Monday, February 16, 2009

Mummy dan lens barunya



Mummy Orked baru beli lens kamera yang baru. Ni gambar Orked masa kat kedai masa Mummy main-main dgn kamera barunya. Mummy kata Mummy beli lens tu sebab nak ambik gambar Orked cantik-cantik. Masa ni Orked tak perasan pun Mummy tengah praktis. Orked pun curi-curi makan kaki Orked. Sekali kantoi. Rupanya Mummy dapat tangkap gambar Orked makan kaki. Walaupun takde gajah di kaki Orked, kaki Orked masih sedap dimakan. Orked makan kaki ni bukan sebab nak dapat adik, tapi sebab kaki ni mainan Orked yang best. Ia sentiasa ada di sisi Orked bila Orked memerlukan. Ia juga boleh bergerak-gerak dan kadang-kadang ada rasa geli-geli kalau Orked pegang tengah-tengah kaki. Setakat ni Orked tak boring lagi makan kaki.

Cuma satu je yg Daddy selalu ingatkan Orked. Daddy kata Orked ni girl. Girl kalau duduk mesti duduk sopan-sopan. Tak boleh kangkang kaki. Orked suka kalau dalam bakul angkat kaki letak luar bakul. Tak pun Orked letak di handle bakul. Tapi Daddy kata tak boleh camtu, tak cantik girl buat camtu. Ok Daddy, Orked akan cuba duduk sopan-sopan.

ORKED
(tukang taip: Mummy)

15 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kak beli lens apa tu? orkid mmg comey!!

f.i.e.z.a said...

sweeeett sangat orked ni..muah muah kat orked..

kupaslaroren said...

hahaha cute giler..jalan citer menarik..orked..orked

RieNa said...

orked ni..sedap sgt agaknya kaki orked tu ye???ada rasa masin2 tak??hehehe..

take care orked!! salam utk mummy n daddy.

Anonymous said...

hehehehheheheh ORKED dah kantoi ngan mummy....takpe, mummy bagi chance lagi ORKED main ngan kaki....nanti dah besar, kena lagi sopan2 kan mummy? takpe, ORKED mmg good girl :-)

Anonymous said...

kamitaken: teka ler... :D

Anonymous said...

cumilnye orked ni... ;)

yantz-yeem said...

owh orked mmg gemar makn kaki yea....mmm bijak tul le orked nie...

Anonymous said...

"Mummy dapat tangkap gambar Orked makan kaki"

orang tua2 kata kalau baby dh pandai hisap jari kaki tu tak lama lagi dapat adik lagi... hehehehehe

Anonymous said...

alohhh..lohh...lohhh... cumelllnya diaaaa.... takper Orked, nanti bila dah boleh jalan nanti dah takder chance nak makan kaki lagi dah... (",)

Munirah Abd said...

haaaa orked sudah kantoi...hehe....
xpe orked proses blaja namanya tu...hehe

Pnut said...

pic bawah yang u all bertiga meniarap tu sangat cute termasuk daddy orked..eheheheh

sbb dia pun meniarap, jd tak nampak perut dia yang comei tu hahahahah

ermmm bila nak bawa alesya jumpa orked ni... sukeee nengok orked semakin cute

Wafaa said...

Orked, ada orang kata kan, kalau masuk kaki dalam mulut, itu tanda nak mintak adik. Ye ke Orked? Tanya la Mommy & Daddy.

xoxo
Iman

mOmmy of Triplets plus One said...

macam athirAh lar pulak..asal dok dlm stroller mesti kaki tebukak...
ish mmg tak sopan wo pompuan duduk mcm tu. tp dh jenuh mOmmy ni tutup kaki athirAh yg tebukak tu...die tetap kangkang balik

Yuzie Amir said...

wahh rupanya orked pun ada blog.Salam perkenalan dr abg Haziq n Kakak Zahra.Selama ni selalu join tpm tapi belum jadi premium member..tak sangka lak orekd pun ada blog.

ehh isap jari kaki tuu..ada makna tuu..nak adik yerr orked?