Sunday, July 11, 2010

Zara

Semalam, 2nd cousin Orked, Zara, datang rumah Orked. Mummy Orked dan Mummy Zara ni cousin. Sebab tu Orked dan Zara jadi 2nd cousin. Zara datang rumah sebab nak tengok Adik Seri. Zara ni lebih kurang sama umur dgn Orked. Zara cuma tua 4 bulan dari Orked. Zara cakap, nanti dia pun nak dapat adik jugak tak lama lagi. Adik Zara pun girl jugak. Adik Zara nanti lahir bulan 10 tahun ni. Nanti samalah Orked dgn Zara, dua-dua ada Adik yg lahir dalam tahun yg sama, dan dua-duanya pun girl.

Zara datang dgn Mummy dan Papa dia, dan dgn Aunty Lin juga. Orked dah lama tak jumpa Aunty Lin. Ke, Orked tak pernah jumpa Aunty Lin. Orked tak pasti pulak. Sebabnya, Aunty Lin sekarang tinggal di Kanada. Sekarang Aunty Lin balik holiday beberapa bulan. Tapi tak lama lagi Aunty Lin dah nak balik Kanada semula. Entah bila lah Orked dapat jumpa Aunty Lin lagi.

Inilah dia Aunty Lin

Dan ini pula Zara

Nanti bila Adik Zara lahir, Orked ajak Mummy dan Daddy visit Adik Zara pulak ye?

Till then, tata.

xoxo
Orked
by Mummy

4 comments:

Daddy said...

orked, byk2 sikit makan ikan supaya boleh lebih tinggi heheheh.Chinonet jer anak daddy. Cantik juga baju orked yg daddy beli kat Meijer haritu. Zara is a big girl now. Croc rules! but Orked's bought at pasar malam jer heheheh.

nenekOrked said...

Jika croc Orked beli kat pasar malam, mummy Zara kata croc Zara beli tepi jalan je.
Sweet betul Orked dengan Aya ni. (Aya ialah panggilan manja Orked untuk Zara. Cute kan!)

Mummy Zara Sofea said...

dua2 cute...

Anne M. said...

alahai..
comel sangat!