Wednesday, January 21, 2009

Orked selsema pulak


Sian Orked. LEpas kena injection 6 in 1 dari Dr. Ling (Paed Orked), lepas tu Orked dah lalok. Pegi bfast makan roti canai pun dia behave jer dalam bakul dia. Selalunya dia tak kasi can daddy dan mummy nak romantik2 masa bfast pasal dia nak attention tu semua kat dia (selfish betul orked ni kadang2 heishhh). Sehari sblm tu Orked selesema terus bawak gi klinik terus enjet alang2 (tinggal 2 hari jer lagi nak enjet).

Lepas tu, dah Paed Orked masukkan 6 agen antibody itu yg badan orked kena fight untuk hasilkan antibodi baru. 6 agents tu...kali ni orked tumpas. Orked demam sehari dan iniloah kali pertama Orked demam sejak dilahirkan. Baguslah anak daddy ni, lepas makan ubat 3 kali...terus dia baik besoknya. Sehari jer demam. Tapi masa demam tu...daddy tak sampai hati nak marah Orked. Daddy pegang Orked, dodoi orked, tidurkan orked walaupun orked merengek malam2 dan besoknya daddy kena kerja, tapi sayu hati tengok anak tgh demam. Agaknya, ini lah yang emak dan ayah daddy rasa masa besarkan daddy. Masa demam lah daddy boleh order nak makan apa sahajaaaaa, pasti akan diadakan juga.

Untuk Orked, kena jadi anak yang baik. 1 hari nanti Orked dah pandai baca blog ni, ingatlah...kasih sayang mummy dan daddy tak ada batas. Kalau askar Israel suruh pilih nak tembak daddy atau tembak Orked, daddy akan paksa askar Israel tu tembak daddy dan lepaskan Orked. Mummy pun macam tu jugak kan? Jadi, peluang itu...jadi lah Orked seorang serikandi untuk manusia sejagat. Amin.

Daddy

14 comments:

Kikuri said...

Kesiannye dia... Baiknya mummy and daddy orked! Take care!

Munirah Abd said...

take care orked..
betul2x kasih sayang ibu bapa mmg tiada tandingan..

NeroEcha said...

Orked baby yang kuatkan...

afizariny said...

like father like daughter..chubby face...:)

Norhaidatul Azian said...

moga Orked jadi anak yg solehah ya..

noninadiah said...

kasihnya mummy.. membawa ke syurga..
kasihnya daddy.. sepanjang masa....

lagu apa ntah ni .. sedih lagu tu.. dan nn sedih dah ni... huhu...

Anonymous said...

BIler ada anak kecik smua kita turutkan.... tapi biler kita tua nanti harap dia ingat jasa2 kita ekkkk

Acik-Bard said...

sekejap je rasa kan...tup tup ORKED dah 5-months old and dah ada blog pun....luv ORKED so much!

Dr Sara said...

so touching.. be a good girl orked.. get well soon!..

Suri said...

suka baca this entry.. especially bab askar israel nak tembak sape tu.. tersentuh..

devi da lil devil said...

alahai comelnyer orked...take care orked!

Orked said...

Thank u semua. Orked demam tak lama, tak sampai separuh hari pun dah baik. Tapi selesemanya lama betul. Dah seminggu pun masih batuk-batuk lagi. Ada kahak tak keluar habis lagi dari tekak Orked.

Mummy

Aisya Nur's Ibu said...

Cian Orked,
Tcare dear, mesti selalu dgr ckp mummy & daddy Orked tau, see they love you so very much!

oneyani said...

wah..sgt terharu..mengingatkn sy pd jasa mak d ayah waktu kecik2..at least blog orked ni bole jd panduan buat sume..
kasih2 syg mak ayah xpernah berbelah bahagi..tp bila da besar kite da pandai melawan..
YA ALLAH byk nye dosa ku...(tears)=(