Friday, February 20, 2009

Orked is 6 months old today!

Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...
Happy birthday to me...

Yeay, hari ni Orked dah 6 bulan. Orked dah besar dah. Sekejap je dah 6 bulan. Rasanya macam baru minggu lepas Orked keluar dari perut Mummy. Tup tup dah 6 bulan dah rupanya.

Dah umur 6 bulan ni Mummy kata Orked dah boleh start makan solid food. Wow, bestnya. Orked memang dah tak sabar dah. Selalu Mummy & Daddy makan tak pelawa Orked pun. Tunjuk je makanan sedap-sedap depan Orked. Tapi tak offer kat Orked. Meleleh je la air liur Orked tengok.

Orked juga dah boleh duduk tegak with support. Mulut Orked selalu kunyah-kunyah. Orked mmg dari dulu interested nak masuk makanan Mummy & Daddy dalam mulut. Bukan aje makanan, apa-apa lah. Mmg Orked kalau Mummy tak nampak je, mmg akan masuk dalam mulut. Cuma extrusion reflex je, Orked tak tau lah camne nak cek. Setakat ni kalau Mummy bagi ubat mmg Orked akan cuba tolak keluar pasal ubat tak sedap! Kalau makanan, sedap, Orked tak tolak lah kot...

Tapi Mummy lah pulak tak ready lagi. Mummy dah feninnnn... Dah baca dan dengar cerita orang tentang first food yg terbaik bagi Orked. Tapi lain tempat lain ceritanya. Ada yg kata start dgn Nestum. Ada yg kata start dgn bubur nasi. Ada kata start dgn fruits n vege. Ada kata bagi meat. Memandangkan Mummy fenin, Orked sabarlah beberapa hari lagi kasi can Mummy buat research. Em... Kawan-kawan Orked yg lain kat luar sana, apa yg Mummy bagi makan mula-mula dulu ye?

Ok, Orked nak enjoy birthday Orked hari ni. Mintak-mintaklah Mummy ada beli birthday present utk Orked. Hik hik hik...

ORKED
(tukang taip: Mummy)

24 comments:

Ummi Rayyan said...

hhehe...bglaa orked mkn biskut farley & nestum...rayyan dr 5mths dh start mkn farley...mmg dia suka sgt2...2 keping xcukup...tp diaorg bleh mkn 2 keping jelaa,klw byk2 nnt terlalu kenyang plak...

sayecomey said...

salam kalong..
em my suggestion bg mkn nestum dulu..ade kan yg for beginners tu..6 months old..
bubur or meat ke ape ke..bg bile umur orked da 8 months k..fruit juice da bole bg..tp yg pure punye lah..orange bes gak! hihi..

kupaslaroren said...

andaian melalui gambar mcm orked kate.."ape aku akan jadi selepas ini?ha ha ha smbl tergelak besar :p"

Are_Name said...

Orked, Jasmine starts her first solid food with Rusk(Heinz) and nestum(nestle) stage 1.

DYLA said...

hi orked yg comel..

masa inas 6 bulan dulu, ibu inas bg mamam bubur nasi dulu, pastu cmpur2 ngan nestum. tp sebab bubur nasi tu tawar, inas lebih suka makan nestum. kdg2 inas mamam biskut rusk tu. tp letak air susu. lembik jugak la. senang inas nak mama.

bubur nasi tu memula inas suka, lama2 mcm boring. ibu letak carrot, brokoli, kentang, kurma, bayam. tukar2 la. kononnya tak mau bg inas jemu.

pas inas dah 7bln 1/2, bubur nasi inas tu ibu campur ngan fish & ayam. oh ya, lupa nak bgtau orked. bubur nasi tu, nnti blend dulu tau.. :)

selamat mencuba orked. mesti orked suka mamam punyer la!

Aunty Bard said...

Hello ORKED sayang.....hepi 6-months birthday.....suka tgk rambut ORKED yang lebat tu. mummy belikan ORKED hadia apa yerk? nanti suruh mummy letak gambar hadiah ORKED yerk

misz beauty said...

eppy bufday to u dear lil orked...
semoga lagi cepat membesar bley tolong Mummy orked masak2 kat dapur... heheheee ;-)

tunfrida said...

salaam.

hye beauuuutiful Orked!
hye Kak Long & Bro. Saiful.

yeaahh...ummi MHI pun tak sabar nak suap MHI dengan macam2 makanan bila usia MHi injak 6 bulan dulu...

first memang dengan Rusk dan susu. MHI memang suka laaaa. then, sikit2 beralih kepada bubur nasi. preparation sama macam yang ibu Inas, DYLA cerita tu. fruit juice pun MHI suka juga...ummi MHI bagi sikit2, mula2 biar dia rasa. tengok kalau perut dia boleh menerima atau tidak...

our mums can be the best resource, kak Long. i am sure mama Orked tahu tentang makanan berkhasiat yg terbaik untuk orked!

nanie said...

mcdonald happy meal!!!!!!!!!!!!!!!
mak saya kata makanan berlenyek lenyek lenyekkkkkkk heheh mak saya kata dulu doa blend nasik n carrot or nga potato or ngan ape ape la..blenddd semuaaa

Munirah Abd said...

besar dah orked ni...
kakak lupa la apa yg umi kasi makan dulu..
bubur nasi kut..bubur nasi yg di blend rasenya..hiksss...

orked sabar ye..nnti dah besar lagi boleh makan lagi sedap2x mcm mummy n daddy makan..

Mama_Zhea said...

