyer... hrp2 terus macam ni sampai besar. InsyaAllah.

puanungupunyecerita said...

comei...orked.
tahniah akak..dpt bentuk die dr kechik.i like..

Orked said...

thanks... tapi sekarang ni Orked takde la pakai tudung setiap kali keluar rumah. praktis dalam seminggu sekali atau dua kali je. keluar rumah kadang2 pakai tudung, kadang2 pakai juga lagi baju gaun...