Tuesday, February 24, 2009

Orked Miss Daddy


Sejak semalam Orked tak jumpa Daddy. Daddy pergi Photocamp di Janda Baik, Pahang. Jauh tuuu... Esok baru Daddy balik. Orked misssssssss sangat Daddy. Selalu pagi-pagi sebelum pergi kerja mesti Daddy main dulu dengan Orked. Daddy golek-golek Orked, kiss Orked, geletek Orked, gantung-gantung Orked, buat Orked senyum, ketawa, dan macam-macam lagi. Happy je. Bila Daddy balik dari kerja pun macam tu juga. Daddy mesti main dengan Orked. Daddy kata Daddy miss Orked masa kerja. Tapi kali ni Daddy pergi kerja lama. Daddy tak miss Orked ke? :(

Tapi sekarang Orked jumpa Nenek dan Cik Yana. Orked dan Mummy tinggal di rumah Nenek. So, sekarang pagi-pagi dan petang-petang dan malam-malam Orked main dgn Nenek dan Cik Yana. Seronok juga. Rumah Nenek ada garden baru. Cantik. Nanti lain kali Orked tunjuk gambar.

Tapi Orked masih miss Daddy. ......

ORKED
(tukang taip: Mummy)
p/s: Mummy suruh cakap, gambar kat atas tu diambik menggunakan handphone Mummy aje. Edit guna Picasa aje. Handphone pun boleh ambik gambar Orked juga.

17 comments:

kupaslaroren said...

orked xpyah ckp pun mmg nmpk jelas kt muke tuh yg orked rindu daddy..

My Kids Stories said...

alahai Orked sedihnya muka...rindu daddy yer? kesian auntie tengok

My Kids Stories said...

salam mummy Orked, nak tanya sikit...camana nak buat yer comment have to verify b4 publish?tq

Eina said...

comeinyer orked...rindu daddy yer...ke mummy orked rindu daddy orked? heheheh

SN said...

Daddy rinduuuuu kat Otet dan Mummy. 3 hari ni hectic...ada sikit2 peluang nak online nak tengok selain dari MMS mummy tu kot kot ada mummy update blog. Hari ni daddy happppy sgt tengok muka anak daddy kat blog ni. Besok kita jumpa lagi ye. Daddy habiskan kerja daddy dulu. Kalau rindu sgt kat daddy suruh mummy mintak cuti dok kat sini dgn daddy boleh otet?

Anonymous said...

ekspresi muka orked menunjukkan yg orked windu sgt kat daddy....

love_sakura

Orked said...

Eh, Daddy ada internet! Yeay...

Esok Daddy dah nak balik, takpe la Orked tunggu je Daddy balik. Nak pergi sana Mummy pun bukan tau jalan.

Tapi Daddy pergi Sarawak nanti Orked nak ikut la......

madoka miyajima said...

waaaaaaaaaaa.. cantiknya pic orked ni.. kena dengan entrynyaaaa... sedihhh pula nampak wajah orked mcm ni...

Pnut said...

orked dah start makan ke??
alesya dah start mkn sebulan dah..
(ehehe ikutkan corrected age alesya is sebaya orked-alesya EDD ialah 16 august 2008)

akak kasi alesya mamam nestum fine cereal tu, campur susu sikit, selang seli dgn rice cereal with soya tu..

suka beno dia.. tp bubur nasi dia reject...

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

memang orked nampak sedih jek...
muka orang rindu..

tapi orked kan ada nenek ngan cik yana...
diorang pon bestt

dan yang penting orked ada mummy..

orked datang uk tak may ni?

AdiNang said...

orked.. paklang ada belikan ole2 utk orked dari bali. Maklang yang pilihkan. kitorang lagiiiii rindu kat orked. :( takpa, nanti paklang drop ole2 tu kat opis daddy orked yeh. jgn nakal2 tau. nak gigit pipi orked bole?

Queen Mother said...

Orked!

Sedih jugak Sya dgn Mama tengok gambar Orked tu.

Sya pun tau apa rasanya bila Mama Sya masuk hospital sebulan dan Sya kena duduk kampung...

Sabar yek?

Sya
(dgn bantuan Mama)

zahirahzahid said...

Orked sedih.. =(

Orked, nak minta link blog Orked taw, nak letak kat blog k.. =D

Aunty Bard said...

alahai cian baby ORKED ni rindu kat daddy....takpe, daddy dah nak balik tu....

misz beauty said...

alalalaaaa... cian orked miss daddy... xpe, daddy pi cari rezeki tuk bg orked mamam best2, bawak orked pi jalan2, pakaikan orked baju cantik2...;-)

Munirah Abd said...

pandainya dia buat expression rindu kat daddy dia..

now daddy dah balik kan..
namo sedih2x rindu lagi ye orked..

NURUL said...

comel nyer orked nie. geram tgk dia :)