Saturday, July 3, 2010

Posing Ketawa

Kat rumah Nenek ni, Nenek rajin ambik gambar Orked. Selalu Nenek suruh Orked posing macam-macam. Pastu, Orked dah belajar satu style posing, iaitu posing ketawa. Kalau Nenek suruh ketawa, Orked akan ketawa, "aaa ha ha ha haaaaaa" dgn gediknya, dan Nenek pun akan ambik gambar. Sebelum ni Orked dah pandai buat nangis, sendawa, batuk, dan tersedu yg palsu. Sekarang dah tambah satu lagi, dah pandai ketawa buat-buat juga.


Kat bawah ni, gambar-gambar Orked yg Nenek ambik masa Orked posing sambil buat-buat ketawa. Emm... Nampak palsu ke nampak real? :D







Orked letak banyak sikit gambar walaupun lebih kurang sama je, sebab nak bagi Daddy tengok. Daddy kan rindu kat Orked. Betul tak Daddy?

Adik Seri Daddy rindu ke tak? Gambar Adik nanti next entry lah ye baru Orked letak. Oh ya, Adik Seri dah gemuk tau sekarang... Semalam pergi klinik sebab Adik ada ruam kat leher dia. Leher dia berlipat-lipat sampai nak tengok leher kena korek-korek cari leher dia. Kat tempat berlipat tu dia ada ruam, merah-merah, sebab tersorok. Doktor dah bagi ubat, harap Adik cepat baiklah. Kesian dia... Mummy kata ruam tu mesti sakit dan gatal. Eh, dah lari cerita pulak. Sebenarnya Orked nak cerita yang masa kat klinik tu, Mummy timbangkan Adik. Bila timbang, berat dia dah 4.2kg. Wah, tak sampai 3 minggu, Adik dah naik 900g. Tak tau lah Adik mmg dah gemuk ke, atau timbang klinik tu yg salah. Tapi kat rumah mmg dah keje dia minum susu je memanjang. Asal bukak mata je, nak minum susu. Mana tak gemuknya?

Mummy pulak, Daddy rindu tak? Daddy tak yah jawab pun takpe, Orked tau. Mesti ler rindu, kan kan kan? Gambar Mummy tak yah letak la ek? Sama je muka Mummy, tak berubah pun dari hari tu...

Ok, till tomorrow.

Tata
Orked
by Mummy

11 comments:

husna amira said...

Kesian adik Seri ada ruam kat leher.. Aunty Husna ada petua nk hilangkn ruam cepat.. pakai tepung ubi, letak tepung ubi tu kat tempat ruam.. InsyaAllah cepat baik.. yg petua pakai tepung ubi nie, petua mummy Aunty tau.. mmg mujarab, anak sedara aunty yg kena ruam lampin cepat je baik bila sabu tepung tu..

letak tepung kat tempat ruam mcm letak bedak..

Orked said...

Aunty Husna: thanks Aunty... tepung ubi yg guna untuk masak tu ke? ok, nanti Orked bgtau Mummy. kitorang cuba guna ubat dr bagi dulu, kalau bbrp hari guna tapi tak hilang jugak, nanti kitorang guna petua yg aunty bagi pulak. :) thank u!

Dayah said...

Salam Orked & Mummy Orked,

Posing buat-buat ketawa orked nampak real! ^__^ nenek nanti ambil gambar orked byk2 lagi yer.. orked nampak tembam dgn new hair..

Sian seri.. dulu2 kalau ruam.. mama letakkan Dayah bedak apa namanya ntah.. botol besi warna merah.. cepat je baik.. try la kak Intan.. lupa la pulak namanya..

husna amira said...

Tepung ubi yg pakai guna utk masak tu..

Orked said...

Orkedddd....daddy miss orked. Daddy ada belikan Orked iPad. Nanti lepas ni orked tak payah lah tension main puzzle tu pasal jari orked yg konon2 besar nak touch screen heheheh.

Mummy?? or course daddy rindu. Daddy kan familyman. Tunggu...sikit hari lagi daddy balik. Kejap lagi daddy nak kerja :D

Byeee

Daddy

Aunty Bard said...

cute betul Orked senyum, mmg real. tak nmpk macam buat2 pun....Orked rajin jaga adik Seri tak? muah utk adik gak ok.

mafuzah.mohamed said...

orked suke garu kepale ye bile tengah gelak?? comel!
kenape orked takmo simpan rambut panjang? heheh.

jangan nakal2. :)

auntyjid said...

Wahhh.. comel dan real la ketawa orked tuh.. nampak sungguh riang dan ria.. :)

untie liza said...

wah.. cantik lah rambut baru orked. autie liza rasa, orked ketawa tu real lah..

misz beauty said...

orked memang pandai posing... auntie sgt suke tgk gigi dier yg bulat2 tuh... heheheheee

Orked said...

betul ke nampak macam Orked ketawa real? wah, menjadi lah posing ketawa Orked nih! heheheh...

Orked sekarang ni rambut pendek dulu sebab Daddy kata Orked cute bila rambut pendek. Daddy suka Orked rambut pendek dan lepas rambut. :)