Monday, February 2, 2009

Kenduri Pak Lang di Pahang



Akhirnya selesai sudahlah kesemua majlis perkahwinan Pak Lang dan Mak Lang. Akad nikah sudah, reception sebelah Mak Lang sudah, majlis sambut menantu di Pahang pun sudah. Masa di Pahang, Orked pakai baju purple lagi sebab tema warna pengantin ialah purple. Tapi kali ni Orked tak pakai baju baru, Orked cuma recycle balik baju raya hari tu. Masih cantik lagi. Kalau tak pakai sekarang, nanti Orked besar sikit lagi dah tak muat.

Masa wedding kat Pahang hari tu Orked tido sekejap tengahari. Tapi bila Pak Lang dah nak sampai Orked bangun sebab nak sambut Pak Lang dan Mak Lang sampai. Ada acara baling gula-gula. Orked pass kat Mummy suruh kutip untuk Orked tapi Mummy tak kutipkan sebab Mummy kata baby tak boleh makan gula-gula. Nanti Orked dah ada gigi dan dah pandai gosok gigi baru boleh (sebenarnya Mummy malu nak berebut dengan budak-budak).

Itu je lah kot Orked nak Mummy tulis. Lepas ni Pak Lang dan Mak Lang nak pergi honeymoon ke Bali. Harap-harap masa kat Bali tu diorang ingat la kat Orked. Bila shopping shopping tu bawak le balik souvenir untuk Orked ek?

Selamat Pengantin Baru Pak Lang dan Mak Lang!

Orked
(by Mummy)

7 comments:

Munirah Abd said...

walaupun dah byk kali tulis nak tulis gak..
orked u r soooo sweeet n chomailll..

Miss Moon said...

slamat pengantin baru Adi n Hidd...

sonok nye orked...makan nasik kenduri tak?

Acik said...

best la ORKED ni....tak meragam pun walau jalan jauh. seronok ORKED dpt bergambar ngan pengantin...:-. nanti suruh mummy n daddy letak gambar ORKED bnyk2 ok....

Amsyar Wafiq... said...

asik gi knduri kawin jer orked... amsyar pun boring tiap2 minggu ummi n babah asik ajak gi kenduri kawin.kalo dpt mkn takper, dpt peluh n penat jerk.apapun,jnji orked enjoice!..asmyar dh add blog orked.bole ek?

susudalambotol said...

hi orked.

pak lang dgn mak lang tak jadi pergi bali. kami berdua demam teruk la. jadi kami bitau kawan yg nak sponsor tu postponed ke date yg lain.

skrg pun masih demam. tp tetap nak mengemas rumah. nanti orked dtg rumah mak lang yea. boleh tolong kemas :P

misniaa said...

salaam.

kak long, nampak bijak sungguh orked neh!

mrs SyeDiz said...

yay!
dah jumpe gmbo kawen maklang & paklang orked di pahang!
tq orked darling(utk mummy dia)!