Monday, July 5, 2010

Orked dan Atuk

Hari Sabtu yg lepas Orked balik ke Malaysia. Dapatlah Orked jumpa Atuk dan main dengan Atuk. Dah lama Orked tak jumpa Atuk. Atuk Orked ni kerja kat Bangkok, Thailand. Dia cuma balik ke Malaysia sebulan sekali je. Kadang-kadang 2 bulan baru balik sekali kalau Atuk busy dan banyak kena outstation. Jadi, sementara Atuk ada kat kat Malaysia dan kebetulan Orked pun tinggal kat rumah Atuk, Orked telah mengambil kesempatan tu untuk main-main dengan Atuk. Ini gambar Orked masa Orked dengan Atuk duduk kat garden yg Nenek ambik.

Ini misai Atuk. Kalernya dah putih...

Orked dengan Atuk duduk kat pondok

Orked nampak kecik je kan, bila banding dengan Atuk? Sebab Atuk tinggi sangat... (bukan Orked kecik sangat, hehehe)

Jalan-jalan dengan Atuk kat garden. Lagi ler nampak Orked pendek sangat...

Tapi, petang tadi Atuk dah balik semula ke Bangkok. Sekejap je Orked dapat jumpa Atuk, tak sampai 3 hari pun. Orked harap Atuk selamat sampai ke Bangkok, dan akan selalu balik ke Malaysia lagi. Atuk kata, dah tak lama dah dia keje kat Bangkok. Awal tahun depan, habislah kontrak Atuk kat Bangkok. Bolehlah Atuk balik dan duduk kat Malaysia pulak...

Dalam entry lepas, Orked ada promise nak tunjuk gambar Adik yg dah gemuk tu kan? Ha, ni Mummy dah tangkapkan beberapa keping untuk Orked tunjukkan. Emm.... Tapi bila ditengok-tengok balik dalam gambar, takde le gemuk mana pun. Hehhehe... Tapi kalau tengok live gemuk tau! Ni mesti sebab Mummy salah ambik gambar niiii.... Tak pun, perasaan Orked je yg Adik dah gemuk. Hahaha....

Adik lepas mandi...

Ni Adik masa menangis. Tak senonoh betul. Hahaha...


Oklah, babai....

Luv,
Orked
by Mummy

7 comments:

Fazlinil Irma said...

amboi.. pandai orked ye.. cuba mummy cari gambar orked nangis mcm adik. sapa lg hebat. hehh.

Farra Dhelina said...

beruntung nya orked masih pya atuk..

Daddy said...

adikkkk...daddy miss adik :D
Oked....makin cheeky lah oked ni.
Mummy, thanks for the update. In 20 mins daddy dah moving out of Kalamazoo ke Chicago, so next day daddy is going homeeeee. But only reach KL in 2 days hahahaha. US dgn KL jauuuuuhhhhhhhhh. I miss all of you...i love all of u.

Aunty Bard said...

mmg comel Orked ngan rambut baru ni la...manja betul Orked ngan atuk yerk, ye la sekali sekala jumpa..... hehehhe adik Seri nangis nak susu ke tu?

misz beauty said...

owh patut la mummy orked tinggi sbb atuk orked pun tinggi.... alah, nnt orked mesti tinggi jugak... silap2 kalah mummy... ehehehee.... owh auntie miss nak pegang pipi orkedyg gebu tu..=)

Auntyjid said...

comelnya orked dgn rambut baru.. :-)...

adik seri pun comel jg dgn gaya possing sama cm orked masa kecik2 dulu... :-)...

uwaaaaaaaaaa... seri nangis dgn penuh perasaan ya..:-)

mariaariffbaby.com said...

dear orked manja..
oo..manja ngan atuk yer..
behave ek bila ngan atuk..

alolololo..napa adik seri nangis?
kena buli ngan kakak ek?