Hi Orked,

Zhea dlu mama try bg nestum yg biasa tu dlu..mula2 cam pelik sb tak pandai makan pakai sudu..pastu try buh susu skit..ok dah..skrg zhea dah jemu nestum..mama zhea bg bubur (moi) kosong dlu..nmpk cm dah bleh terima..campur la..carrot,bayang,kentang..tp blend dlu sblum zhea makan..sangat sedap tau orked!!hepi 6 months old to u

From~Zhea

AuntyJid said...

sukaaaalah tgk rambut orked tuh.. pinjam, boleh? Happy 6th month bday dear Orked.. ----<@

AuntyJid belum ada pengalaman pasal ni, tapi AuntyJid pernah tgk satu buku yg bagus utk panduan makanan baby. Maybe Orked boleh juga minta mummy rujuk buku ni, Deceptively Delicious: Simple Secrets to Get Your Kids Eating Good Food‎ by Jessica Seinfeld. Kat MPH or Kinokuniya ada buku ni... (",)

Anonymous said...

for me better start dengan bubur nasik...homemade food...takde bahan perisa, takde bahan pengawet...kalu free boleh surf susuibu.com untuk menimba ilmu...

pesonarose said...

orked kena makan bubur. beras di blend sampai agak halus. tanak jadi bubur. hampir masak, masukkan carrot yang diblend atau sesekali bayam/ brocolli. supaya zat sayur tak ilang. tapi bayam n brocolli susah hadam. so better carrot. bila dah tanak sampai masak jangan letak apa apa kisap atau garam. tak elok tuk orked. tu jer auntie pesan. bila dah semakin besar sampe umur setahun, semakin kasarkan blend beras tu. dan bleh mix ngan apa apa sayur atau bilis supaya gigi n tulang orked kuat. pakar kata baby tak elok makan garam n makanan manis. selepas 8 9 bulan, bleh try bagi biscuit tawar tuk kurangkan gatal gigi nak tumbuh. tapi time jenjalan, nestum pun bleh jadi bekalan. lebih mudah n tuk sementara ajer kan. okeh..

||alis|| said...

ish anak dara nih.. kejap dah 6bulan.. peratikan pic2 yg lepas, ada aksi makan kaki dari anak dara ini. apakah maksud? hehehe..

happy bday orked sayang.. aunty alis harap orked kekal menjadi permata hati mummy daddy yer..

amilia said...

check out this useful website for guidelines, ideas and baby food recipes: http://www.wholesomebabyfood.com/
it's better to start with something natural/homemade food. try to avoid processed food if possible

farahnri said...

salam to intan and SN,
I have 3 girls age 14 to 4. Antara 3 tu boleh nampak different dari segi pemakanan yang saya bagi. So, nasihat saya cuba lah jangan bagi nestum ke, farley ke or anything yang dalam botol tu sebab tu semua ada bahan awet. Fresh food still the best for our kids. Bagi la orked bubur nasi yang dicampur sayur-sayuran and make sure blend halus. Satu lagi tips yang orang-orang cina selalu buat untuk dapat anak yang pandai, goreng ikan bilis yang dah direndam lama(supaya hilang rasa garam)tanpa minyak. Bila dah garing, blend halus dan simpan dalam botol. Every time nak bagi orked bubur nasi masukkan satu sudu kecil ikan bilis tu as garnishing... insyaallah orked akan membesar dengan otak yang cerdas disamping mewarisi kepandaian intan dan SN. Morale of the story... bagi la makanan yang dimasak sendiri dan fresh. Vege pulak make sure not from china... nowadays semuanya kena jaga untuk kesejahteraan anak kita jugak. Saya ada banyak tips tapi takut penuh pulak nak tulis kat sini. Lain kali saya singgah lagi. Selamat mencuba and take care orked.

Wafaa said...

Orked nak jadi organic baby tak? Meh la. Kite pon nak jadi organic baby. Ibu kite kata lah.

xOxO
Muhammad Iman a.k.a Iman

Queen Mother said...

Assalammualaikum Orked!

Congratulations buat unofficial twin Sya-sya ni.

Sya-sya pun sambut besday 6 months hari itu.

Tapi sebab Sya-sya minum susu formula dan dah ada tanda2 lapar serta dah pandai duduk dgn sendiri sebelum 6 months...Sya-sya da mula makan solids dari 4 months old. Itu pun setelah Mama Sya-sya dapat nasihat dari Ped.

Sya-sya start dengan fruits dulu. Sekarang baru veges. Tapi Mama Sya-sya selalu bagi fruits yg sama selama 4 hari berturut2 untuk elak kan allergi. Ini nasihat doktor.

Sya-sya at 6 months da nak mula berdiri tau! Mama, Daddy dan semua family Sya-sya terkejut sebab Sya-sya ni advance. Semua orang tanya apalah yang Mama Sya-sya bagi makan...entahlah...LOL!

Anyways! Happy 6 Months birthday ye!

http://aaesyah.blogspot.com/

Ditulis oleh Mama Sya-Sya
QM

flush said...

slm.. baru tau orkid ada blog ni.. will followup regularly.. my daughter baru 4 bln (adlin).. :)

misz beauty said...

happy belated besday lil orked... untie beauty pun sambut besday gak... tapi 22hb... hehehee... cayunk kat pipi orked... muuaaahhhhh:-*

Anonymous said...

yup..setuju dgn most of the comments!starts with fruits and vege...start dgn fruit puree...avoid all those nestum, farley and etc2...home made food is the best..same gak cam bf..;)

Anonymous said...

apa2 pun home made receipe lagik bagus k long, cz kita tau apa yg kita msk to bb. Bg puri buah or vege, mana2 ok.

Dr. Ahamad said...

Happy half year birthday untuk Orked. Atuk & nenek love you very much. Cik Yana pun sayang Orked juga. Dia beli birthday present untuk Orked kat Bangkok - 2 helai baju comel, secomel Orked jugalah. Bila dapat bagi ek?