Friday, January 30, 2009

Orked nak balik kampung tengok Pak Lang kawin



Petang ni mummy dan daddy balik kerja awal yehaaaa. Jarang-jarang daddy orked balik awal. Selalu paling awal pun kol 8 malam. Sian daddy kerja kuat nak bagi makan Orked. Mummy pun sama kena kerja kuat. Masa lunch time mummy kena bekejar nak tengok Orked dan bagi makan Orked. Orked tak tau lah, orked masih susah nak terima benda-benda yang bersifat artificial. Contohnya, Orked tak suka puting plastic walaupun dalam iklan dia kata sama jer rasanya. Mainan pun sama, Orked lagi suka main dengan kaki dan jari orked sendiri walaupun ramai auntie-auntie dan uncle-uncle kawan daddy dan mummy belikan orked macam-macam. Mungkin belum lagi kot, tapi Orked akan cuba lah ye semua.

Ada lagi 1, kalau nak tido, mummy dan daddy pasang lampu yang ada cookies macam projector kat room Orked ataupun pasang musical box yang ada banyak teddy gantung terbang-terbang, tapi Orked tak boleh lah...Orked sukakan yang semulajadi. Jadi..mummy dan daddy lah kena nyanyi. Suara daddy sedappppp...suara mummy...hmmm...no comment. Tapi apapun, Orked sampai tertidur kalau mummy dan daddy Orked menyanyi.

Kenapa daddy balik awal hari ni? Hari ni, Orked nak balik kampung lagiiii....yeeeee Orked nak balik Pahang. Ini kali ke-2 baru Orked nak balik Pahang. Selalunya Atuk jer yang datang USJ. Lagipun nak ikut daddy pegi melawat kubur nenek. Daddy cakap, Orked rugi pasal tak jumpa nenek emak daddy. Dia baiikkkk sangattt. Tapi takpe, Orked ada sorang lagi nenek yang baik. Yg tu nenek sebelah mummy. Cuma satu je lah, Tok Ayah selalu takde. Tok ayah kerja kat Bangkok, kadang-kadang jer balik. Nenek tiri Orked pun baik jugak. Semua orang baik dgn Orked...best betul lah jadi Orked ni.

Ok semua, jap lagi Orked nak balik kampung. Orked perlukan tidur yg secukupnya sekarang supaya nanti dalam kereta Orked tak menangis dan boleh temankan daddy berbual dan bukannya buat daddy tension dgn menangis. Orked nak jadi good girl lah.

ORKED
tukang taip : Daddy

18 comments:

kupaslaroren said...

selalu tengok pic orked jer..dan wat telahan sendiri ape yg terpahat di minda orked melalui pic..hari ni dapat tengok video..owh orked suke gelak2 je nyeh.. :p

p/s: mmber kenalkan blog orked..tu yg br tau hehe

kupaslaroren said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Orked said...

kali ni orked versi bergerak. selalunya orked versi statik. hehehheh...

mummy orked

Acik said...

heheheh ORKED main apa ngan mummy tu? ORKED nmpk sangat happy :-) take care yerk ORKED balik kampung.

Kikuri said...

Ok Orked... Take care and have a safe journey! Dont forget to have fun!

nielniel said...

yong, bagus yong letak video..selain dengar suara orked angah dengar suara mummy orked yang dah lama xdengar..gelak angah sorang2. rindu oo ngn suara yong..haha

mua+berx+zaes said...

o my! she's so cute!
btw, hari tu berx menyibuk kat nikah adi, dia ada mention orked sebijik macam mommy dia.

geram. gelak bunyi mcm kucing je.
isk. geram nih!

yantz-yeem said...

wah orked nak balik kg yea...abg aqil doakan orked selamat pergi dan selamat pulang ok!!!!

MamaFarhanFarhana said...

Hi Orked! Best tgk video clip Orked dah gelak banyak dah ye.. suara Orked kuat, nanti dah besar boleh jadi Ketua Darjah ni..(MamaFarhanFarhana cikgu sekolah).. Mesti kwn2 dgr ckp Ketua Darjah Orked ni.. Ape2 pun semoga Orked sihat and jd anak yg solehah ye..

madoka miyajima said...

wahhh.. Orked dah ada blog sendiri... bolehlah Auntie Jid baca cerita Orked hari2..

Bijakla Orked ni... cuteeeee sgt dgr suara Orked gelak2... (",)

DYLA said...

ala la la.... shomelnya dia gelak......

orked buat apa pun nmpak comel!

misz beauty said...

untie beauty dah link orked punye blog kat blog untie... heheheee;-)

Munirah Abd said...

sukanya orked kena agah ngan mummy dia...hehehehe...cuteee jeeeee

k h a l e d a said...

orked
suweet nyer dia :)

june said...

salam orked n parents..
ummi amsyar suka tgk gmbr orked.sbb ummi n babah amsyar penah mintak uncle udey tangkap gmbr time kawin derang dlu. skrg ni ummi n babah amsyar plak suka tangkap gmbr amsyar...
amsyar n orked lahir pd bulan yg sama.. cuma hari jer yg berbeza.amsyar lahir 31 ogos,lewat bbrp hari dari orked.salam perkenalan dari amsyar..

Noni Nadiah binti Md Yusoff said...

to daddy n mummy orked..
auntie nak tngok apakah sebenarnya yang berlaku disebalik kamera tu.. sampai orked gelak tak berenti-renti... hehhe :)

love_sakura said...

comel jerk orked....
kuat gelak rupanya orked nih....hihih

Auntie said...

comelnya orked... autie takda baby lagi.. tgk video orked tergelak auntie pun tergelak sama... auntie selalu baca fotopages mama & daddy orked je.. dari diorang bercinta until dah dpt orked... hehehe nih baru gelak jek.. lom ckp lagi nih... :)